Thursday, May 10, 2012

Review Novel : Calon Jodoh Untuk Adik Oleh Ariela Sahimi >


Assalamualaikum :D

Malam ni aku nak kong si kong si kong sikit berkaitan Novel CJUA.Pasal trip aku ke Kl tu aku sambung nanti eh.Insya-Allah.Malam ni kasi release otak yang  dah penat baca karangan BM aku.heh.

Eh dah jum baca apa aku nak tulis.

Novel kali ini ditulis oleh Kak Ariela Sahimi.Yang suka baca novel,Tengok nama Ariela Sahimi,confirm menggeletar kepala lutut kan?Eh korang la,aku tak.Lagi,mesti korang terimagine novel dia yang lepas lepas macam Baju Pengantin Mak Andam,Iman Suraya,2x5,Yes Boss .Novel dia memang best gile.Recommended!

Hmm so kalau korang tanya pasal sinopsis,korang terjah blog akak Ariela Lagi senang kan.Mudah dan pantas.

Mula cepat. Bebel banyak.

First thing first.Novel ni berkisahkan tentang Arissa yang alaII gothic ada abang(Azmer) yang sangat caring, dan kakak (Arina) yang sangat Emo.Azmer dan Arina ni sibuk cari pasangan untuk arissa yang baru clash dengan Azizi.Sebab Azizi ni kahwin dengan Fazura,kawan kepada Arissa.Salah Arissa juga kot sebab dia macam SS *Syok sendiri* Padahal Azizi tu biasaII je pon.
Tipikal.

Perempuan biasalah cepat perasan .kehkehkeh

Tanpa disedari oleh siapaII,Azmer ni sakit barah last stage,dan dalam masa tu dia bergelut cari seseorang supaya boleh jaga Arissa yang aku rasa masih 50-50 dalam skop kematangan atau si arissa ni memang jenis hu ha hu ha.

Biasa la tu karakter orang ni macamII.Barulah meriah dunia ni.Kalau semua orang stok skema ,memang tak berkembang la kan?

Makanya ,bila Azmer dah tahu dia bakal meninggalkan dunia yg fana' ini.Eceh dia pun minta tolong Ee jaga arisssa

Siapakah Ee tu ? Jeng jeng jeng . . .

Ee tu kawan serumah Azmer,kawan kepada suami Arina(Shah) juga.Kiranya diorang ni termasuk golongan kesII keluarga 69 lah.Saling berkait rapat.So kalau lepas ni baca,jangan langkauII.Konfem korang sesat.hi hi hi. kalau nak tahu Ee ni kira first crush Arina juga tapi kes dia mcm kes arissa yg ss dgn Azizi.Ni arina ss dgn Ee.

Gene SS ni kuat sungguh dalam family Arissa.kah kah kah.

Ee anak yatim yang suka kawan dgn semua perempuan.Gentleman. ha ha ha
Eh kalau aku dah cter , baik korang tak payah beli novel ni.Hailah hailah.

Dipendekkan cerita.Teruskan..

Konfliks makin menjadiII,bila Ee terpaksa jaga arissa dan Arina telah menemukan Fariz dgn Arissa.KononIInya nak satukan mereka.Bagi Ee ,dia hanya menjalankan tugas sebagai abang sebaik mungkin dengan menjadikan diari Azmer sebagai alat.bantuan.memahami karakter Arissa.Arissa pula sudah "tangkap cintan" dgn Ee.

Fariz yang kaya terus beku.Dan nampak macam tak sporting.Terus dengan sikap yang skema dan sedikit mengonkong.Weh kalau aku jadi arissa,aku pon tak nah. ha ha ha.Dah la family dia hinaII family Arissa sukaII jiwa.Memang tak la kan? Hmm,lepas tu bila mak Faris sakit ,Arissa ni terlebih baik pergi jaga pulak.Adeh.Hilang sifat kekejaman dalam diri. *Mungkin nak jadi bakal mak mertua?Mungkin.*

Konflik

TambahII bila Maisarah menjelma.Ee suka dekat maisarah.Bila dah nak ending sikit,Ee macam dah jatuh cinta dgn Arissa pulak.Unpredictable punya orang.Tapi Arina duk halangII so tersekatlah hubungan mereka.Fariz dan Maisarah macam itu jugak.Hmm,

Arghh complicatednya aku nak cter.ha ha ha .Aku pulak yg stress. So aku tinggal kan tanda tanya agakII siapa pilihan Arissa? Hmm, dan apa jadi dengan Shah,Arina,Maisarah,Fariz? 
Pergi dapatkan CJUA di kedai berhampiran :)



Bagi aku, novel ni sangat okay.Piawaian aku senang,selagi aku tak rasa nak tidur bila baca novel ni,tu tandanya memang best la.Tapi kalau aku baca baru bab satu itu pon belum habis, there's something wrong meyh.Ha ha ha
ApaII pon.Tahniah buat Akak Ariela Sahimi.Semoga terus sukses salam bidang penulisan ;)
T.T.F.N 

2 comments:

  1. terima kasih adik sebab riview novel yg sangat manis. *hug*

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome ^^
      terima kasih juga utk akak ;)

      Delete

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...