Wednesday, May 9, 2012

Ape kes baru sekarang nak mandiri

Alhamdulillah.Kali ini aku masih berkesempatan untuk terus menulis dan berkongsi di laman blog*background bertukar wajah.Oh Yeah!!* yg hampir seminggu aku biarkan tanpa kusedari.Sadis.Seminggu berlalu,aku bermaharaja lela di KL.Eh cop!Jangan salah anggap.Aku bukan sertai Bersih 8.0 tapi aku pergi PBAKL.Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang memang awesomee gile tu.

Meh nak cerita sepanjang perjalanan kitaorang :D

Dari Perlis aku naik bas Maraliner yang aku rasa luas la jugak seat dia.Double seat.Tepi tingkap,pikah duduk.Tepi aku ada seorang perempuan.MulaII okay je.Tapi lepas itu,kenyang jugak kitaorang dgr dia carut-carutan.Ni kes cepat melatah.Kalau benda yang baikII tak pe la jugak.Ni sebut benda dalam kain.Ape kes? Pengalaman pertama.Orang kata kalau kita selalu mencarut,lama kelamaan muka kita pon akan jadi benda yg dicarutII kan tu.Betul atau tidak.WA.

Hampir sembilan 9 jam duduk bukan bantah tapi duduk diatas kerusi.Terasa kesengalan pinggang ditahap maksima la jugak.Bila sampai puduraya,aku lagi sekali terkejut.*wow!* sejak bila nih?*Jakun seketika* Puduraya lain macam dowh.Kehkehkeh.Padahal orang lain dah tau aku pula yang perak entahhapehapekan.hahahaha

Aku,dengan berbekalkan ayat qursi didalam hati,pergi panjat tangga,pikah tekan button untuk keluarkan diri dari angkasa lepas puduraya.Hahahaha.Boleh dikatakan aku dah lama gile tak naik bas express ,hampir 10 tahun kot.Bila sekarang tahun 2012 aku naik bas rasa macam weird la jugak kan? Insya-Allah kalau ada rezeki masuk Uni manaII ,haruslah aku kena berjinak-jinak dengan bas express macamII kan? Hmm, tak sabar nak tunggu aku mandiri lagi.eceh.

Dipendekkan cerita :D

Dari pudu nak ke shah alam,ambil masa satu jam lebih lebih.Mak aihh. Jammed nya sampai aku rasa tak boleh nak imagine lah.Jammed dekat KL ni  kira hebat la,aku cuba jugak bayangkan kalau lah dalam kesesakan itu ada orang nak terberanak.Acane citer tu?KemutII kereta gerak.haisyh.

Dengan kepala yang peningII dan perut berdondang sayang,aku bersembang la dengan pak ngah ben aka penjaga kitaorang sepanjang jaulah kat KL.Pak ngah Ben ,sepupu mak aku so pangkat pak cik la kan? Pheww.Aku mmg dah deal dgn pak cik ni yang aku nak datang untuk pegi PBakl,dan dia pon dah setuju ambik cuti utk bawak aku pegi Pbakl.Eh kejap.AKu tidur rumah nenek sedara aku yang kalau nak bagi korang pening lagi,pak cik aku ni pun duduk dekat situ.Sumpah pening kan? Tak ? Okay.

Sampai shah alam,pak ngah Ben bawak aku dgn pikah pegi makan MC Donalds :D 
ApaII  jelah ,janji perut aku boleh kenyang.Balun je lah kan?Bila sampai Mc D,pak ngah cakap kat sini ramai student Uitm.AKu pon tercangakII la mencari kawan aku yang study dekat Uitm,mana tau kotII terjumpa.hahahaha.nampak bengong sikit dekat situ! :P

Lagi dipendekkan cerita :D

Masa jam tangan aku menunjukkan pukul 10 malam,alhamdulillah aku dan pikah sampai di rumah nenek sedara aku,yang dipanggil tok umi dan tok abu serta anak mereka aisyah :D
SalamII, borak kejapII then minta diri untuk Bummmm (tidur).Mata rasa macam tak boleh nak buka.So ubatnya tidur.

T.T.F.N
Ta ta for now, to be continue ;)

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you