Thursday, April 5, 2012

Kasih Abeer - 3


"Bunga yang kau tengah gubah tu,nanti hantar dekat Alam Bina tau"arah Eja.
Alamat Alam Bina di letakkan diatas meja Kayu.
Setelah itu,tangannya ligat mengelap rak kaca  yang tersusun dengan pelbagai jenis bunga.Abeer Majeeda angguk.Tanda faham."Baik mem !"jawabku.
Eja mencekak pinggang mendengar jawapanku sebelum menyambung kerjanya memotong batang -batang bunga segar yang terdapat di dalam peti beku.

Fresh Florist di tubuhkan tiga tahun lepas.Bermodalkan duit simpanannya dan Eja serta sedikit sumbangan dari pak cik Ahmad.Ikutkan hati bunga bukan kegemarannya tapi nak buat macam mana hanya dengan bunga sahaja membolehkan dia tidak memerlukan untuk berinteraksi dengan orang lain.
Dari dulu dia bukan jenis yang ramah tamah.Cuma bila dialam pekerjaan,tidak dapat tidak dia terpaksa juga untuk bertemu dengan client tertentu.
Mustahil kerja tak berjumpa dengan orang kan? 


"Bunga ni dah dibayar ke belum?" soal Abeer sambil membetulkan gubahan bunga carnation berwarna ungu  dan membuat sentuhan terakhir.Diambilnya botol spray berwarna pink lalu disemburkan diatas permukaan bunga yang tidak rata tersebut.Semerbak wanginya.

"Sudah!Nanti kau jumpa client yang namanya Elman dan bagi pada dia.Kau jangan nak mengorat pulak."Resit nama,bukti gubahan bunga tersebut sudah dibayar dihulurkan kepada Abeer.

"Gila! Ade ke patut cakap aku macam tu.Khusnus Zhon la sikit"dengus Abeer.Seluar jeans hitam yang dikenakan dengan kemeja labuh  kotak-kotak gabungan warna biru dan hijau itu memudahkan pergerakan Abeer.Tudung Bawal hitam yang dipin dibawah dagu serta pin ditengah-tengah membuatkan dia kelihatan simple.Nokia E71 dan kertas alamat tadi di masukkan kedalam poket jeansnya. 

"Mana la tau kan,Elman tu handsome tau."

"Kau nak ke?Nanti aku tolong adjust kan."

"Kau nak adjustkan untuk aku?Malam sikit..Kau pon single and available lagi.Ade hati nak adjust untuk aku.Pergi menuntut bagi habis dulu laaa."

"Ape kata kau bagi je Ben dekat aku.Settle masalah kan?"gurauku 

"Masalahnya Ben tak nak dekat kau" Eja sudah membebel.Marah la tu sebab aku suruh bagi Ben kesayangan.AKu tergelak kuat.Padan muka.Sibuk sungguh nak carikan aku jodoh.Tok dan wan aku pon tak kecoh.

Eja anak kepada pak cik Ahmad dan mak cik Erma.Aku mula kenal dengan Eja ketika tahun tiga.Sama-sama mengikuti satu kursus gubahan bunga yang dianjurkan oleh Kelab putri universiti kami.Mula dari saat itu,aku mula rapat dengan Eja.


Eja yang sangat peramah selalu mengajak aku menemani mamanya,berjalan-jalan.Selalu berkongsi segala benda dengan aku kerana menganggap aku kawan yang sehati dan sejiwa.Begitulah,hidup seorang anak perempuan tunggal di kelilingi abang-abang kembarnya.Tapi sehingga kini,aku tidak pernah mengenali dengan abang-abangnya.

Oh,Eja sudah bertunang dengan pilihan hatinya, Ben.Ben seorang juruterbang.Seringkali melepak dikedai bunga mereka tiap kali tidak bertugas.Ben yang akan membantu mereka,sebenarnya lebih kepada mengambil hati si buah hati.


********

"Assalamualaikum.Saya nak jumpa Encik Elman boleh?"


Penyambut tetamu yang ayu berkebaya labuh hijau pucuk pisang itu menjawab salam sambil mengangguk perlahan sebelum menekan interkom dihadapannya.
Aku melihat semula bunga yang kugubah tadi,takut takut sudah tercabut.
Seketika kemudian,aku di bawa masuk ke ruangan yang agak luas.

"Cik nak letak bunga di sini atau nak berjumpa dengan Encik Elman sendiri?"

"Saya nak jumpa Encik Elman sendiri boleh?Bukan apa takut tak sampai pada Encik Elman."

Baginya gubahan yang ditempah akan dihantar kepada tuan yang menempah.Dia takut kalau-kalau bunga yang ditempah tidak sampai pada tuan yang membuat tempahan,sedangkan gubahan bunga tersebut sudah dihantar.

"Oh okay.Cik tunggu dulu sekejap"Abeer angguk lantas duduk diatas kerusi berhadapan meja kerja.Butang Mp3 ditekan sekali sebelum diletakkan di atas meja coklat.Lirik lagu Shoulder to lean on diikut perlahan mengikut rentak.Mana ni.Lambatnya.Kata suruh hantar petang.Pukul 3.oo kira dah petang la kan?soal hatinya.

"Cik.Awak tak reti nak buat appointment dulu ke?"sindiran Elman cukup memanaskan hati Abeer yang sudah lama menunggu.

"Awak tahu tak saya tengah meeting?"Elman masih tegang.Alyaa masih menikus di tepi ketuanya.Nama Alyaa kulihat ditag nama yang dipakainya.

Dengan muka sedikit merah,Abeer menjawab."Saya peduli apa dengan kerja Encik.Saya cuma buat kerja saya.Hantar bunga dan pastikan Encik menerimanya.Encik ada meeting,Encik punya pasal.Assalamualaikum!"

Elman tergamam.Tanpa mendengar penjelasan Encik Elman,Abeer segera beredar lalu dihadapan Elman.Huh.Bangunan yang lengkap dengan penghawa dingin ni masih belum mampu menyerap kebahangan yang dirasai ketika ini.'Tak guna.Dia ingat dia kerja bagus dia boleh sindir orang sesuka hati ke.' Getus hatinya.

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...