Sunday, April 15, 2012

Kasih Abeer - 5

Ahad.Hari yang dinanti-nantikan oleh Abeer.Hanya hari ini sahaja dia berkesempatan untuk bercuti.Kalau tidak,jangan harap.Pelanggan tetap datang ke Fresh Florist untuk membuat tempahan bunga.Tak kira hari bekerja atau hari yang sah -sah untuk bercuti.Tapi kalau dah namanya buka perniagaan sendiri memang tidak dapat tidak ,Fresh Florist haruslah dibuka tujuh hari seminggu la kan ? Kalau tak nak dapat income dari mana ?Nak bayar gaji si Lim dengan Bob lagi.

Bunga yang ditempah,tak kira dari sebatang bunga sehinggalah yang nak bagi sepokok bunga.Selalunya pelanggan yang datang ke kedai mereka akan membuat tempahan bunga dengan pelbagai konsep gubahan untuk hari-hari istimewa seperti gubahan hari lahir,ulangtahun perkahwinan,konvokesyen,gubahan untuk majlis pertunangan dan perkahwinan dan sebagainya.Pokok pangkalnya,selagi nama bunga ,Insya-Allah kedai miliknya dan Eja akan menerima tempahan.

*******
Kerja menjemur kain di laman luar rumah teres satu tingkat itu tergendala seketika apabila Abeer terdengar deringan  telefon rumahnya beberapa kali.Pantas sahaja kakinya melangkah masuk kedalam rumah.Dicapai telefon rumah lalu dilekapkan telefon tersebut di telinganya.

“Walaikumsalam pak su. Hmm,sihat Alhamdulillah.” Kedengaran suara disebelah sana.

“Memang nak balik pon.Tapi tak pe,Abeer drive sendiri”

“Okay. Jumpa kat sana”

Telefonnya diletakkan kembali ke tempat asal.Abeer duduk sebentar diruang tamu yang dihias ringkas olehnya.Pak su telefon untuk mengajak dirinya pulang ke Temerloh bersama-sama.Pak sunya dah buang tebiat ka apa?

Mak sunya tak pernah suka padanya.Lebihnya dia tahu,mak su cemburu dengan layanan yang paksu zahirkan kepadanya.Mak su perempuan,dia juga perempuan.Pasti sifat cemburu tu akan terbit dari hati.Tapi maksu sepatutnya faham,aku dan paksu memang rapat sejak dulu lagi.Sejak aku memegang title anak yatim.

Selama ini memang dirinya lebih banyak berkongsi cerita suka dan duka dengan paksu Ajid.Sejak kematian arwah abah dengan mak,paksu Ajid menjadi penjaganya disamping tok dan wan.

Cuma sejak tiga tahun yang lepas,semuanya seakan –akan berubah dengan sendirinya.Abeer semakin jauh dari paksunya.Mengenangkan perangai maksu Ayun yang tidak menyukai dirinya,dia sendiri mencari jalan supaya tidak terlalu kerap untuk berhubung dengan paksunya.Kalau dulu,ada masalah sebesar hama,pasti paksu akan dicarinya.Kini,masalah  seluas laut pun dia akan cuba untuk selesaikannya sendiri.Teringat ketika di tahun akhir sebelum majlis konvokesyennya berlangsung.

Setelah memberi salam, “Pak su ada?”

“Pak su kau tak dek.Dia keluar dengan Melin” kasar sahaja jawapan maksu Ayun.
Apa yang tak disukai oleh maksu Ayun tentang dirinya,dia sendiri tak tahu.Pelik ? Memang pun.Aku pulak yang jadi mangsa keadaan.Nasib nasib !

“Hmm,tak pe lah.Kalau pak su balik ,tolong sampaikan salam Abeer.”

“Yalah.itupun kalau aku tak lupa la kan.Eh lain kali tak payah nak cari laki aku.Pergi cari orang lain.” 

Pap ! Ganggang telefon disebelah sana diletak kuat.Abeer terkejut.Tidak semena-mena terasa airmatanya meleleh di pipi yang tiada jerawat itu.

Lamunannya terganggu apabila mengingati kainnya masih belum selesai dijemur.Langkahnya keluar rumah.Dicapai baju-baju  dari dalam bakul kain lalu disidai pada ampaian yang telah disediakan.Selesai sahaja kerja tersebut,Abeer ke biliknya untuk bersiap-siap  ke rumah tok dan wannya di Temerloh.Balik hari sahaja.Lagipun Temerloh dengan Kuala Lumpur lebih kurang dua jam.Tak lama.

Tiba di kampung Teluk Ira jam dua petang.Tok dan wan sudah menunggu dihadapan pintu sambil melambai-lambai kearahku.Gembira sungguh.Bagi aku,kegembiraan tok dan wan merupakan kegembiraan aku juga.Hidup aku pun lebih banyak bersama tok dan wan,bukan bermakna aku lupakan arwah abah dengan mak cuma ironinya kehidupan mesti diteruskan walaupun orang yang tersayang sudah tiada kan ?

Setelah bersalam-salaman dengan tok dan wan,kami semua duduk di beranda rumak tok.Rumah separa batu dan kayu itu nampak besar dimataku.Rumah itu hanya diduduki oleh ton dan wan.Apabila cuti menjengah,baru paksu dan keluarga akan pulang.Abeer hanya ziarah tok dan wan kalau paksu dan keluarganya tidak ada.Kalau tidak,Abeer kirim salam awal-awal.Dia tidak mahu mencari pasal dengan isteri paksu,maksu Ayun.

“Lama Abeer tak telefon wan.Sibuk sangat ke?” Wan mula menyoal saat mereka sedang berehat di beranda yang dihias disuatu sudut dengan kolam ikan.Abeer hanya senyum.Tawar.Bukan dia tak ingat akan tok dengan wannya,cuma dia risau kalau-kalau ketika dia telefon wan untuk bertanya khabar ,maksunya yang menjawab.Boleh mati berdiri rasanya.

Abeer merapatkan badannya dekat dengan wan.Dipeluk pinggang wan erat.

 “Abeer sibuk sikit.Abeer janji lepas ni ,sibuk macam mana pun Abeer cuba telefon wan dengan atok ya?” Wan tersenyum senang dengan janji Abeer.Cucunya yang dulunya kecil ketika dijaga selepas kematian anak dan menantunya ,kini sudah besar panjang.Umur cucunya kini sudah menginjak ke 24 tahun.

“Bila Abeer nak bawak bakal cucu menantu untuk wan ?” Abeer tergelak.Wan memang pantang  nampak mukanya,pasti soalan keramat itu ditanya.Bila aku nak cari bakal suami ?Bila?Entah.Kau pun sibuk memanjang dengan bunga kau tu Abeer ,mana sempat nak cari lelaki buat suami?Detik hatinya.

“Tok masak apa hari ni ?Abeer teringin nak makan ikan patin masak tempoyak.”Abeer cepat-cepat mengalih topik dengan bertanya menu tengah hari ini.Tok dengan wan sudah menggeleng-gelengkan kepala.

“ Tu nak alih topik la tu.Wan ni dah tau sangat perangai kamu tu Abeer.Wan yang jaga kamu.Tak payah nak tanya soalan lain.Jawab soalan wan cepat !”Gesa wan  sambil disokong tok yang sedang memandang dirinya.

“Tak dek orang nak wan.Abeer ni bukannya cantik.Tak pandai masak pulak tu.” Abeer meleretkan suaranya.Mukanya nampak sedih.Buat buat sedih sebenarnya.

“Tok carikan ,nak ?” Bulat mata Abeer memerhati tok dengan wan yang sudah tersenyum leret.Ah! sudah.Nak carikan pulak.Mati aku.Abeer pandang kebawah .Memerhati kakinya .Mana tau ada jawapan .Hahaha.Sekarang pening untuk mencari alasan.Seketika kemudian,terdengar tok dengan wan ketawa kuat. Eh eh ! Kenpa pulak ni ?
“Tau takut.Tok gurau je lah.”

*******
Ketika Abeer ingin ke kolam ikan patin tok di belakang rumah ,paksu sekeluarga tiba dengan kereta Gen-2 Jingga.Abeer cepat-cepat kebelakang lalu menyarungkan selipar jepun.Dia tidak betah untuk bersama keluarga paksunya,lagi-lagi dengan adanya maksu Ayun.

“Wan… Abeer ke kolam sekejap.”Jerit Abeer  kuat.

Dengan berlari-lari anak,Abeer ke sungai Pahang yang betul-betul terletak di belakang rumah toknya.Kemuncuk sudah penuh di kaki seluarnya.Aduh!Lupa pula nak lipat kaki seluar.Geleng kepala dengan kecuaian diri sendiri.Setibanya,di tepi kolam tok,dia terus duduk di atas pankin yang disediakan tok.

Diatas pankin,Abeer duduk bersila.Lama direnungnya sungai yang berkocak lesu.
Dulu ,waktu kecil-kecil dia dan Rafa selalu menghabiskan masa di sini.Buat kerja sekolah sama-sama.Bermain sama-sama.Ah! Kenangan dulu sukar untuk dillupuskan.Otaknya sering memutarkan kembali kenangan bersama Rafa apabila dia bersendirianlagi lagi di tepi kolam tok ni.Rafa.Mana kau pergi ya?

“Kenapa tak tunggu paksu dekat rumah ?” Lamunan Abeer terhenti .Suara paksu kedengaran di sisinya.Dialihkan pandangannya dari depan ke tepi.Senyuman manis terukir dibibirnya yang  pucat tanpa solekan. Tangannya dihulurkan kepada paksu.Salam bersambut ,pak su mengosok kepalanya yang dilindungi dengan tudung.

“Pak su rindu tau nak dengar cerita Abeer.Kenapa lama tak telefon?” soal paksu Ajid pelik.Aik?Abeer tersengih.Lagi pelik.Aku yang sibuk telefon dia,tapi tak pernah berjawab apa kes kan? Ni paksunya cakap dia dah lama tak telefon.

“Err.Abeer sibuk jaga kedai.”

“Sampai tak dek masa langsung nak datang rumah paksu?Rumah paksu dengan rumah Abeer bukannya jauh sangat pon kan ?” Rumah aku dekat Gombak,rumah paksu dekat sentul.Memang tak jauh la kan?

“Abeer tak nak ganggu paksu dengan keluarga.”

“Abeer keluarga paksu jugak.”

Payah.Paksunya tak faham ke yang maksu Ayun tidak suka akan kehadirannya disisi paksu.Macam mana paksu kau nak faham Abeer,kau tak pernah cerita.Gila.Fikir Abeer.Tak kan aku nak cerita direct dengan paksu. ‘Paksu,paksu .mak su tu tak suka dengan Abeer sebenarnya.’ Memang tempah bala la kan?Tak pasal-pasal kena cop sirim kata aku nak porak perandakan rumah tangga orang.

Abeer menghampiri kolam tok,lalu dimasukkan tangannya kedalam air kolam tersebut.Dipercik-percikkan air kolam itu sehingga ikan –ikan didalamnya terasa terganggu.Abeer tersengih.Lama tak mainkocak-kocak air macam ni.

“Pak su,Abeer dah besar okay.Tak kan semua masalah Abeer kena cerita pada paksu.” Alasan Abeer alasan.Bukan dari kecik kau memang share kisah suka dan duka dengan paksu ke?Bergaduh dengan Rafa pun kau cerita dengan paksu Ajid kan? Hatinya mengiyakan.Tapi itu dulu sebelum paksu berkahwin.Sekarang sudah lain.

“Maknanya Abeer dah tak perlukan paksu la? Besar ke kecik ke,Abeer tetap anak saudara paksu sampai paksu mati”Tegas paksu Ajid.

Paksu Ajid sudah pun berlalu.Mungkin pulang kerumah tok. Abeer turut bangun dan mengikuti langkah paksu .Waktu senja begini tidak elok,anak- anak manusia duduk diluar rumah.Takut-takut di sembunyikan anak jin.Tapi sekarang ,aku rasa anak jin lagi takut dengan anak manusia sebab ,waktu maghrib pun anak-anak manusia masih lagi berkeliaran dekat luar.Dunia oh dunia. Zaman oh zaman.

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...