Wednesday, April 4, 2012

Kasih Abeer - 1


Pipiku basah dek air mata yang turun laju.Kenapa sekarang aku rasa hidup sangat sepi dan sunyi sedangkan selama ini aku sentiasa gembira?Di kelilingi tok,wan dan pak su.Sedetik pun aku tak pernah terfikir untuk merasa sedih yang teramat sangat.Usiaku ketika ini baru menginjak 12 tahun.Hampir tiga tahun mak dan abah tinggalkan aku.


Kesedihan kerana ditinggal mak dan abah atas sebab kemalangan jalanraya sewaktu masa dahulu masih kuingat jelas.Walaupun berkali-kali tok dan wan  mengingatkan supaya tidak terus memikirkan peristiwa tersebut sebaliknya mengajak aku supaya sentiasa berdoa dan membuat kebaikan supaya segala pahala dapat di pos kepada arwah mak dan abah di alam sana.


"Mak dengan abah pergi dulu.Jaga diri baik-baik okay.Dengar cakap tok dengan wan" Kata-kata abah sebelum meninggalkannya di rumah tok.Ketika itu cuti sekolah baru sahaja bermula.Emak dan abah terpaksa mengikuti kursus di Pulau Pinang dan menghantarku kerumah tok dan wan.


Tapi siapa sangka,pesanan yang turut didengar wan itu merupakan kata-kata terakhir dari abah sebelum betul-betul meninggalkan aku keseorangan di dunia ini.Kemalangan telah meragut nyawa ibu bapanya.Maut dan ajal itu urusan-Nya.Sebaik mendengar berita tragis itu,aku menangis dan terus menangis.
Lamunan ku terhenti apabila hujan rintik mula membasahi mukaku.


Aku sudah berkira-kira ingin pulang kerumah tok.Tok pasti risau.Kolam ikan patin di belakang rumah tok menjadi tempat untuk aku mengimbas masa-masa lampau.Dan yang pasti tempat ini jugak menjadi medan untuk aku terus fikir fikir dan fikir tentang masa hadapan.


Aku bangun dari pankin di tepi kolam ikan patin,t-shirt biru yang sudah menggelebeh ke bahu kutarik kebelakang.Tracksuit merah ku sintingkan supaya apabila aku sampai kerumah tok,aku tak perlu bersusah payah mencabut kemuncuk.Aku berpusing perlahan ke belakang,terkejut.Tok sudah tersenyum kearah ku.Ku lihat tok masih segak berjalan dengan batang kailnya.Aku segera berlari kearahnya.Seketika kemudian aku menangis semahu-mahunya di dalam pelukan tok.


"Kenapa?" soal tok sambil menarik tangan ku lembut supaya sama sama duduk dipankin di tepi kolam ikan patin tanpa menghiraukan titik -titil hujan membasahi mereka.Aku geleng kepala.Mata yang basah kulap dengan lengan t-shirt yang kupakai.Aku duduk bersila sambil merenung jalur jalur sungai Pahang.


"Kalau tak cakap,tok tak tahu.Tok dah tua tau.Tak reti nak teka-teka"ulas Tok sambil bersandar ni pankin tersebut.


"Entah.Tiba-tiba teringat kat mak dengan abah.Tok ingat kan arwah tak?" Tok Badar tersenyum.Hambar.Tok pula senyap.Abahnya,Mazlan anak kepada tok dan wan manakala maknya,Aliyah menantu kepada tok dan wan.Aku merupakan cucu tunggal.Pak ngah masih bujang.


Aku hulurkan sehelai kertas yang setiap baris ayat diatasnya ditulis dengan dakwat pen hitam.Kukeluarkan kertas tersebut dari poket seluar.Habis keronyok kertas tersebut.Atok segera membacanya.


Tuliskan karangan berkaitan keistimewaan ibu kamu
sempena hari Ibu yang akan datang tak lama lagi.

Tok diam seketika mencari idea.Pensel kayu yang kubawa tadi,kulambung dan kutangkap berkali-kali.Seketika kemudian,aku memandang kearah tok.Keningku terangkat.Tok mengerutkan dahinya.Keluhan dihembuskan perlahan.Aku tahu pasti tok rasa sukar untuk menjelaskan kerana aku bukan tidak faham akan hakikat yang berlaku cuma bila waktu-waktu tertentu,hati aku terasa degil untuk menerima hakikat.

"Yang pergi tetap pergi Abeer.Manusia mana yang tidak diuji?Kita yang hidup ni kena teruskan kehidupan dan terus buat baik" Abeer Majeeda diam tidak berkutik.Aku mendengus.Bukan itu jawapan yang aku inginkan.Aku tahu dan aku faham.


Aku kena buat karangan perihal keistimewaan seorang ibu.Mak pon aku dah lama tak jumpa.Macam mana?Kalau buat rekaan pon orang tahu aku menipu.Orang lain tahu aku duduk kat kampung dengan tok pun sebab mak dengan abah dah meninggal dunia.

"Tak payah risau.Nanti tok tolong cerita dekat Abeer pasal mak dan Abeer pon boleh hantar karangan tu macam kawan-kawan yang lain." janji Tok Badar.
Bahuku ditepuk perlahan.

"Pak ngah pon boleh tolonggg laaaa !!!"jeritan pak su dari arah belakang membuatkan kami terkejut seketika.Aku dan Tok beralih kebelakang.Ku bulatkan mataku kearah pak ngah.Tanganku sudah menunjukkan penumbuk.Rupa-rupanya pak ngah dengar perbualan kami.Pelik macam mana aku boleh tak sedar kedatangan pak ngah?Macam halimunan je gayanya.

"Mana boleh dengar perbualan orang lain la.Cikgu tak ajar ke?" Pak ngah menjelirkan lidahnya.Pak ngah yang umurnya 17 tahun hanya mengekek-ngekek gelakan aku.

"Eleh itu pon beria-ia nak menangis.Manja!Cakap je lah.Nanti pak ngah tolong cerita pasal arwah mak."

Aku hanya diam.Sepi menyelubungi dunia kami seketika.Tiba-tiba aku rasa aku semakin sensitif.Air mata sekali lagi menemani aku.Pak ngah yang tadinya galak mengusikku terdiam.

Ditariknya aku kedalam pelukannya.Tok sudah mengambil batang kail untuk diletakkan didalam bangsal lama.

"Abeer,pak ngah gurau je kan.Jangan nangis eh.Nanti pak ngah pon nak menangis sama.Pak ngah janji akan tolong Abeer buat karangan sampai Abeer menang pertandingan tu."

"Janji? "Soal Abeer sambil jari kelingking dihulurnya.

"Janji tapi dengan syarat Abeer tak boleh sedih- sedih okay?" Aku angguk sambil jari kelingking pak ngah ditautkan dengan jari kelingking Abeer.

"Great! dah pak ngah nak balik.Nak balik sama?"tanya Pak ngah.Kepala kugeleng ke kiri dan ke kanan.Aku ingin balik bersama tok.Pak ngah sudah pun bangun dan berlalu untuk pulang kerumah.

"Terima kasih pak ngah"ucap Abeer perlahan.Dipejam matanya lama.
Seakan-akan kenangan bersama -sama dengan mak dan abah kembali terlayar di mindanya sebelum Abeer terlihat tok mengamit tangan supaya pulang kerumah.


********

"Pak ngah,Abeer menang naib johan.Yahoo..."Jerit Abeer sebaik melihat pak ngahnya yang sedang membersihkan motornya.Pak ngah mencebik seketika sebelum duduk disisiku diatas tangga.

"Bak tengok karangan tu?"minta pak ngah.Aku dengan sukanya menghulurkan kertas putih bergaris biru kepada pakngah.Kertas yang penuh dengan tulisan sederhana kecil yang menceritakan tentang istimewanya seorang ibu.'mak'desis hatiku.Hadiah kotak pensel berwarna biru kupandang lama sebelum tersenyum manis.

Bukan hadiah yang menjadi taruhanku ketika mula menulis,tapi pengalaman yang berharga lagi bernilai apabila menceritakan kisah hidup mak diatas kertas.Terasa dekat dengan mak saat aku menulis karangan sempena hari ibu.
Mujur juga tidak sampai menitis air mata.Kotak pensel itu ku usap-usap perlahan permukaanya yang licin sebelum mengunjukkan kearah pak ngah.

"Eh,apesal?"

"Ambil lah.Abeer bagi sebab pak ngah dah tolong cerita dekat Abeer pasal arwah mak.Terima kasih pak ngah.Abeer sayang pak ngah" Kotak pensel biru itu bertukar tangan.Bibir pak ngah mula mempamerkan senyuman. 

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...