Sunday, May 13, 2012

Cinta Dari Jauh 10


Iffat masih ralit dengan keadaan ditepi-tepi kaki lima hotel Aquarium.Kamera Cybershotnya sudah merakam perlbagai gambar yang kebanyakannya berlatarkan kedai,jalan raya,aksi orang Turki pun ada.'Apa-apa sahajalah Iffat ni'Getus hatiku.

Deretan kedai dapat kulihat dari arah bertentangan dengan hotel kami seperti kedai runcit,kedai susu dan kedai cenderahati.Tapi saiz kedai-kedai di sekitar hotel ini kecil jika hendak dibandingkan dengan kedai-kedai di Malaysia.

"Angah,lambat lagi ke diorang ni?Penatlah tunggu" Iffat sudah mula merungut.

" Tunggu la kejap.Tadi Iffat yang beriya-iya nak turun cepat kan?"sanggah Imani perlahan.

"Cepatlah.. cepatlah.."ujar Iffat kepada diri sendiri.Aku hanya tersenyum melihat keletahnya.

Papa dan mama masih belum turun dari bilik hotel.Keluarga Uncle Hazlan juga masih belum turun. Aku bersandar di dinding hotel itu sambil bermain-main dengan  kedua-dua belah tangan.Digosok-gosok perlahan.Terasa benar kesejukannya apabila berada di luar suhu bilik.Pastinya suhu di sekitar kawasan ini mencecah sepuluh darjah celsius ke bawah.

Hampir 10 minit menunggu,baru papa dan mamanya turun bersama keluarga Uncle Hazlan.

"Jom kita" ajak Uncle Hazlan.

Papa angguk.Maka bermulalah perjalanan kami ke Masjid Biru dengan berjalan kaki beramai-ramai.Salah satu tempat tarikan pelancong yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal kami.Jadi tidak perlu menaiki pengangkutan awam lagi buat masa ini.

Menurut Uncle Hazlan yang pernah datang ke sini dua tahun lepas atas urusan perniagaan,ada banyak perubahan berlaku di sekitar kawasan ini.Kami yang menjadi anak-anak buah dibelakang ini hanya mendengar penerangan Uncle Hazlan.

Sedikit sebanyak,aku dapat merumuskan bahawa kawasan ini dahulu mungkin tidak secantik sekarang.Mungkin dari segi infrastrukturnya,semakin bertambah dan lebih banyak yang menarik perhatian pelancong.Papa dan Uncle Hazlan meneruskan perbualan mereka.

Kak Min dan aku jalan seiring.Haidi Audahal dan Iffat di belakang mereka berdua.Mama dan auntie Junita sudah pasti bersama,berjalan dihadapan kami.Bagaikan sudah tersurat,kami semua berpasangan.Tapi kalau Alongnya dan Kak Lin datang,mereka juga turut menjadi pasangan sejati.Iyalah suami isteri itu mana boleh berpisah.

"Kak Min,kerja apa ya? " Wajah Kak Min dipandang sekilas.Kak Min masih dengan gayanya,menyeluk kedua-dua belah tangannya ke dalam poket sweater. Soalan yang terbit difikiranku,akhirnya terkeluar dari mulut juga.Aku memang allergic dengan keadaan yang sunyi sepi.Rasa kekok kalau aku dan Kak Min hanya memandang pemandangan ketika menyelusuri jalan-jalan di SultanahMet street tanpa sepatah bicara pun.

Kak Min tersenyum manis seketika."Buat hantaran" Aku tercengang-cengang.Masakan wanita yang nampak educated ini kerjanya membuat hantaran.Biar benar.Wajah Kak Min kupandang lagi. Tergelak Kak Min melihat tingkahku yang seakan tidak percaya "Serius?" 

"Iya.Wedding planner kerjanya buat hantaran la kan? " Mulutku sudah menyerupai sebutan O.Aku masih sukar mempercayai.Selalunya kalau wedding planner ini,orangnya mesti feminin.Ini tidak.Dari gaya yang dikenakan oleh Kak Min menampakkan dia sangat simple orangnya.

"Nanti nak kahwin ,bagitahu akak.Boleh akak jadi wedding planner awak" Bibir Imani mula membentukkan sengihan sampai ketelinga.

"Kenapa sengih? Dah ada eh ?" teka Kak Min.Imani geleng-gelengkan kepalanya.Lambat-lambat.

"Orang comel.Tak kan tak dek kot? Jangan tipulah"

"Betul.Tak tipu." Kak Min kelihatan terangguk-angguk kepalanya.

"Hmm,tak pe lah.Nanti ada la tu " ujar Kak Min penuh makna.Ketika ini ada suara yang ketawa kecil dibelakangku.Aku kenal benar dengan ketawa itu.Pastinya suara Iffat.Pandangan kukalih kearah belakang,tapi nampaknya dia bijak menyembunyikan sesuatu dari pengetahuanku.Riaknya seperti dia tidak ketawa.Pelik.Kukalih semula pandangan kearah depan.

Imani hanya senyum.Mereka masih berjalan kaki sepanjang sultanahmet street.Untuk sampai ke Masjid Biru mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Sepanjang perjalanan itu,mereka dapat merasakan orang-orang Turki ini sangat peramah.Iyalah,kalau berselisih dengan mereka pasti,senyuman  terhias dibibir mereka.Itu tidak dicampur dengan sapaan mesra dari mereka.Berbeza pula dengan rakyat Malaysia,senyuman di balas jelingan.Tapi bukan semualah.Hanya segelintir.

********

Setibanya kami di Masjid Biru,kami segera ke tempat wudhu'.Bagi kaum lelaki,tempat wudhu'nya dibahagian bawah diluar masjid manakala untuk kaum perempuan tempat wudhu'nya di belakang masjid.

Imani mula menyapu air kewajahnya perlahan.Terasa mukanya kejang apabila air yang terlalu sejuk disapu kewajahnya.Menggeletar juga dirinya kerana kesejukan.Seterusnya,air disapukan kebahagian-bahagian lain mengikut tertib.
Kak Min disebelahnya juga mempamerkan riak yang sama.

Seusai mengambil wudhu',mereka berempat mendaki anak tangga sebelum sampai keperkarangan Masjid Biru.Sebelum memasuki Masjid tersebut,para pelancong perlu membuka kasut dan memasukkan kasut didalam plastik yang disediakan oleh pihak masjid.Plastik yang berisi dengan kasut,harus dibawa bersama apabila ingin menunaikan solat.

Selain itu,sekiranya para pelancong yang bukan beragama Islam datang ketika masuknya waktu solat bagi tujuan melawat,mereka harus menunggu sehingga muslim yang lain usai solat berjemaah.Aku yang baru sahaja menjejakkan kaki kedalam masjid tak mampu berkata-kata. Ya Allah,akhirnya kau permudahkan urusanku untuk sampai kesini.Subhanallah.Saat itu,aku pantas menunaikan beberapa solat sunat dan solat fardhu.

Tambahan lagi,aku terkelu dengan keunikan seni bina Islam yang terukir kemas didinding masjid.Nampak eksklusif dan sangat menarik pada pandangan matanya.

Uncle Hazlan,papa,Iffat dan Haidi Audahal sudahpun menungu mereka bertiga di luar masjid.Iffat kulihat sedang meminta jasa baik Haidi Audahal untuk mengambil gambar kenangannya bersama papa dan Uncle Hazlan.

Giliran mama,auntie Junita dan Kak Min pula untuk merakam detik-detik kegembiraan kerana berkesempatan untuk menunaikan solat didalam masjid Biru.Kamera Cybershot milik Iffat segera bertukar tangan.Aku merakam beberapa keping gambar mama,auntie Junita dan Kak Min bersama.Akhirnya baru giliran aku.

"Meh sini kak Min tolong tangkap gambar korang" ujarnya sambil menggamit tangan memanggil adiknya,Haidi Audahal dan Iffat supaya bergandingan denganku.Aku terpinga-pinga. 

Kelihatan Iffat berlari-lari anak kearah mereka berdua.Haidi Audahal juga selamba berjalan kearah kami.Tak dinafikan karisma yang dimiliki Haidi Audahal mampu memikat hatinya.Jaket yang tersarung kemas dibadannya menambah markah dalam personaliti diri lelaki ini.Eh sejak bila pula aku jadi penilai gaya orang ini.

"Kak Min meh la masuk sama.Minta tolong mama yang ambilkan" aku mencadangkan.

"Takpe.Tadi Kak Min dah ada gambar dengan  diorang." Haidi Audahal yang pada pengamatan aku sangat kaku orangnya tidak memandang aku langsung sebaliknya hanya memandang kearah kak Min.

"Iffat duduk antara abang Haidi dan angah" Aku terangguk-angguk setuju apabila Kak Min mencadangkan posisi terbaik buat kami bertiga.Iffat yang bertopi biru itu hanya mengikut arahan.

"Eh Kak Min.Patut Iffat tak payah masuk la.Buat kacau daun je" jerit kecil Iffat.Aku segera memandang Iffat tajam.'Mulut celupar 'desisku.Haidi kulihat hanya tergelak kecil dengan telatah Iffat.

"Tak boleh la Iffat.Tak sopan"kata-kata Kak Min itu diakhiri dengan ketawa kecil.Eh eh konspirasi apa pula yang dimainkan diorang ini.Akhirnya,tiga empat keping gambarku diambil.

"Iffat teman Kak Min pergi hujung tangga sana.Nampak lagi cantik tau."

Iffat mengiyakan lalu menuju kearah yang ditunjukkan Kak Min.Mereka yang lain sudah menuruni tangga untuk keluar dari perkarangan masjid Biru.

Haidi Audahal nampak teragak-agak untuk bersaing dengannya.Aku pandang kearahnya sekilas sebelum bahuku terangkat menandakan bahawa aku tidak kisah untuk berjalan sendirian.Lalu kakiku melangkah laju meninggalkan Haidi dibelakang.

"Iman....?" Langkahku yang pantas tiba-tiba kaku.Iman?Kerutan didahi terukir dengan sendirinya.Hanya keluargaku dan Sofee sahaja yang biasa memanggil nama itu.Tapi kenapa lelaki ini memanggilku Iman?Hatiku meronta-ronta ingin bertanya.Tapi aku tiada kekuatan.Mataku terpejam rapat untuk suatu saat.

"Kenapa?Jalanlah cepat,nanti diorang tertunggu-tunggu pula" Haidi Audahal yang sudah berdiri dihadapanku pula menggesa supaya pantas bergerak meninggalkan Masjid Biru. AKu pandang mukanya sejenak sebelum menoleh sekilas kearah Masjid Biru.Sayu.'Sebelum balik ke Malaysia nanti,pasti akan kujejak lagi.'Desis hati kecilku.

Langkah meraka seia dan sekata.Tanpa ada lencongan,terus menuju kearah keluarganya dan keluarga Uncle Hazlan yang sudah berada dihadapan Hop On-Hop Off  Istanbul Bhosphorus Sightseeing bus.

"Nak naik sekarang atau ada cadangan nak pergi mana-mana dulu? Lagipun bas ini ada dua sesi,satu sebelah siang,satu lagi sebelah malam."Papa seperti biasa akan mendapatkan pendapat orang lain terlebih dahulu sebelum buat sebarang keputusan.

"Err.Papa,kalau kita pergi makan dulu pon okey juga kan?Baru ada tenaga untuk jalan-jalan"Kias Iffat sebelum menoleh kearahku seakan-akan meminta aku bersetuju dengan cadangannya.

Uncle Hazlan sudah tergelak besar.Faham dengan kiasan Iffat yang pastinya memetingkan perutnya.Tapi betul juga,mereka semua masih belum menjamu apa-apa makanan berat sebaik tiba dihotel pagi tadi.Kami semua mengangguk-angguk tanda setuju.Mama dan auntie Junita seakan duduk didalam dunia mereka sendiri.


********

"Kenapa awak panggil saya Iman?" soalku perlahan.Serius.Wajah Haidi kupandang sebelum bermain-main dengan sarung tangan kulit.Kini,hanya tinggal mereka berdua dimeja panjang.Mama,papa,auntie Junita dan uncle hazlan mengambil tempat di dalam restauran sebaliknya aku berempat berada dimeja luar restauran.

Kak Min dan Iffat sudah pun ke kedai manisan selang beberapa buah dari restauran yang menjadi tempat mereka menjamu selera ketika ini.Mereka berdua sudah tidak sabar untuk merasa manisan yang dipanggil Turkish Delights.Macam-macam.

"Sebab itukan nama awak."Ringkas sahaja jawapan lelaki ini.Aku tersenyum dan terkilan.Terasa seperti lelaki ini mempermainkan namanya.Hmm,betul la itu nama aku tapi kalau orang tak kenal,selalunya akan panggil namanya Imani bukan dengan nama Iman.Jawapannya masih belum cukup mantap untuk menyenangkan hatiku.

"Sofee.Ikram.Wedding Along Ann. If i'm not mistaken la."ucap Haidi sepatah-sepatah.Ku lihat Haidi masih lagi memakukan pandangan kearahku.Aku segera melarikan pandangan keluar restauran sambil memikirkan sesuatu.

Zapppp! Pantas sahaja otakku memutar kembali peristiwa empat tahun lalu.Ya serasanya dia sudah mampu meneka bahawa lelaki ini ialah lelaki yang sama yang ditemui ketika majlis walimah along Ann,Kakak Sofee.Lelaki yang datang bersama abang Ikram.Lelaki yang digelar 'putera lilin'.Ya Allah apakah ini kebetulan atau suratan takdir?Hampir lima tahun,mereka bertemu kembali.

"Maknanya awaklah yang bagi tisu tu kan?" Haidi Audahal angguk.Aku masih tergamam.Reaksi apa yang sepatutnya aku berikan.Aku berjeda.

"Maknanya awak dah cam saya dulu la?"

"Maknanya masa kita jumpa waktu kenduri kahwin abang awak,awak dah tahu?"

"Err Iman,berapa banyak makna ni ?"Soalannya dibalas dengan gelak kecilku.Amboi perli aku.Aku tanya sahaja.Mana tahu kalau-kalau dia silap orang tapi mustahil lah pula

"Masa kenduri abang Haidar,saya memang dah perasan Sofee dan awak tapi tak sure betul atau tidak.Ingat-ingat lupa." Sekali lagi hanya anggukan yang kuberikan.Aku ni dah tak eti bercakap ke apa?Sudah macam burung belatuk saja lagaknya.

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...