Wednesday, April 4, 2012

Cinta Dari Jauh 7

Di rumah , abang Idlan sudah terpacak menunggu ketibaan kami.Macam biasa,abang Idlan dan kak Lin memang suka menginap dirumah milik papa apabila waktu cuti.Bila tiba Jumaat dan Sabtu sahaja harus ada muka ibu bapa muda ni.Abang Idlan bekerja dan menetap di Alor Star.Oh lupa.Ibu bapa muda ni diberi tugasan supaya dapat menjaga adik bongsu mereka,Iffat.Iffat ditinggalkan dirumah kerana ada kelas tambahan.Almaklum saja lah pelajar PMR kan?Mama sudah lenggang kangkung masuk kerumah.Tinggal aku dan papa menguruskan beg-beg untuk dibawa ke dalam rumah.Salam kuhulur ke arah abang Idlan.

"Amboih... Lama betul tak contact along eh? " 

"Errr.kena contact ke ?nak buat apa?" 
Selamba aku menjawab.Mata Idlan bulat memandangku.Aku dah la penat.Kot nak tanya aku sihat ke tak.Bebel lagi ada la.Nasib baik abang kandung seibu sebapa.Sabar je la.

"WAhhh.Kalau tengah pokai rajin pulak nak telefon bagai tanya khabar.Kalau senang hidup dia. Nak tunggu telefon gile punya susah.Ni ke namanya adik ?

Eleh.nak ungkit la tu.Berapa banyak sangat la perabih duit kat aku.Paling banyak pon aku mintak seratus je tau.Buat belanja makan.Heh~Itu pon berkira ke?Tanggungjawab seorang abang la.

Di ruang tamu ,aku sudah terbaring lesu diatas sofa berangkai tiga milik mama.Empuk.

"Along ajak gaduh salah time la.Angah penat sangat ni.Esok sambung eh ?" Matanya berkali kali di genyeh.Merah kerana terlalu mengantuk dan penat.

Seketika kemudian,mama dan papa naik kebilik untuk merehatkan badan.Aku bangkit dari pembaringan dan terus menghulurkan salam ke arah kak Lin.Tadi kak Lin kat dapur so aku tak boleh nak salam.

"kak Lin ,wafi dengan Iffat mana ?"

"Budak-budak Iman kena tidur awal la.Ni kenapa tak masuk tidur lagi.Mata tu dah macam mata panda dah akak tengok.Pergi tidur."

Iman tersengih.Idlan masih menonton televisyen.Iman tau alongnya sentap sebab dia jawab acuh tak acuh soalan abangnya.Serius dia penat untuk beramah mesra.Abang Idlan patut faham kan?kak Lin turut menonton bersama abang.Aku segera ke bilik.



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...