Thursday, April 5, 2012

Kasih Abeer - 2


"Weh Abeer ! Tunggu la kejap"Beg galas Abeer ditarik perlahan dari belakang.Dilajukan langkahnya supaya dapat menyaingi Abeer Majeeda yang jalannya laju seperti dikejar dek hantu.Termengah -mengah Rafa dibuatnya .
Abeer dihadapan tiba-tiba sahaja berhenti dan menjeling kearah Rafa.

"Kau janji pukul berapa?Kau datang pukul berapa?Kau tahu pagi ni kelas cikgu Lee kan?Kau nak kena bambu dengan dia sebab masuk kelas lewat?"tengking Abeer.Muka Abeer sudah merah menahan marah.Rafa kelihatan terkejut.Lama dia termangu kerana ditengking sebegitu.Tahu tahu sahaja Abeer sudah jauh meninggalkannya di belakang.

Hampir setengah jam aku dan Rafa terpaksa tunggu diluar kelas.Gara-gara Rafa,aku pun terkena tempias sama.Denda setengah jam berdiri di luar kelas bukan satu perkara yang menyeronokkan.Tercangak macam orang dungu.Cikgu- cikgu dan pelajar-pelajar lain lalu lalang depan muka diaorang.Apehal kan?Dah la ni minggu terakhir kelas sebelum peperiksaan SPM.


Abeer tetap pegun ditempatnya.Rafa masih mengerling ke arah Abeer.Muka kawan baiknya itu merah.Perasaan marah ditambah dengan cuaca yang agak panas.Peluh sudah berlumba-lumba untuk membusukkan tuan punya badan.
Sekejap-sekejap aku lap muka yang berpeluh dengan lengan baju.


Setengah jam berlalu,Cikgu Lee membenarkan kami berdua masuk ke kelas.
Aku segera ketempat dudukku dan membiarkan Rafa yang masih terhegeh hegeh dibelakang.Aku mula menulis dengan kadar seberapa pantas yang boleh.
Kejar masa untuk menyalin soalan-soalan yang ditulis di panpan hitam.Soalan-soalan Matematik yang agak sukar itu membuatkan mata aku mula berpinar-pinar.


"Maaf cikgu Lee.Masa math dah tamat."Suara Jojo,ketua kelas kami memecah kesunyian.Cikgu Lee yang memakai cermin mata dan berkemeja kotak-kotak hijau segera mengemas buku-bukunya untuk beredar.Cikgu Lee sempat meninggalkan pesanan sebelum beredar keluar dari kelas.


"Abeer dan Rafa,latihan kamu saya nak hari ni.Faham?" 
Sekilas pandangan kuberikan kepada Rafa yang duduk di meja belakang sebelum menoleh kedepan semula dan sama-sama mengangguk bagaikan burung belatuk.


Rehat?Usah berangan.Kerja Matematik ni siapa nak siapkan?Aku jugak kan?Tangan mula membuat jalan kira satu demi satu.Kalkulator dipicit-picit kasar dan laju.Satu hal nak buat kerja satu hal nak marahkan apek yang sorang tu.Tahu pun tak ajak aku rehat.Sama-sama sibuk siapkan latihan.


********

Kasut putih kususun di rak kasut.Baru kaki kanan ingin menjejak tangga rumah terdengar suara orang menjerit namanya.Siapa lagi kalau bukan Rafa.Aku tak dek kawan lain selain Rafa.Aku sombong?Entah.Pendiam?Entah.Yang pastinya aku tak suka bila orang nak korek -korek rahsia hidup aku.


Rafa boleh dikategorikan sebagai kawan baik.Mengenali Rafa ketika di sekolah rendah,walaupun bukan dari kelas yang sama.Bila memasuki sekolah menengah,mereja ditakdirkan sekelas.Hubungan mereka sebagai kawan baik seudah diketahui ramai orang.

Tajam mataku memandang Rafa.Dari jauh Rafa sudah tersenyum-senyum.Tali begnya disangkut didahi.Seluar sekolahnya sudah dilipat sehingga ke lutut.

"Sorry sebab pagi tadi.Aku bangun lewat sebab..."Rafa diam mencari -cari alasan.Jari-jarinya dimainkan.Macam perempuan.Cemuh hatiku.

"Dah habis?Pergi balik rumah kau sana."Potong Abeer pantas.

Beg galas dicapai sebelum melulu masuk kerumah.Tok dan wan hanya memandang drama sebabak dihujung beranda.Pastinya peelku sudah difahami oleh kedua-dua penjagaku itu.Tak suka dipujuk apabila sedang marah.Rafa sudah terkulat kulat melihat dirinya ditinggalkan begitu.Dipandang wajah Tok dan Wan Imah sebelum berlalu.

********
Malam itu,Abeer dan pak ngahya ke bandar temerloh untuk menikmati sate di kedai yang terletak sebelum stesyen minyak Petronas.
Sate ayam dimakan dengan laju tanpa peduli kuah kacang sudah meleleh di tudung hitamnya.Tok dan wan seperti biasa tidak gemar keluar pada waktu malam.Tadi ni pon dia terpaksa menadah telinga mendengar ceramah dari wan. 

"Awak tu perempuan.Duduk makan kat rumah la."

"Takpelah mak.Ajid nak bawak dia makan sekali sekala."Pak ngah menjawab bagi pihakku.

"Orang tak suka kawan dengan Rafa.Lembik.Pemalu." keluhku sambil memandang muka paksunya.

"Tak suka sebab tu je?Awak ingat dia nak sangat ke kawan dengan awak ke cik adik?Dahla awak ni pemarah,degil,keras kepala,kasar."

Abeer menjulingkan matanya.Menyampah.Pak su suka sebelahkan Rafa.Sudahnya dia pula yang dipersalahkan.

"Tak payah cakap.Orang tau."Akui Abeer.

"Dah tu?Merungut tak tentu pasal kenapa?Kita ni sebelum perlekeh orang, kena cek diri kita dulu."Huh!Sekali paksu keluarkan ayat kaunselor,mati kutu dibuatnya.Akhir sekali Abeer diam.

"Abeer nah.Tanda maaf!"Satu set nasi ayam di hulurkan Rafa.Alamak!Macam mana dia boleh lupa kedai sate ni dekat dengan kedai makan milik keluarga Rafa?Aduh.Aku pandang nasi ayam yang aura baunya sudah masuk kedalam hidungku.Nasi ayam masakan mak si Rafa memang sedap.

"Aku tau kau  tak suka orang yang mungkir janji atau lewatkan?Tapi aku ada sebab.Malam tadi aku tolong mak buat kerja kat kedai sebab  abah tak dek." Abeer tunduk.Rasa bersalah.Itu la ikutkan hati sangat.Sampai tak nak dengar penjelasan si Rafa tengah hari tadi.Rafa sudah pun duduk di sisi pak ngahnya.

"Dah la tu.Tak payah nak gaduh-gaduh.Benda kecik je pon.Kawan baik tak gaduh untuk perkara yang remeh temeh tau."Ceh.Pak ngah kalau bagi nasihat memang first class.Kalah kaunselor sekolah kami.

"Eleh pak ngah,dulu gaduh dengan Ayin sebab Ayin tak bagi pinjam motor je pon.Sampai seminggu tak tegur sapa apehal pulak?"Ejek Rafa.Ayin abang kedua Rafa yang sebaya dengan pak ngah.Pak ngah selamba menolak bahu Rafa.Rafa mengenyitkan matanya kearah Abeer.Yess!Rafa geng aku.Hahaha.

"Aku dah maafkan kau la.Tapi aku nak minta maaf kat kau jugak.Sorry ye"Rafa angguk.

Rafa,Rafa,Rafa!Mana la kau pergi.Lama tak jumpa.Selepas aku dan Rafa sambung belajar dalam bidang masing-masing di universiti yang berbeza.Mula-mula masuk Universiti,mereka saling berhubungan tapi lama kelamaan Rafa seolah-olah mendiamkan diri.Puasku hubunginya.Tapi seringkali menemui kegagalan.Sudahnya aku turut mendiamkan diri.

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...