Wednesday, May 2, 2012

Kasih Abeer - 8

Ketika Abeer sedang mencuci kereta kesayangannya,posmen datang kerumahnya untuk memberikan beberapa keping surat. "Terima kasih dik" Posmen itu hanya menganggukkan kepalanya sebelum beredar ke rumah yang lain pula.

Abeer meneruskan kerja yang tergendala sebentar tadi.Selesai kerja mencuci kereta,dia masuk kerumah.Di ruangan dapur,Abeer melepaskan lelah.Peti ais dibuka lalu mengambil tupperware tinggi yang penuh berisi air.Dicapai mug putih,dituangkan air kedalam mug tersebut.Abeer meneguk perlahan air tersebut.

Sampul- sampul surat yang dibawa dan diletakkan diatas meja tadi,dicapai dan dibelek satu persatu.Sampul surat yang berwarna coklat dan bersetemkan lambang bunga itu menarik perhatiannya lantas dia menyoyak perlahan.Surat itu dibaca dari atas ke bawah.Saat dia membaca isi kandungan surat itu,dia tidak tahu mahu berasa apa.Jiwanya berkecamuk.
Perasaan sedih dan gembira bergabung menjadi satu.Harapannya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.Bersediakah dia untuk berjumpa setelah sekian lama si penghantar surat menyepikan diri? 7 tahun satu jangka yang agak panjang buat persahabatan mereka berdua.





Elman yang lengkap berpakaian sukan sudah pun melengkapkan lariannya untuk kali kedua dan berehat seketika di kerusi yang disediakan.Memang menjadi rutinnya untuk berjongging di Taman Tasik Perdana selepas pulang dari tempat kerja.Memandangkan kesesakan jalan raya sering berlaku saat-saat semua orang balik dari kerja,makanya dia mengambil keputusan untuk membawa bekalan baju sukannya supaya dia tidak perlu berpatah semula dari rumahnya untuk ke taman tersebut.Tuala kecil di lehernya,dilapkan kewajahnya.Melihat jam tangannya yang menunjukkan waktu petang masih panjang sebelum masuknya waktu maghrib,dia ingin membuat satu pusingan larian lagi.

Elman berlari setempat berdekatan kerusi yang disediakan.Tatkala kaki kanannya ingin melangkah ke trek,Gedebuk!Badannya terasa seperti dilanggar seseorang.Kedua-duanya tersungkur seperti simbol X.Dunianya seakan kelam seketika.Aduh.Siapa pula yang langgar aku ni?Aku sikit punya handsome takkan tak nampak kot?Trek ni punyalah lebar.Elman pantas saja bangun.Dikibas-kibas bahagian depan tubuhnya.'Nasib aku tak makan pasir'gerutunya.

Abeer yang sudah duduk dengan lututnya ditarik keparas dadanya,memegang kepala yang terasa pening.Jatuh tersungkur diatas trek ini bukan satu perkara yang menyeronokan okay.Sakit sangat ditambah lagi dengan perasaan malu ketika ini membuatkan dirinya terasa ingin menumbuk gerangan yang melanggarnya.Kepalanya di tundukkan diatas kepala lututnya.

Elman perhatikan keadaan sekelilingnya.Ada yang menggelengkan kepala.Ada yang tersenyum sinis.Ada yang tergelak-gelak.Elman hanya buat tidak peduli.Matanya pantas sahaja terpandangkan seorang wanita yang berseluar jeans kelabu dan bert-shirt lengan panjang biru,lengkap dengan tudung.Cermin mata hitam yang berada dikakinya,diambil lalu berjalan kearah wanita tersebut.

" Lain kali mata letak dekat kepala lutut tau.Baru tak langgar orang.Nah cermin mata.Mahal ni" 

Sinis sahaja nada Elman.Abeer yang sedang menahan sakit dan marah terus menancapkan pandangannya kearah si lelaki tersebut.What ? !! Tak mungkin.Lelaki ni !Dia takkan pernah lupa.

Cermin mata hitamnya dirampas dari tangan lelaki tersebut.

"Eh,siapa suruh awak langgar saya?Kalau ye pon nak berlari 4 x 100 ,tengok la keliling kelalang.Ni tidak main redah je.Ingat trek ni trek awak ke? "sembur Abeer.

Elman nampaknya terpinga-pinga dengan situasi sekarang.Aku pulak kena bambu.Aku rasa dia yang masuk trek,tapi aku kena pulak.Betul ke tidak perempuan ni?

"Eh trek ni sikit punya besar ,dekat sini juga awak nak jalan pun kan? Pergilah jalan belah sana.Kalau nak cover malu pun ,dah buat salah cuba mengaku,ini tak.Kerja nak menang saja.Perempuan dengan emosi memang tak dapat dipisahkan kan? " 

Elman dengan gaya selambanya masih mampu tersenyum tatkala meluahkan kata-kata.Dalam hati memang rasa nak maki je tapi sebab perempuan,sabar je lah.Karang marah lebih-lebih kang menangis pulak.Sudah la dia panas ,ni dah jatuh pulak macam nangka busuk.Memang busuk pon dah berpeluh.Mata Abeer tajam memerhati lelaki di hadapannya.

"Cakap banyak dengan awak ni pon tak ......." Belum sempat dia menghabiskan kata-kata amarahnya kearah lelaki yang agak sombong itu,suara lain menjerit namanya.

 " Abeer.." 

Abeer yang sedang marah hanya memandang kearah lelaki yang menjerit namanya.Terkelu lidahnya.Rafa desis hatinya.Dibiarkan saja Elman terpinga-pinga.
Rafa sudah menghampiri mereka berdua tersenyum.Tangan dihulurkan kearah Elman.Abeer mengetap bibir.Patutnya Rafa tanya pasal dia bukan buat baik dengan si sombong tu.
Huluran salam Rafa di balas Elman sambil tersenyum.

 " Aku minta maaf bagi pihak dia,aku  ..."

"Rafa kau tak payah  nak buat baik dengan dia pulak.Jom la" T-shirt Rafa ditarik mengikutinya sebelum menjeling tajam kearah Elman.

Mata Elman bulat.Gila apa perempuan ni.Rafa tadi hanya mengangkat tangan kepada Elman.Elman geleng kepala.Kesian dia pada Rafa.Kalau aku dapat awek macam tu ,tak tau la.Mau mati terduduk agaknya.

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you