Thursday, May 31, 2012

Header Baru.Kawan Baru.

Assalamualaikum ;)


Hmm,I'm speechless.Tak tau nak mula dari mana sebab dah dua tiga hari tak tulis entry.Otak pun mulai membeku.Ceh baru dua tiga hari tak tulis kan...
Over sungguh! Haha.

Something new,credit to :

Apekata,aku warming up dulu.Okay.Blog aku,ada pembaharuan sikit.Sikit ja.Kalau dulu,tak dek header.Sekarang dah ada.Itu sebab aku baru belajar buat header.*Well memang nampak macam budak-budak je kan*.Ini pon aku rasa macam dah cantik sangat.hahahaha.Bab-bab aksesori blog ni memang aku terkenal dengan kelemahan.hewhewhew.

Doodle berkaca mata tu kredit utk Blog Apit.Terima kasih apit,sebab aku pon amik dari situuu :D
Doodle berkaca mata tu sesuai dengan aku sebab aku pon specky juga.Haha.

Untuk buat header,aku try buat guna power point.Yang ni pon paling senang dan bagus untuk yang baru belajar macam aku,sebab kalau tengok yang lain, kena guna gimp dengan photoshop,kalau tak silap aku dan kebetulan benda-benda tu memang tak dek dalam lappy aku.Hewhewhew.
Terima kasih daun keladi pada tuan punya Blog inikisahtia ;)

Yang lain macam biasa,semua aku guna blogspot punya.Kalau tunggu aku cari aksesori lain memang tak dek hari la.Kira okay la kan wajah blog aku ni kan? Blog aku cakap okay.so aku cakap okay. *siri bercakap dengan blog*


Teman maya,yang baru follow aku.



Hye buat kawan-kawan maya aku.Terima kasih sebab sudi follow.Hmm, kalau boleh,tinggalkan jejak korang dekat shoutbox,supaya aku boleh follow korang balik.Sebab kalau korang follow je,aku nak follow balik macam tak boleh.Apesal eh?Aku tak tahu la.Tolong la gitau kalau tahu yek.Hewhewhew.


Cakap pasal kawan-kawan duk follow aku,aku rasa macam pelik.Eh kenapa tiba-tiba kawan-kawan blog semakin bertambah?Aku musykil binti pelik juga.
Tak penah-penah.Blog suam-suam kuku aku ni jadi daya penarik.ce ce ceyyy.


Dah seminggu baru perasan,Kak Irma Hasmie letak link blog aku dekat dia punya Fb *yang muka comot tewww*.Wuhuuu.Kenapa aku tak perasan?! Aduh.Lombab sungguh!Tapi tak pe la,itu mungkin kebetulan kan?Btw thanks pada yang follow tak kisah la ape dengan sebab apa korang follow aku dan terima kasih sebab sudi jadi kawan aku ;)
Tapi tu la tinggalkan jejak korang yea,senang aku nak follow balik okay.
Jazakallah ;)




.Salam Ukhwah.Take care.Salam.

Monday, May 28, 2012

Nak baik ,buang yang jahat ;)

Assalamualaikum !




Pernah tak dalam suatu masa,kita rasa susah nya nak buat baik? Orang lain buat baik senang ja.Yang kita ni pulak terpaksa berhadapan dengan banyak halangan.Tak kira lah halangan sehalus habuk mahupun seluas lautan.
Kita akan rasa Ya Tuhan ,susahnyaaaaa nak nak buat baik bagi jadi baik! Susah hati lagi ade la.


Apa kata kalau kita tak payah susah hati sangat dengan perkara di atas tapi kita tukar cara kita seperti dibawah.


Kalau kita terasa susah nak buat baik,mari kita buang dulu perkara negatif dalam diri kita.Tak kira lah -1 atau -100 sekalipun,kalau kita buang yang negatif mesti yang tinggal hanya positif kan? Dan yang positif itu mesti yang baik-baik kan? 

Ayat aku macam nak bagi pening kan? Tapi Fikir dan renunglah sedalam mungkin.Ia membawa satu pengertian yang berbeza.

I'll fight for this.How about you? >.<




Take care ! Salam ;)

Sunday, May 27, 2012

Hari yang ketiga -kerja

Assalamualaikum ;)

Alhamdulillah,hari ni aku lebih bersemangat  untuk bekerja.he he he.Mungkin disebabkan malam tadi aku buat party qiyam kot so aku lebih bertenaga.Lebih bertenaga,kalah mak cik-mak cik yang duk telan segala jenis mak nenek punya jamu.

Pernah tak  dalam satu hari korang rasa letih ya amat ? Salah satu sebabnya kekuatan dalaman kita yakni rohani kita lemah,so korang dinasihatkan untuk buat party qiyam.Isya-Allah esoknya korang rasa lebih bertenaga.

Aku nasihatkan kan diri aku juga sebenarnya,sebabnya aku pun dah lama tak buat so,bila ada benda yang mengingatkan aku buat semula untuk qiyam.Kuatkan diri bangun.Lets party qiyam tonight!

Usatazah aku pernah pesan…

Buatlah kebaikan yg kita tahu ada ganjarannya di akhirat sana.Kalau kita tak boleh buat setiap hari,Kita buat la seminggu sekali,Kalau tak boleh juga,kita buat sebulan sekaliKalau tak boleh juga,buat setahun sekali.Kalau tak boleh juga,buat sekali dlm seumur hidup kita,dan kalau tak boleh jugak jugak,Mati lebih baik. sbb Allah jadikan kita sebagai khalifah diatas muka bumi ini adalah untuk beribadat kepada-Nya.So,jangan lupa tugas kita yang satu ini. 

Perkongsian hari ini....

Aku tak terfikir nak kongsi  apa yang terjadi pada aku sebabnya korang mesti dah muak,jelek dengan cerita pasal aku kan?Macamlah best sangat cerita pasal aku.ha ha ha!Ape kata aku kongsi kerenah customer yang datanggggg…

Jom layannn ;)

Kelmarin,a guy in pink shirt,rambut ala-ala afro sikit datang dengan mummy dia.Nampak macam anak emak.Aku dengan  eka usha je dari jauh,kebetulan tak ramai orang.Dan dan datangnya kebetulan tu kennn ! ha ha ha. 

Dia beli buku motivasi yang ditulis oleh Prof Dr.Muhaya.Disebabkan terpegun melihat rambut keafroan dia tu,telah menimbulkan masalah dipihak aku dan eka.Aku sebut harga Rm15.Eka dengar aku sebut Rm 12 so,bila di discount kan.Tinggal Rm11.4 dan yang sebenarnya discount dia hanyalah Rm14.4 *ayat BM aku macam celaru kan?! Padah!* ha ha ha.

Tapi nak buat gena terpaksa aku dengan eka ganti yg mana shot tu.Dah tu tak kan nak kejar mak cik tu dan minta balik kat mak cik tu

‘mak cik-mak cik, sebenarnya harga dia Rm14.4,saya silap sebab teralit sangat tgk rambut anak makcik ala-ala afro.'

Astaghfirullah.Ngee.Buat malu dan kantoi jer.Alahai nasib.Itulah berangan lagik! Tak pasal-pasal je melayang beberapa ratus sen aku dengan eka.

The next customer,a Chinese auntie berbaju kuning dan berseluar pendek.Mulut tak lekang dek senyuman.Aku terasa dihargai sebab tak semua customer jenis suka memberikan senyuman.Kalau ada pon boleh dibilang dengan jari tangan.

Hmm,Bila kita senyum pada orang,kita expect orang tu akan senyum pada kita.Ya Allah Athirah oi,bila nak tanamkan dalam diri kau yang buat baik jangan diminta balasannya !Degil la kau nih.Tapi kalau dah orang tu tak senyum balik kiranya wasalam je lah senyuman manis tu.huhu

Soalan pasrah kebanyakan customer 

Ada pulak yang tanya soalan sampai aku pun tak tahu nak jawab genaa.Kalau tanya ada diskaun dik?,Boleh gak aku jawab,ada cik.Ikut harga belian.Mean kalau cik beli lebih Rm10 ada lah diskaun,lagi banyak beli,lagi banyak la diskaun.

Tapi  bila cik,inche mahupun pak cik dan mak cik cakap ‘ banyak ni ja diskaun?’ ‘Ni dah diskaun la?’

Erk..aku memang blur campur kesian. ‘Nak banyak mana diskaun nye kak?’ desis hati ku.Bila part ayat pasrah tu ,aku mula la tak terkata.Makanya senyuman sahaja yang mampu ku berikan.Oh tragisnya!

Kiranya aku memang tak boleh meninvolvekan diri dalam bidang perniagaan sebab aku cepat rasa kesian,kalau boleh aku nak bagi free je.Ha ha ha.Tapi nak buat camne,aku ni pon kuli je,kang bagi diskaun lebih-lebih bila bos aku tanya nak jawab mende?Boleh mati berdiri kalau aku jawab,saya kesian dekat diorang tu,tu pasal saya kasi diskaun bebanyak.heh~~sah sah esok 
You're fired! Keh keh keh.

Oh lagi satu,ingat tak kes jiran tingkat ats tu?kalau baca entry first day -kerja ,korang akan baca pasal manusia yang sangat sangat annoying.Ni tak termasuk kes customer tapi kes kerenah manusia juga.Pheww.Hari ni aku rasa lega selega-leganya.Ce teka ce teka? 

Tak tahu?! ha ha ha

Ni nak bagi tau,hari ni kedai dia tutup sebab hari Ahad kot.Bila aku tahu je,kedai dia tutup, kiranya aku tersenyum lebar sampai kalau boleh kelebaran senyman tu terkeluar dari landasan yg sepatutnya.Hooray hooray!Tak dek lagi yang akan sergah aku dengan eka,tak dek lagi yang beli yogurt bliss pagi-pagi dan tak dek lagi duk nyibuk  macam aku dengan eka tak dek kerja.

Wuhuuuu. ha ha ha! Tapi untuk hari ni lah.Untuk Isnin,Selasa,for sure aku kena hadap lagi muka dia.Tapi tak pe la, lagi dua hari je.Sabar athirah sabar! Sabar itukan separuh darpada Iman.

Ada mak cik berjubah pink yang bertudbuh sederhana tapi nampak cute.Tanya aku ,ape perbezaan syamail al-quran Magfirah dengan al-hidayah?‘Ah sudah ! Mau jawab apa an sih?!’ 

Terasa tergugat dek ketidaktahuan dan kesalahan diri sebab tak amik tahu  sedalam tu.!Hmm,setelah dibelek-belek kedua-dua tafsir baru aku perasan,satu ada tanda tajwid,satu lagi tak dek.baru aku nampak,then aku cakap pada mak cik tu macam tu lah.

Mak cik tu Tanya nak amik warna ape  sebab  dia nak bagi hadiah untuk anak dia,warna pilihan  yang ada hitam dengan maroon, mulut aku ringan nak jawab ‘kalau lelaki,amik hitam,kalau perempuan amik maroon.Hmm lelaki kebanyakan suka hitam ala-ala maskulin gituuu.Kalau maroon ni sesuai untuk perempuan.Hukum alamnya begitu lah.Tapi jawapan aku 'hmm mana-mana pon boleh mak cik' Aku rasa sekarang ni dah tak kisah dah.Bantai selagi jadi feveret.heh~ 

So begitulah perjalanan hidup aku sepanjang aku berada di ruang legar Hafifah.Menjalankan amanah yang sedikit cuma tapi penuh dengan pengalaman berharga.Kalau ada masa,aku sembang sembang sikit dengan auntie yang jadi guard dekat situ,macam-macam cerita.Hmm,yang boleh aku katakan kerja selama tiga hari ni,orang-orang dekat situ semua murah dengan senyuman ;)

Esok,lagi satu hari.Esok aku kena jaga sorang-sorang sebab eka kena hantar adik dia masuk matrik.Yang merisaukan aku adalah jiran atas tu.Pheww.
Harap-harap dia tak dek esok.ha ha ha!
Allahumma yassir wa la tu'assir.Allahumma Ameen.
Take care.Salam.

Saturday, May 26, 2012

Hari yang kedua - Kerja

Assalamualaikum ;)

Alhamdulillah,aku still dapat bernafas sehingga ke waktu ini.Huhuhu,nampak gaya macam aku kepenatan tercungap-cungap mengejar masa pulang.Masuk kereta sambil mulut terkumat kamit bukan memaki tapi baca doa menaiki kenderaan,gear shift dari P-parking diturunkan ke D-drive dan keretaku menjalar keluar dari petak parking dan menyelusuri jalan-jalan yang diatasnya dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta.

Matlamat aku satu je,aku nak cepat sampai rumah.

7.20 baru bertolak dari HafifahKangar.Nak ke kampung halaman aku yang terletak dekat kilang gula,chuping nunnn di sanaaa,lebih kurang 30km,pukul berapa aku nak sampai?Wuhuuu.Pandai-pandai lah korang nak bahagi ke darab ke.Jam 7.50 petang,aku sampai rumah dengan selamatnya.Alhamdulillah.Home sweet home. keh keh keh.Over tauu ! -Itu kes aku nak sampai rumah cepat-cepat.

Rewind masa yang telah berlalu- huuuu ;)
10.15 aku baru sampai.Eka dah gelisah.Aku mai ke dak kerja hari ni.Msg tak henti-henti.Eka,jangan risau insya-Allah aku mai kerja sampai aku diberhentikan.hahaha.Dah sign contract kenss.Kena lah menjaga amanah yang diberikan.Kerja pon,kalau ikhlas dan bersungguh satu ibadah juga!

11.00- Annoying punya orang yang aku kata semalam,nampaknya hari ni semakin menggila keannoyingannya.*Tepuk dahi sambil geleng-geleng kepala* Pagi-pagi dia belikan kami berdua yogurt nestle bliss.Maunya aku tak terejut.Apekah?Aku tak suruh pon.

Lagi,masa customer bagaikan air yang mencurah-curah,dia boleh duk sembang mcm aku dengan eka tak dek kerja.Ya Allah sabar lagik.Dalam hati istighfar ulang-ulang.Kalau boleh nak bagi kuat supaya dia ni tahu orang tak suka lah dia duk menyibuk macam la kedai bos aku nih ada share dgn kedai dia kat atas tu.Haisy.Tak gemar lah gini ;(

12.30-Dari segi penjualan mungkin tidak sebaik semalam atau kelmarin.Tapi boleh la lagik diterima akal dan logik.Alhamdulillah.Pagi sampai ke tengah hari tu macam suam-suam kuku.Perniagaan memang ada masa untung gila-gila,ada masa rugi gila-gila.Eh ye ke? haha.Tapi apa-apa pun rezeki tu kan Allah yang lorongkan.So teruskan usaha sajalah!

1.30-Kalau semalam,aku tak makan tengah hari atas sebab kedai nun yang satu tu tutup,hari ni aku bawak bekal.Tapi bukan aku yang masak,aku beli tapi letak dalam bekas so nampak macam aku yang masak.haha.Kiranya standby la kan.Dan hari ni kedai makan yang aku kata tutup semalam,hari ni dia buka pulak.Aduiii laaa.Kita memang tidak sefahamanT.T

-/+ 2.30 Mak cik mesraalam tu mai lagik.Whoaa~Mula-mula mak cik tu masuk,aku tergamam sesaat.Yelah kelmarin makcik tu mai pakai spek,dah hari ni mai tak pakai spek pulak.Ceh.Tapi Serius aku cuak je.Dup dap dup dap
Dalam hati 'Ah sudah.Apehal pulak kali ni'.

Oh rupanya tafsir yang dibelinya semalam ada ayat-ayat yang berbayang-bayang so tak boleh nak baca la kan?Pheww.lega alhamdulillah nasi baik hal tu je,So aku pun ganti lah dengan yang baru.Jenuh juga la cek banyak- banyak kali kan,takut ada lagi yang berbayang-bayang ayat ayat dalam tafsir tu.lepas mak cik tu dah puas hati,dia pon senyum lalu beredar meninggalkan kami yang wuhuuu.lega seyh.

And the rest .. . ..

Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar.Makin petang,makin ramai orang datang dan beli buku.So esok aku kerja lagi.Hopefully everything will be fine.Insya-Allah.Apa-apa pun niat aku kena betul kan?
Thanks nia for remind me ;)
Allahumma yassir wa la tu'assir
Take care.Salam.

Friday, May 25, 2012

First day-Kerja


Assalamualaikum;)

Kalau ikutkan hati memang aku dah syahid atas katil tapi kalau aku tangguh ,memang pakat tak tulis la.Hmm,first day masuk kerja pukul 10 pagi.Jadi penjual buku.Macam pameran buku la tapi kecil-kecilan punya.Kiranya kerja aku susun-susun buku,kalau ada orang beli jd juruwang.Kalau pembeli nak bil,aku tulis bil bla bla bla dan bla lagik.

Tapi buat masa ni tak dek lagi la kerja yang berat-berat yang terpaksa aku buat.Cuma yang tak laratnya,ada banyak masa terluang sebab pembeli bukan datang setiap masa.Ada masa ,ramai sampai tak menang tangan.Ada masa lengang sampai boleh khatam buku-buku dekat situ.So aku amik peluang tu untuk baca buku dekat situ.Hu hu hu.

Aku start kerja pukul 10 pagi sampai 7 malam,So bila waktu solat,aku dengan member aku buat giliran lah.Aku kerja sekali dengan eka,kawan sekolah menengah dan merangkap kawan masa tingkatan enam.Alhamdulillah.

Pukul 7 malam tepi penjuru pun jadi.
Sebelum  tibanya jam 7 malam yaa,aku terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah manusia.Banyak manusia banyak ragam.Eh betul ke tidak?Hahaha.Karenah mak cik yang sangat mesra alam sampai menterbalikkan keadaan.Dah macam aku pembeli,makcik tu penjual.Dia pulak dok tekan-tekan kalkulator.Adeh.Sabar aje lah.

Karenah manusia yang kedua.Adalah jiran tingkat atas yang suka mengacau bila part aku dengan eka busy layan pembeli.Ade ke patut dia sergah aku time aku tengah mengira.Haisyh mujur juga aku tak baling dia dengan kalkulator.Annoying gila kot.Tapi sebab aku baru first day and first time,aku buat bangang je.Harap-harap esok dia tak seannoying hari ni.Pheww.
Pukul 7 ,nakbalik.So yang lelaki tu nama dia asomuddin kot kalau tak silap lah.
Dia akan jaga buku-buku tu sampai pukul 10 malam pulak.

Buku-buku yang dijual.

Buku-buku yang dijual lagik. haha
Bagi aku kerja ni kiranya untuk tambahkan pengetahuan dan meluaskan lagi pengalaman dalam diri aku.Baru aku tahu,nak cari duit ni memang payah.Payah dan sukar sebab aku kena berhadapan karenah manusia.Macam biasa orang ni kan perangainya banyak jenis.Kiranya macam satu cabaran buat aku lah.


Lagi satu,nasib aku kurang baik sebab dari pagi tadi aku tak telan sebiji hape pon sampai ke pukul 8.00 tadi baru sempat jamah nasi goreng.Tengah hari pon aku tak telan benda sebab tempat aku kerja tu tak dek kedai makan.Eh ada la! Ada satu je kedai makan ,dah tu kena pulak hari ni dia tutup .Ape lagi kebulur lah aku.hew Hew.


Aku harap esok lebih baik dari hari ni.Aku harap esok makin ramai yang beli buku.Aku harap esok,tak dek lagi manusia-manusia yang annoying cari pasal ni kes jiran tingkat atas.Aku harap esok aku ada masa untuk makan tengah hari.Dan Aku mengharapkan segala-galanya berjalan dengan lancar.
Allahumma yassir wa la tu'assir
Take care.Salam.

Single sista

Assalamualaikum ;)

Tiga hari aku meredah kepekatan malam,untuk menghantar specky pergi tusyen.Sudahlah malam ni hujan lebat.Mata aku ni dah lah rabun memang cuak la drive.Pulak tu wiper dengan cermin kereta macam nak sabotaj aku.Ibarat kain tuala yang tak telap air.Haaa gitulahh.

Hmm,rajin kan?Rajin sebab parents aku tak dek.Parents aku pergi Kelantan.Wuuuuu.Bestnya pi Kelantan.Aku nak pi,tapi tak buleh.Sobs sobs.

Ibu: Kau jaga adik kat rumah.
Aku: wuuuuuu.Nak ikotttt juga.

So aku lah yang menjadi 'single sista'.Pagi-pagi kejut specky,suruh bangun.Agak-agak tak nak bangun,memang nak kena simbah dengan air.Bancuh Milo,then letak roti.Pandai-pandai la nak breakfast macam mana sekalipun.hahaha.Lepas pak cik aku hantar specky pergi sekolah. Aku ?

Aku buatlah kerja yang sepatutnya.Kemas rumah,sapu sampah,basuh pinggan,basuh kain,jemur kain,lipat kain dan bla-bla-bla.Pokoknya aku buat lah semua benda tu kecuali memasak.haha.Kalau main masak-masak aku reti tapi kalau suruh masak betul-betul.wuhuuuu.Amit-amit.Angkat bendera tak kira warna tanda serah diri awal-awal.

Dan aku bernasib baik,selama tiga hari ni specky tak balik tengah hari sebab ada latihan chess dekat sekolah.So aku hooray hooray.Tak payah masak.Takat aku sorang nak makan,tade hal.Bancuh milo pon konyang. keh keh keh.Ni kes pemalas nak masak!

Bila pukul enam, specky balik.Masa itu lah aku berprang sana prang sini dekat dapur,sebab dia nak makan nasi goreng dengan ayam goreng.Adeh.Nasib semua goreng.Senang kerja aku.Goreng ja.hahaha.

Bila malam hantar tusyen,aku cuma  berdoa satu janganlah hujan.Kalau hujan memang tidak dapat tidak alamatnya sepcky kena tusyen dekat rumah sebab aku tak boleh drive tengah-tengah hujan.Rabun ya amat.Bila balik dari tusyen,kena pastikan dia tidur.

Bila jadi single sista,baru tahu macam mana teruknya tanggungjawab seorang ibu walaupun aku sista,tapi kerja-kerja tu lebih kepada ibu yang buat selama ni,aku cuma tolong bila perlu.hewhewhew.

Pukul 10.30 tadi parents aku sampai rumah,gila cepat kan.Alhamdulillah selamat.Hmm,makanya tamatlah gelaran single sista.Back to normal !Haha.
oh btw,esok aku start kerja,jaga gerai buku la kot.Tak tau nak cakap.First time kerja.wuhuuu.Takut nervous. Jumpa lagi.Daaa.Take care.Salam.

sms-Doakan semuanya berjalan dengan lancar okay.
        Allahumma yassir wa la tu'assir

Tuesday, May 22, 2012

Anak-anak Istimewa

Assalamualaikum ;)

Menjengah kembali cerita pagi tadi,aku dan ibu dapat called malam tadi untuk join satu event yang dianjurkan oleh Jabatan kebajikan Masyarakat,PDK 4 RRD,Kerajaan negeri dan beberapa lagi agensi sempena hari keputeraan.Alhamdulillah,aku dan ibu berkesempatan untuk join this event.


Sebenarnya,ia adalah lawatan DYMM Raja perempuan Perlis.Lawatan ke rumah pemulihan dalam komuniti 4 RRD Arau.Aturcara bermula pukul 10 pagi,dengan taklimat perkembangan PDK 4 Arau.


Anak-anak istimewa yang perlu diberi perhatian
























Seterusnya,acara lawatan ini diteruskan dengan persembahan pelatih-pelatih PDK.Time ini kalau tengok,macam-macam peel ada.Tarian yang sangat bertenaga dan bagi aku mereka sangat sporting.Anak-anak istimewa begini,mereka memerlukan lebih perhatian.Tapi bila mereka memegang title anak-anak istimewa,kita kena jaga perasaan mereka,once mereka sentap,merajuk lah jawabnya.


So aku kagum la tengok cikgu-cikgu yang in-charge jaga anak-anak ini.Memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.Bila anak-anak ni berpeluh,cikgu-cikgu akan lap peluh.Bila mereka panas,cikgu-cikgu akan kipaskan diorang.Hmm,kalau aku berada di tempat cikgu tu camne?


Emcee bertugas cakap :
 " Semalam raptai,tarian lain.Hari ini tarian lain.Tapi nak dapatkan mood mereka,cikgu pengsan 3 kali"


Ayat emcee dah dapat gambarkan macam mana cikgu-cikgu bertungkus lumus melatih anak-anak ini untuk pastikan mereka mampu membuat persembahan yang terbaik.


Acara diteruskan dengan lawatan bilik -bilik khas.Disebabkan bilik-bilik khas hanya memuatkan bilangan kecil tetamu,so masa ini aku dengan ibu melepak sat dekat luar.Lepas dah habis majlis baru kitaorang masuk bilik khas.Masa masuk bilik ini,rasa nak menangis.Tapi terpaksa tahan.Melihat seorang ibu tabah menjaga anak yang kurang upaya.Muhasabah diri balik.


Gambar di bawah ini menunjukan adik perempuan yang berusia 12 tahun.Saat adik-adik kita yang lain berlari kesana sini,belajar,bermain,siapa sangka masih ada yang tidak mampu untuk bangun ,berjalan hatta tidak berdaya mengangkat badan.Hanya mampu kesana sini apabila dikelek oleh seorang ibu.Adik ni mempunyai kembar seiras yang kini menjalani hidup seperti yang sepatutnya.Puncanya hanya satu lemas ketika dalam kandungan ibu.So,ibu yang mengandung doa banyak-banyak dan pastikan anda mendapat rawatan yang sebenar-benarnya.

Adik perempuan ni akan diberi susu dan bubur melalui tiub,dan perkara yang mampu membuat aku fikir banyak-banyak kali,adalah bila yang menjaga adik ni adalah kakaknya.Kakak nya yang susukan,kakaknya yang jagakan.Aku?Bila suruh jaga adik,tak nak.Apelah sangat nak jaga adik aku yang semuanya cukup sifat berbanding adik yang istimewa ni.Sesungguhnya aku sangat kagum dengan sikap ketabahan yang ada dalam diri si kakak.

Adik ni berusia 12 tahun.
Gambar dibawah ini pula ,adik perempuan berusia 8 tahun bersama ibunya.Puncanya sama kerana lemas.Bila fikir-fikir balik,kita yang dilahirkan tanpa cacat cela ini sebenarnya perlu bersyukur dengan kurniaan-Nya.Kalau tak mahu melakukan kebaikan,ibadah lagi tak tahulah.


Alhamdulillah sebab aku dapat peluang melawat anak-anak istimewa ni.Kadang-kadang dalam kita menghadapi liku-liku kehidupan,kita menjalani hidup ,keluar pagi,pergi belajar,malam kelas tambahan,cuti kita dengar tazkirah,buat aktiviti-aktiviti lain,kita lupa yang ada insan lain yang masih memerlukan perhatian dari kita.

Cikgu dekat pusat pemulihan itu pesan,Nanti-nanti datang  la lagi.Hmm,Insya-Allah ;) Mungkin lepas ini,kita boleh masukkan kedatangan kita ke pusat kebajikan untuk menyumbangkan tenaga,duit atau apa-apa sahaja dalam senarai aktiviti kita.Biiznillah ;)

Semoga cikgu-cikgu teruskan usaha yang mulia dan semoga jasa baik cikgu semua menjadi saham akhirat kelak.Tahniah.Kita masih belum terlambat untuk sama-sama berganding bahu membuat kebaikan.

sms:1 Rejab.Allahumma bariklana fi rajab wa sha'ban wa ballighna ramadhan.
        Jangan lupa puasa ;)

Monday, May 21, 2012

Cinta Dari Jauh 11

Telingaku masih tersumbat dengan earphone.Cloks-versi instumental masih kudengari sambil membaca novel.Novel Aku Mahu Kamu ditangan masih menjadi tatapanku.Membaca dari satu muka surat ke muka surat yang lain.


Novel yang ditulis oleh Aleya Aneesa ini menjadi mangsa saat aku dirundung kesunyian.Nampaknya memang aku tak boleh nak kamceng dengan lelaki dihadapanku ini.Aku dan Haidi masing-masing membisu.


Pertemuan yang tak dirancang.Pertemuan yang tak dijangka.Pertemuan yang tak disangka-sangka,akhirnya berlaku setelah lima tahun berlalu.Kuhirup kopi yang sedikit pahit itu perlahan-lahan.Haidi leka dengan peta Istanbul yang diambil dari ruangan receptionist.


Haidi kulihat memerhati peta berkali-kali sebelum matanya diarahkan kepadaku.Keningnya terangkat.Lagaknya seperti pelik melihat aku terus khusyuk dengan novel.Sedari tadi ,Haidi seperti ingin bertanya sesuatu,aku menanggalkan earphone perlahan-lahan dan mula memfokuskan kearahnya.


 "Suka baca novel?" 


Aku tersenyum sesaat." Ha'ah.kenapa?" 


"Orang cakap,perempuan yang suka baca novel ini,suka berangan" 


Aku diam.Novel yang kutanda dengan penanda buku itu kututup.Sejujurnya aku tak suka part orang cakap perempuan yang baca novel ini suka berangan.Ayat yang sangat berbisa.Tapi iyalah,lain orang lain pendapat kan?


"Itu 'orang' cakap.Kalau pendapat awak macam mana pulak?"
Tersentak Haidi seketika.Nak juga tahu pendapat lelaki dihadapannya ini tentang perempuan yang suka baca novel ini.


Haidi angkat bahu."Entah.Saya tak rasa macam tu pun.Kak Min cakap baca novel ini tak semestinya suka berangan tapi ada ja yang baca novel untuk relax kan diri.Agaknya macam dia la kot."


"Tahu takpe.Saya baca novel sebab dalam novel ini ada macam-macam cerita.Ada pasal family,kehidupan realiti,pasal cinta haruslah ada." sinis sahaja senyuman Haidi saat terdengar perkataan cinta.Aku berjeda seketika sebelum menyambung kata-kata.


"Lagi satu,saya suka baca novel sebab dalam novel je kita boleh dapat apa-apa ilmu dengan suasana yang santai.Lagipun dah jadi hobi.So teruskan je lah. Setiap orang ada hobinya masing-masing kan?"


"Setuju"


"Boring eh cakap dengan saya?Sorry.Kalau bab novel,memang berjela la jawapan saya."Aku meliarkan pandangan keluar restauran,mencari-cari kelibat Kak Min dan Iffat.'Haisy,manalah mereka berdua ini.'Ghaib dari tadi.


"Tak deklah.I'm okay.At least saya tahu hobi awak,lepas ni senang lah kerja saya.Dah tahu nak beli hadiah apa untuk awak.Beli je novel confirm awak suka."Seusai kata-kata tersebut.Aku dan Haidi sama-sama gelak.Perli aku la tu.


"Oh kenapa nak bagi hadiah?Sebab saya banyak cakap.Nak bagi saya senyap bagi novel macam itu?"Dugaku.


"Hadiah apa-apa pun tak kisah.Birthday boleh,hadiah bertunang boleh,hadiah kahwin pon boleh.Tak kisah." Jujur Haidi.Aku terkedu.


"Baiknya awak,baru kenal nak bagi hadiah."perliku sambil melihat pelayan yang bernama Hassan ini menghantar hidangan yang dipesan.Sejurus Haidi mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut dalam bahasa Turki,pelayan tersebut beredar ke dalam restauran.


"Eh siapa cakap baru kenal?Kita kenal dah lama.Lebih lima tahun." bidas Haidi.


"Eleh setakat berbual-bual sekejap,kenal apanya."


"Sekejap atau lama bukan persoalannya.Yang pasti saya kenal.Dan saya nak terus mengenali diri awak dengan lebih mendalam lagi."pantas sahaja ku mendongakkan kearah wajah Haidi.Haidi angguk tanda seriusnya dia untuk mengenaliku.Aku diam.


Makanan Turki yang sudah terhidang ini ,hanya tunggu untuk dimakan sahaja.Perutku yang berkeroncong ini sudah meraung-raung minta diisi.Kalau aku sorang-sorang,memang dah selamat masuk dalam perut.Tapi apa boleh buat,Kak Min dan Iffat masih lagi belum nampak batang hidung dari membeli Turkish delight.Aku kenalah belajar bersabar.


"Makan lah.nak tunggu dua orang itu lambat."Dua ulas bibir Haidi terseyum kearahku.Aku geleng kepala.


"Tak pe tunggu diorang.Ha! tu pon."Iffat berlari-lari anak meninggalkan Kak Min dibelakang.Di tangan Iffat ada beg plastik berbunga merah.Di dalamnya terdapat sekotak manisan.Belum sempat Iffat mengeluarkannya untuk makan,aku menghalang.


"Ape kata kalau kita makan makanan yang dah ada ni.Dah sejuk tau" Kak Min yang baru sahaja duduk hanya mengangguk sebelum membuat muka apabila melihat makanan yang terhidang.








"Ape ni? Tak kan makan roti cecah sambal-sambal ini kot" Muka Iffat pelik.


Aku dan Haidi sama-sama gelak.Sebakul kecil roti dan sepinggan meze yang berupa tomato-based,yogurt- based dan cheese- based serta dihiasi dengan hirisan timun dan tomato.Nampak sekali imbas macam sambal yang mungkin berperisa rempah ratus Turki.Mungkin.


Nak kata menyelerakan pon,tak terkata.Aku mula mencecah  roti dengan tomato -based tersebut.Hmm,rasa macam sambal belacan terlebih cili.Ingatkan dekat Malaysia ja ada sambal belacan.Terasa tekakku tidak boleh menerima.


"Tekak Iman tak boleh terima."jelasku perlahan.Kopi pahit, kuminum laju bagi meredakan rasa loya.


"Kak Min pun sama." Iffat dan Haidi dari tadi masih ligat mencecah roti bersama meze tersebut.Sakan betul mereka.


"Laju korang makan?" sambil tersenyum-senyum Kak Min berkata.


"Tak elok membazir"jawab Haidi ringkas.Iffat anggguk-angguk sahaja.






Aku dan Kak Min hanya memerhati lagak dua orang dihadapan kami.Berselera sungguh mereka berdua.Sedari tadi,Haidi dan Iffat yang membuat pesanan sementelah aku dan Kak Min memberi keizinan untuk mereka membuat pilihan makanan.


"Tu apa?"ujar Kak Min sambil menunjuk kearah bekas panjang di hujung meja Haidi.Haidi dengan lambat-lambat mengenepikan roti prata diatas hidangan Tersebut.Sebaik sahaja roti prata diketepikan,kelihatan ayam bakar berempah.




"Umphhh.Ni baru selera nak telan."Kak Min segera mengambil ayam dan roti prata dan diletakkan di dalam pinggannya.Seleraku yang tadi sudah tumpul,bangkit semula setelah melihat ayam berempah yang masih berwap panas.Kulihat haidi dan Iffat tergelak melihat telatah Kak Min.Gelak ada makna.Rupanya sedari tadi mereka sudah tahu hidangan tersebut adalah ayam tetapi sengaja menyembunyikan dahulu.


"Patutlah senyap.Rupanya dah berkomplot nak kenakan orang"Ujarku sambil menendang kaki Iffat.Muka Iffat berkerut sedikit sebelum tersengih.


"Abang Haidi yang ajak orang berkomplot.Iffat tak nak"adu Iffat terus terang.


"Eh,abang pulak." 


"Nakal" Kak Min menarik telinga Haidi perlahan.Iffat dan aku hanya mampu ketawa.Manakan tidak,lelaki yang sudah menjangkau 25 tahun itu masih dicengeng telinganya.Tapi aku suka gambaran tersebut,adik beradik tersebut nampak manja,seakan-akan hanya mereka berdua sahaja disini.

Saturday, May 19, 2012

Let it go ;)

Assalamualaikum w.b.t

Dalam keadaan penat,letih dan lesu,aku menggagahkan diri untuk menulis new entry sebab dah tiga hari aku tak update kenss?Hmm,baru tiga hari dah kecoh.

Ok.Hari ni penat sebab temankan adik aku main open chess sehari suntuk.Dia main sah sah penat.Aku ni yang menunggu melangut lagi penat.ha ha ha.
Bila dah penat tu yang rasa macam malas nak update sebab letih sangat,tapi ada sebab kenapa aku gagahkan diri.

Buat pengetahuan korang,tarikh hari ini 19 MEI 2012 mungkin menjadi penantian bagi pelajar-pelajar lepasan Stpm,sebabnya hari ini semakan temuduga bagi pendidikan dibuka.Oh perasaan aku?Aku excited tapi aku tak excited.

Acaner tu? Hu hu hu

Alkisahnya,lepas spm,aku isi maktab untuk further study la kononnya,sebab cita-cita aku memang untuk menjadi seorang guru.Aku yakin, dengan berbekalkan keputusan yang aku rasa baik dan skill-skill yang aku ada ni,mampu menjadikan aku seorang guru yang dedikasi bla,bla,bla dan bla,eceh.Yakin sangott.Tup tup,bila result maktab keluar,dukacita dimaklumkan bahawa aku gagal.Sedih tak terkata.

Tapi aku tak give up lagi.

So,aku sambung form six.Orang cakap,sambung form six ini,peluang jadi pendidik lebih cerah.Orang cakap la.Aku tak tau.So,bila aku isi upu bulan empat hari tu,aku masih diberi peluang untuk pilih kos Pendidikan.
Memandangkan cita-citaku suatu ketika dahulu ingin menjadi seorang guru masih belum hangus di bakar api,aku pilih juga kos bimbingan dan kaunseling-Bed(UPSI)

Hmm,dapat ke tidak?Kalau dapat temuduga,lulus temuduga,Insya-Allah aku akan sambung di UPSI la kenss?

Tuptup.Hari ini bila aku buat semakan temuduga.Dukacita dimaklumkan bahawa sekali lagi aku gagal.Sobs Sobs Sobs ;( Tipulah kalau sikitpon aku tak rasa kecewa,sedih dan seangkatan.Kecewa sikit.Sedih sikit.Memang kena ada la.Tapi aku kuatkan hati untuk menerima.Bermula saat itu juga,aku cakap dengan diri aku yang Allah dah tentukan rezeki aku di tempat lain.Dan mungkin guru bukan kerjaya yang sesuai dengan aku.Hmm,hmmm,hmmm.Semuanya sudah ditentukan-Nya.

Aku give up ?

Kali ini aku bukan give up tapi aku redha dengan ketentuan-Nya.Sebab aku percaya dengan janji-Nya.

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui' [2:216]




sms-UPU cakap semakan temuduga itu ditangguhkan kerana ada masalah teknikal.Nanti ada semakan semula.Mungkin ada peluang kedua?Tapi aku tak berharap.Close your eyes,Clear your heart,Let it go.Okay.Take care.
Salam.

Wednesday, May 16, 2012

Review Novel : Kejora Di langit Cinta Oleh Anis Ayuni




Assalamualaikum ;)


Buat peminat novel,hari ini turn Kejora Di Langit Cinta pula untuk direviewkan.Orang lain post entry pasal selamat hari guru,kau?Review novel.Memang tak alert langsung dengan keadaan dan persekitaran keliling.
ha ha ha

Novel yang dikarya Anis Ayuni ni adalah novel yang ke-10,beliau tulis.Itupun kalau aku tak salah info,kalau salah minta maaf ye.Hmm,okay novel ini pon sebenarnya berkaitan watak seorang guru.Semua orang tahu, Anis Ayuni seorang guru.

So bila aku baca novel terbaru beliau ini,aku rasa apa yang beliau tulis adalah pengalaman beliau sendiri dan mungkin pengalaman teman-teman seperjuangan beliau.Mungkin.That's why aku buat review novel ini.Kalau korang pernah baca Gemersik Kalbu, ada cikgu Raihana aka ana.
Kali ini ada cikgu Faradila aka dila.

Apa kata aku tentang novel ini?

Novel ini berkisarkan watak seorang bakal guru dan seterusnya menjadi seorang guru disekolah menengah.Dalam plot-plot penceritaan,banyak disentuh mengenai profesion perguruan yang bagi aku sangat bermanfaat.Untuk bakal guru ,korang digalakan untuk membaca novel ini supaya korang dapat gambaran sebenar,suasana berhadapan dengan pelajar-pelajar.

Berkisarkan cerita anak-anak pelajar pada zaman melenium ini.Ada yang okay,ada juga yang tak okay.Ada yang nak belajar ,ada yang tak nak.Tapi apa yang aku dapat rumuskan setiap penceritaan tentang pelajar-pelajar dalam novel ini,masuk dengan jiwa aku sebab keletah-keletah yang diceritakan beliau ini macam pengalaman aku masa aku jadi student so aku tak dek lah boring bila baca kan? Sebab bila ada kaitan dengan diri kita,whoaa baru best.Terasa macam aku jadi watak sampingan.he he he!

Berkisarkan pengorbanan seorang guru dalam mendidik pelajar-pelajar .Tak kisah kena calar kereta pon,senyum ja.Bertuah sungguh kalau dapat cikgu macam itu.So kalau korang beli noel ini buat hadiah hari guru pon okay.Lain dari yang lain. hew hew hew.

'You future in your hand'

Selain itu,Novel ini juga berkisarkan tentang pertemuan semula Dila dengan Khalish.Khalish yang dikenali sewaktu mereka sama-sama buat umrah empat tahun lepas telah menggamit perasaan sayang dan cinta setelah kembali bertemu.Khalish kerjanya mencanting batik disebuah bengkel.

Berkaitan Khalish,aku suka watak ini bukan sahaja sebab dia satu-satunya hero dalam cerita ini,tapi sebab kerjaya yang ditetapkan oleh penulis.Mencanting batik?Tak pernah aku baca lagi watak hero kerja canting batik.Asyikasyik ahli perniagaan yang ada syarikat super gah sana sini.Huisy.Boring.kali ini kalau korang baca korang mesti seynum jeee.
Dalam novel ini pun korang boleh explore ape itu mencanting batik.Hmm best best.Aku pula jadi tak sabar nak pergi Terengganu ,nak pergi tengok orang canting batik. whoaaaa.

Kalau aku nak cerita pasal setiap watak,tak tertulis aku.Makanya aku hanya menulis sedikit sebanyak jalan ceita lah yek.

Konflik datang bila adik Dila,haneen meninggal.So time ini mama Dila berkabung sampai terpaksa menunda perkahwinan Dila dan Khalish.Lagi konflik bila tiba-tiba Dila ada adik lain,Rania yang terpaksa ambil dari rumah kebajikan untuk menjadi pengganti haneen.Korang mesti tertanya-tanya,rania ni datang dari mana.So kalau nak tahu cerita ini jadi apa,pergi beli novel ini di kedai berhampiran anda.Tak rugi beli,sebab happy ending ;)

Yang nak pergi jalan-jalan ke blog kak Anis Ayuni.Klik-> Anis Ayuni

Aku ucapkan tahniah buat Kak Anis sebab masih terus giat menghasilkan novel-novel yang berkualiti dan ia mampu mencambahkan pengalaman dan pengetahuan dalam pelbagai aspek.Tahniah.
May Allah bless u kak.Insya-Allah jumpa di lain entry.
Salam.

Sunday, May 13, 2012

You are my superIbu

Assalamualaikum.


Hai Ibu *peluk pinggang ibu sambil cium pipi ibu*


Along harap ibu sihat-sihat selalu.Hmm,dekat facebook hari ini ramai orang post something speacial buat mama diorang kan?Along perasan.Tapi takan along nak buat macam itu juga.Tak istimewa la kalau semua buat benda yang sama.Hi hi hi !


Well,fikir punya fikir along rasa along nak tulis kat sini aje.Boleh?Hmm kalau ibu ada masa,ibu boleh baca kalau ibu tak dek masa pun,nanti-nanti ibu baca okay :) thanks for reading.


First thing first.thanks for being my wonderful mother.Along percaya takkan ada ibu yang terbaik yang sporting gila-gila selain ibu.Heee.Terima kasih sebab sudi mengandungkan along dan melahirkan along dengan segala kudrat yang ada.


Lagi,terima kasih juga sebab menyusukan along dan membesarkan along sampai along jadi betul-betul besar sekarang ini.*Cubit pipi along* Montel.
Ha ha ha.Halalkan segala apa yang ibu dah berikan pada along :')


Oh lagi terima kasih juga sebab tolong along buat kerja sekolah,ajar along macam-macam.Buat itu buat ini,kalau nak list memang tak muat dalam entry ini.


Ajar along kemas baju,kapur kasut,masak nasi,basuh baju, dan macam macam la sampai tak terjangkau dek fikiran pun ada.


Terima kasih untuk didikan agama dan akademik yang diberikan.Hmm, walaupun dah menjangkau 20-an i know, i'm not the best daughter for you.but i'll try my best.


Just wanna to share .Along banyak buat salah itu ini.Sorry sorry sorry.Degil?Hmm agak agak agaknye.Kena mengaku la kan? Ha ha ha.


Unpredictable lagi la betul. ha ha ha.Kalau baik memanjang tak best ha ha ha
Kalau tak dek sikap ini tak ceria pula kan?.Along tau sikap-sikap macam ini lah yang susahkan hati ibu dan geram dengan along :') Sorry !


Masa ibu umur 20,dah kahwin,dah jadi suri rumah pada rumah tangga yang dibina dan jadi suri di hati ayah yang pandai masak,pandai jaga anak and everything la. Eh ni kes apa pula? Hmm nak cakap along takkan jadi sebaik ibu.


Part paling best,bila gaduh mulut dengan ibu,akhirnya bila along kalah,masuk dalam bilik nangis sorang-sorang.Euww.memalukan. Dah tua pun nak nangis.


Tapi iyalah hujah along tanpa ada fakta memang kalah mati la kan?
Hmm,kalau ibu pergi mesyuarat benda itu lah along paling rindu.Nak lawan cakap dengan ibu.Sebab masa lawan cakap itu,ibu nampak bersemangat.
he he he


Setiap hari adalah hari ibu.
I'm sorry for everything .
Love you ibu
waakhiran jazakillah hu khairan kathira.You are my Superibu :')


with love,
Along

Cinta Dari Jauh 10


Iffat masih ralit dengan keadaan ditepi-tepi kaki lima hotel Aquarium.Kamera Cybershotnya sudah merakam perlbagai gambar yang kebanyakannya berlatarkan kedai,jalan raya,aksi orang Turki pun ada.'Apa-apa sahajalah Iffat ni'Getus hatiku.

Deretan kedai dapat kulihat dari arah bertentangan dengan hotel kami seperti kedai runcit,kedai susu dan kedai cenderahati.Tapi saiz kedai-kedai di sekitar hotel ini kecil jika hendak dibandingkan dengan kedai-kedai di Malaysia.

"Angah,lambat lagi ke diorang ni?Penatlah tunggu" Iffat sudah mula merungut.

" Tunggu la kejap.Tadi Iffat yang beriya-iya nak turun cepat kan?"sanggah Imani perlahan.

"Cepatlah.. cepatlah.."ujar Iffat kepada diri sendiri.Aku hanya tersenyum melihat keletahnya.

Papa dan mama masih belum turun dari bilik hotel.Keluarga Uncle Hazlan juga masih belum turun. Aku bersandar di dinding hotel itu sambil bermain-main dengan  kedua-dua belah tangan.Digosok-gosok perlahan.Terasa benar kesejukannya apabila berada di luar suhu bilik.Pastinya suhu di sekitar kawasan ini mencecah sepuluh darjah celsius ke bawah.

Hampir 10 minit menunggu,baru papa dan mamanya turun bersama keluarga Uncle Hazlan.

"Jom kita" ajak Uncle Hazlan.

Papa angguk.Maka bermulalah perjalanan kami ke Masjid Biru dengan berjalan kaki beramai-ramai.Salah satu tempat tarikan pelancong yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal kami.Jadi tidak perlu menaiki pengangkutan awam lagi buat masa ini.

Menurut Uncle Hazlan yang pernah datang ke sini dua tahun lepas atas urusan perniagaan,ada banyak perubahan berlaku di sekitar kawasan ini.Kami yang menjadi anak-anak buah dibelakang ini hanya mendengar penerangan Uncle Hazlan.

Sedikit sebanyak,aku dapat merumuskan bahawa kawasan ini dahulu mungkin tidak secantik sekarang.Mungkin dari segi infrastrukturnya,semakin bertambah dan lebih banyak yang menarik perhatian pelancong.Papa dan Uncle Hazlan meneruskan perbualan mereka.

Kak Min dan aku jalan seiring.Haidi Audahal dan Iffat di belakang mereka berdua.Mama dan auntie Junita sudah pasti bersama,berjalan dihadapan kami.Bagaikan sudah tersurat,kami semua berpasangan.Tapi kalau Alongnya dan Kak Lin datang,mereka juga turut menjadi pasangan sejati.Iyalah suami isteri itu mana boleh berpisah.

"Kak Min,kerja apa ya? " Wajah Kak Min dipandang sekilas.Kak Min masih dengan gayanya,menyeluk kedua-dua belah tangannya ke dalam poket sweater. Soalan yang terbit difikiranku,akhirnya terkeluar dari mulut juga.Aku memang allergic dengan keadaan yang sunyi sepi.Rasa kekok kalau aku dan Kak Min hanya memandang pemandangan ketika menyelusuri jalan-jalan di SultanahMet street tanpa sepatah bicara pun.

Kak Min tersenyum manis seketika."Buat hantaran" Aku tercengang-cengang.Masakan wanita yang nampak educated ini kerjanya membuat hantaran.Biar benar.Wajah Kak Min kupandang lagi. Tergelak Kak Min melihat tingkahku yang seakan tidak percaya "Serius?" 

"Iya.Wedding planner kerjanya buat hantaran la kan? " Mulutku sudah menyerupai sebutan O.Aku masih sukar mempercayai.Selalunya kalau wedding planner ini,orangnya mesti feminin.Ini tidak.Dari gaya yang dikenakan oleh Kak Min menampakkan dia sangat simple orangnya.

"Nanti nak kahwin ,bagitahu akak.Boleh akak jadi wedding planner awak" Bibir Imani mula membentukkan sengihan sampai ketelinga.

"Kenapa sengih? Dah ada eh ?" teka Kak Min.Imani geleng-gelengkan kepalanya.Lambat-lambat.

"Orang comel.Tak kan tak dek kot? Jangan tipulah"

"Betul.Tak tipu." Kak Min kelihatan terangguk-angguk kepalanya.

"Hmm,tak pe lah.Nanti ada la tu " ujar Kak Min penuh makna.Ketika ini ada suara yang ketawa kecil dibelakangku.Aku kenal benar dengan ketawa itu.Pastinya suara Iffat.Pandangan kukalih kearah belakang,tapi nampaknya dia bijak menyembunyikan sesuatu dari pengetahuanku.Riaknya seperti dia tidak ketawa.Pelik.Kukalih semula pandangan kearah depan.

Imani hanya senyum.Mereka masih berjalan kaki sepanjang sultanahmet street.Untuk sampai ke Masjid Biru mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Sepanjang perjalanan itu,mereka dapat merasakan orang-orang Turki ini sangat peramah.Iyalah,kalau berselisih dengan mereka pasti,senyuman  terhias dibibir mereka.Itu tidak dicampur dengan sapaan mesra dari mereka.Berbeza pula dengan rakyat Malaysia,senyuman di balas jelingan.Tapi bukan semualah.Hanya segelintir.

********

Setibanya kami di Masjid Biru,kami segera ke tempat wudhu'.Bagi kaum lelaki,tempat wudhu'nya dibahagian bawah diluar masjid manakala untuk kaum perempuan tempat wudhu'nya di belakang masjid.

Imani mula menyapu air kewajahnya perlahan.Terasa mukanya kejang apabila air yang terlalu sejuk disapu kewajahnya.Menggeletar juga dirinya kerana kesejukan.Seterusnya,air disapukan kebahagian-bahagian lain mengikut tertib.
Kak Min disebelahnya juga mempamerkan riak yang sama.

Seusai mengambil wudhu',mereka berempat mendaki anak tangga sebelum sampai keperkarangan Masjid Biru.Sebelum memasuki Masjid tersebut,para pelancong perlu membuka kasut dan memasukkan kasut didalam plastik yang disediakan oleh pihak masjid.Plastik yang berisi dengan kasut,harus dibawa bersama apabila ingin menunaikan solat.

Selain itu,sekiranya para pelancong yang bukan beragama Islam datang ketika masuknya waktu solat bagi tujuan melawat,mereka harus menunggu sehingga muslim yang lain usai solat berjemaah.Aku yang baru sahaja menjejakkan kaki kedalam masjid tak mampu berkata-kata. Ya Allah,akhirnya kau permudahkan urusanku untuk sampai kesini.Subhanallah.Saat itu,aku pantas menunaikan beberapa solat sunat dan solat fardhu.

Tambahan lagi,aku terkelu dengan keunikan seni bina Islam yang terukir kemas didinding masjid.Nampak eksklusif dan sangat menarik pada pandangan matanya.

Uncle Hazlan,papa,Iffat dan Haidi Audahal sudahpun menungu mereka bertiga di luar masjid.Iffat kulihat sedang meminta jasa baik Haidi Audahal untuk mengambil gambar kenangannya bersama papa dan Uncle Hazlan.

Giliran mama,auntie Junita dan Kak Min pula untuk merakam detik-detik kegembiraan kerana berkesempatan untuk menunaikan solat didalam masjid Biru.Kamera Cybershot milik Iffat segera bertukar tangan.Aku merakam beberapa keping gambar mama,auntie Junita dan Kak Min bersama.Akhirnya baru giliran aku.

"Meh sini kak Min tolong tangkap gambar korang" ujarnya sambil menggamit tangan memanggil adiknya,Haidi Audahal dan Iffat supaya bergandingan denganku.Aku terpinga-pinga. 

Kelihatan Iffat berlari-lari anak kearah mereka berdua.Haidi Audahal juga selamba berjalan kearah kami.Tak dinafikan karisma yang dimiliki Haidi Audahal mampu memikat hatinya.Jaket yang tersarung kemas dibadannya menambah markah dalam personaliti diri lelaki ini.Eh sejak bila pula aku jadi penilai gaya orang ini.

"Kak Min meh la masuk sama.Minta tolong mama yang ambilkan" aku mencadangkan.

"Takpe.Tadi Kak Min dah ada gambar dengan  diorang." Haidi Audahal yang pada pengamatan aku sangat kaku orangnya tidak memandang aku langsung sebaliknya hanya memandang kearah kak Min.

"Iffat duduk antara abang Haidi dan angah" Aku terangguk-angguk setuju apabila Kak Min mencadangkan posisi terbaik buat kami bertiga.Iffat yang bertopi biru itu hanya mengikut arahan.

"Eh Kak Min.Patut Iffat tak payah masuk la.Buat kacau daun je" jerit kecil Iffat.Aku segera memandang Iffat tajam.'Mulut celupar 'desisku.Haidi kulihat hanya tergelak kecil dengan telatah Iffat.

"Tak boleh la Iffat.Tak sopan"kata-kata Kak Min itu diakhiri dengan ketawa kecil.Eh eh konspirasi apa pula yang dimainkan diorang ini.Akhirnya,tiga empat keping gambarku diambil.

"Iffat teman Kak Min pergi hujung tangga sana.Nampak lagi cantik tau."

Iffat mengiyakan lalu menuju kearah yang ditunjukkan Kak Min.Mereka yang lain sudah menuruni tangga untuk keluar dari perkarangan masjid Biru.

Haidi Audahal nampak teragak-agak untuk bersaing dengannya.Aku pandang kearahnya sekilas sebelum bahuku terangkat menandakan bahawa aku tidak kisah untuk berjalan sendirian.Lalu kakiku melangkah laju meninggalkan Haidi dibelakang.

"Iman....?" Langkahku yang pantas tiba-tiba kaku.Iman?Kerutan didahi terukir dengan sendirinya.Hanya keluargaku dan Sofee sahaja yang biasa memanggil nama itu.Tapi kenapa lelaki ini memanggilku Iman?Hatiku meronta-ronta ingin bertanya.Tapi aku tiada kekuatan.Mataku terpejam rapat untuk suatu saat.

"Kenapa?Jalanlah cepat,nanti diorang tertunggu-tunggu pula" Haidi Audahal yang sudah berdiri dihadapanku pula menggesa supaya pantas bergerak meninggalkan Masjid Biru. AKu pandang mukanya sejenak sebelum menoleh sekilas kearah Masjid Biru.Sayu.'Sebelum balik ke Malaysia nanti,pasti akan kujejak lagi.'Desis hati kecilku.

Langkah meraka seia dan sekata.Tanpa ada lencongan,terus menuju kearah keluarganya dan keluarga Uncle Hazlan yang sudah berada dihadapan Hop On-Hop Off  Istanbul Bhosphorus Sightseeing bus.

"Nak naik sekarang atau ada cadangan nak pergi mana-mana dulu? Lagipun bas ini ada dua sesi,satu sebelah siang,satu lagi sebelah malam."Papa seperti biasa akan mendapatkan pendapat orang lain terlebih dahulu sebelum buat sebarang keputusan.

"Err.Papa,kalau kita pergi makan dulu pon okey juga kan?Baru ada tenaga untuk jalan-jalan"Kias Iffat sebelum menoleh kearahku seakan-akan meminta aku bersetuju dengan cadangannya.

Uncle Hazlan sudah tergelak besar.Faham dengan kiasan Iffat yang pastinya memetingkan perutnya.Tapi betul juga,mereka semua masih belum menjamu apa-apa makanan berat sebaik tiba dihotel pagi tadi.Kami semua mengangguk-angguk tanda setuju.Mama dan auntie Junita seakan duduk didalam dunia mereka sendiri.


********

"Kenapa awak panggil saya Iman?" soalku perlahan.Serius.Wajah Haidi kupandang sebelum bermain-main dengan sarung tangan kulit.Kini,hanya tinggal mereka berdua dimeja panjang.Mama,papa,auntie Junita dan uncle hazlan mengambil tempat di dalam restauran sebaliknya aku berempat berada dimeja luar restauran.

Kak Min dan Iffat sudah pun ke kedai manisan selang beberapa buah dari restauran yang menjadi tempat mereka menjamu selera ketika ini.Mereka berdua sudah tidak sabar untuk merasa manisan yang dipanggil Turkish Delights.Macam-macam.

"Sebab itukan nama awak."Ringkas sahaja jawapan lelaki ini.Aku tersenyum dan terkilan.Terasa seperti lelaki ini mempermainkan namanya.Hmm,betul la itu nama aku tapi kalau orang tak kenal,selalunya akan panggil namanya Imani bukan dengan nama Iman.Jawapannya masih belum cukup mantap untuk menyenangkan hatiku.

"Sofee.Ikram.Wedding Along Ann. If i'm not mistaken la."ucap Haidi sepatah-sepatah.Ku lihat Haidi masih lagi memakukan pandangan kearahku.Aku segera melarikan pandangan keluar restauran sambil memikirkan sesuatu.

Zapppp! Pantas sahaja otakku memutar kembali peristiwa empat tahun lalu.Ya serasanya dia sudah mampu meneka bahawa lelaki ini ialah lelaki yang sama yang ditemui ketika majlis walimah along Ann,Kakak Sofee.Lelaki yang datang bersama abang Ikram.Lelaki yang digelar 'putera lilin'.Ya Allah apakah ini kebetulan atau suratan takdir?Hampir lima tahun,mereka bertemu kembali.

"Maknanya awaklah yang bagi tisu tu kan?" Haidi Audahal angguk.Aku masih tergamam.Reaksi apa yang sepatutnya aku berikan.Aku berjeda.

"Maknanya awak dah cam saya dulu la?"

"Maknanya masa kita jumpa waktu kenduri kahwin abang awak,awak dah tahu?"

"Err Iman,berapa banyak makna ni ?"Soalannya dibalas dengan gelak kecilku.Amboi perli aku.Aku tanya sahaja.Mana tahu kalau-kalau dia silap orang tapi mustahil lah pula

"Masa kenduri abang Haidar,saya memang dah perasan Sofee dan awak tapi tak sure betul atau tidak.Ingat-ingat lupa." Sekali lagi hanya anggukan yang kuberikan.Aku ni dah tak eti bercakap ke apa?Sudah macam burung belatuk saja lagaknya.

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...