Sunday, April 15, 2012

Kasih Abeer - 4

Tubuh badannya di hempas kuat diatas kerusi kayu di Fresh Florist.Bob dan Lim termangu-mangu seketika melihat reaksi Abeer.Mereka berpandang-pandangan sambil mengangkat bahu tanda tidak tahu punca kemarahan Abeer.


Abeer tidak peduli dengan reaksi teman sekerjanya itu.Hatinya mendengus perlahan.Kalau dia tahu benda macam ni nak jadi,dia tak akan ikut arahan kawan baiknya merangkap bisnes partnernya itu.Muka Abeer Majeeda masih mencuka.Laptop jenis Acer dibuka kasar.

Laman blog menjadi pilihannya dan sekaligus diisi emel dan kata laluan.
Seketika kemudian laman yang berkotak–kotak putih hitam itu memaparkan diari hidupnya yang tiada pengikut.


Tanpa menghiraukan Bob dan Lim yang sedang sibuk memunggah kotak dari depan kedai ke stor belakang,Abeer terus menaip laju.Ditekan-tekan papan kekunci lomputer ribanya.Sudah pasti kejadian sebentar tadi menjadi kemaskini terbarunya.Tajuk entrynya Diari -57 Dimarahi -pelanggan -menghantar bunga - waktu yang salah.Great!

“Hye korang ! Nah Kak Eja belikan cendol untuk semua.Jom kita minum petang.Lim pergi ambil jag plastik dekat belakang”Jerit Eja sebaik pintu kaca Fresh Florist dibuka dari luar.

Dijari -jemari Eja kelihatan penuh dengan plastik berwarna warni.Diletakkan di atas meja kayu sebelah meja Abeer.Abeer masih diam tidak berkutik.Tidak menoleh.Beberapa minit kemudian,Lim datang dengan jag plastik dan beberapa gelas dan pinggan di tangannya.

“Kenapa dengan kakak korang ni ha?Dah bisu ke apa?”soal Eja pelik sambil memandang Abeer.Tubuh badannya dijatuhkan diatas kerusi disebelah Abeer.

Bob dan Lim hanya menggelengkan kepala.Lim yang sudah bersedia untuk meneguk terhenti seketika apabila terdengar larangan Eja.

“Lim,kau jangan nak minum dulu ya.Tunggu kak Abeer korang kejap.Ni tiba-tiba angin puting beliung datang ni kenapa?”Lim terkedu.Aduhai.Sudahlah dia sedang kehausan.Mengangkat kotak-kotak yang dipenuhi dengan barangan kedai.Berat weh berat!Keluh Lim dalam hati.

“Abeer jom minum”

“Kau minum la dengan budak-budak tu.Jangan kacau aku”Jarinya masih pantas menaip.Seakan –akan dengan menaip di atas laman blog itu boleh membuatkan rasa amarahnya hilang.Rasa sakit hatinya luruh.

“Tak boleh.Kena minum sama-sama.”tegas Eja.Abeer mendengus.


Laptopnya di ketepikan seketika.Tangannya mencapai gelas yang berisi cendol ditangan Lim.Diteguknya puas.Eja menggeleng-gelengkan kepala.Perangai tak senonoh betul Abeer ni.Lim yang menjadi mangsa terkulat-kulat memerhati cendolnya sudah selamat dibedal oleh Abeer.Kening Abeer terangkat sedikit melihat Lim yang seakan-akan terkejut“Apa ?”

“Kak! Tu air aku la”ujar Lim perlahan.Abeer membulatkan matanya.Gelas yang masih belum digunakan diisi cendol lalu disuakan kepada Lim.Lim tersenyum senang.Diambilnya cendol tersebut lalu diteguknya perlahan-lahan.Bob masih diam.Mulutnya sudah penuh dengan pisang goreng.

“Kau kenapa?Tak nak cerita?Bunga tu dah hantar ?”

“Kau ada janji ke dengan si Elman tu pukul berapa nak kena hantar bunga yang dia tempah?”Eja geleng kepala.


Eja bangun berlalu kearah kabinet yang tersusun fail pelanggannya.Ditarik fail biru.Diteliti seketika penghantaran bunga yang sepatutnya.

Confirm!Tak dek waktu tertentu.Elman cuma cakap.Hantar bunga itu pada waktu petang sebelum pukul 5.Macam biasa.Apesal?"

“Macam biasa?Maksudnya apa?” kerutan didahi Abeer sudah jelas terbentuk.
Tanda musykil bersarang dihatinya.

“Macam yang selalu dia suruh la.Bukan ke Elman tu pelanggan tetap kita.Buka-buka kedai ni ja,dia dah jadi pelanggan pertama sampai ke hari ni.Kau ni kenapa?Cuba cerita.”

Abeer  Majeeda diam.Pelanggan tetap?Kenapa aku tak pernah terserempak selama ni?Abeer menarik komputer ribanya dan diunjukkan kepada Eja. 


"Nah!"Blog peribadinya itu hanya dikongsi dengan Eja.Eja tekun membacanya.
Kemudian,Eja tersenyum.

“Kau kena marah dengan Elman la ni?”Abeer anggukkan kepalanya laju.Mukanya dicebikan sedikit.

“Lain kali kau je yang hantar.Tak suka la.Bajet bagus betul mamat tu”Bebel Abeer.Abeer mula mengemas laptopnya. 

Jag dan gelas yang diguna pakai tadi dihantar ke pantry belakang kedai.Bob dan Lim masih menyusun bunga-bunga plastik yang baru dikeluarkan dari kotak di rak kayu.Dilabelkan setiap bunga tersebut dengan harga yang sepatutnya.Kedai bunganya di deretan kedai area Sri Gombak ini akan ditutup jam 10 malam.Dia dan Eja sudah bersepakat perniagaan kedai bunga mereka harus tutup awal.

“Dah la.Dia kan pelanggan tetap kita.Biar je la.”Eja memujuk lembut.
Tangannya di letakkan di atas bahu Abeer.Senyuman manis diberikan Eja.Tau sangat peel Abeer yang cepat emosional.

Abeer sengaja menjulingkan matanya.Tau sangat prinsip Eja.Pelanggan sentiasa betul.Ceh.Betul pon agak-agak la.Abeer tetap tidak puas hati.
Marahnya mungkin sudah reda tapi dia akan tetap ingatkan pelanggan tetapnya itu.

“Aku nak kebelakang.Belum solat Asar.”ujar Abeer sebelum melangkah pergi meninggalkan Eja.Eja tersenyum senang.Dalam hatinya sudah gembira apabila Elman sudah bertemu dengan Abeer.Baginya Elman dengan Abeer sangat sesuai.Misi Eja yang pertama sudah selesai.Kini dia punya misi yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you