Monday, April 30, 2012

Cinta Dari Jauh 9

I.N.T.E.R.M.I.S.S.I.O.N

"Papa rancang nak bawak kita satu family melancong ke Turki. End of this month" Encik Ridhuan mengumumkan berita yang dinanti-nantikan oleh seluruh ahli keluarganya.Sebelum aku tanya bila nak pergi,papa dah bagitau.Okay.Lagi tiga minggu.

Iffat sudah tersengih seperti kerang busuk.Ceh.Bab melancong,dia nombor satu.Abang Idlan dan kak Lin hanya diam,seperti memikirkan sesuatu.Mama dan aku sudah berangan untuk melancong habis-habisan.Yaaaa.Nama pun perempuan kan?Nafsu membeli belah ada dimana-mana sahaja.Tipikal.

"Papa,kita pergi pakej?or sendirian berhad ?" Aku musykil la jugak.

Tahun lepas pergi Bangkok pun, aci redah je.Tak dek pakai pakej segala bagai ni.Sebenarnya aku tahu papa tak suka pergi pakej.Alasannya penat nak ikut tourist guide pagi-pagi buta,balik lewat malam.Kalau free and easy,lebih senang.Cuma kena pandai-pandai la kan? Peta,tanya orang, then gamble.hahaha.Tambahan lagi,sekarang dunia semakin maju kan?Guna Ipad pun lepas.Taip nama tempat dan dapat cari dalam peta.so follow the flow.Eheh.

"As usual angah.Cuma ada sedikit kelainan." Angguk tapi selepas tu aku kerut dahi.Aku pandang wajah Iffat yang ralit dengan rancangan di televisyen.Along pandang aku.Aku pandang along.Ape kes? Mama kulihat biasa-biasa sahaja.Cuma tersenyum "Apa yang lainnya papa?" soal along pantas. 

"Kali ni bukan family kita saja,tapi kita pergi dengan kawan papa dan keluarga dia jugak" Mangai.Apedehal papa ajak kawan dia pulak?Selalunya tak pernah pulak.

"Great papa.I likeeee !! Lagi ramai,lagi best " jerit Kak Lin.Along melopong.Kak Lin memang suka berkawan sebab dia dikenali dengan sikap peramah.Agaknya along berkawin dulu pun sebab Kak Lin yang terlebih peramah tackle alongnya.Mama yang sedang mengelek Wafi geleng kepala melihat keletah ibu muda itu.

Ah i don't mind. Yang penting ,dapat jugak aku pergi Turki.Kak Lin sudah tersengih.Kakak ipar aku sorang ni memang suka ramai-ramai,katanya boleh tambah kawan.Taksub sangat dengan pepatah berkawan biar seribu,berkasih biar seorang.Ahah.

Iffat yang dari tadi senyap,tiba-tiba melontarkan persoalan. " Siapa kawan papa yang nak pergi sekali tu ?"Soalan bajet tahu semua benda.

"Kawan lama mama dengan papa.Tapi kaorang tak kenal sebab diorang pindah time tu korang kecil lagi" 

"Dengar tu Iffat ,sah -sah Iffat tak kenal." Giat along.

"Tak payah risau ,diorang pun ada anak-anak.Nanti korang boleh tambah kawan bak kata Lin kawan biar seribu kan? "Panjang lebar mama jelaskan siap perli Kak Lin lagi.Kak Lin seperti biasa, gelak saja.Aku angkat bahu.Terpulang lah.AKu sikit pon tak kisah.




Ataturk Airport.Keadaan didalam lapangan terbang masih seperti cuaca di Malaysia.Tak sejuk sangatTak panas sangat.Ramai pelancong yang datang daripada pelbagai negara.Aku  memunggah  bag-bag yang beriben biru dan diletakkan di atas troli.Hanya aku dan Iffat yang melancong bersama mama dan papa kali ini.Along dan kak Lin terpaksa batalkan percutian mereka kerana Mak kak Lin, Puan Ilah terpaksa dimasukkan ke IJN. Jadinya,along bertanggungjawab menemani Kak Lin menjaga emak mertuanya.Mujur sebelum kami berangkat ,kami sempat menziarah keluarga besan mama.

Aku mengalih ke kiri,Iffat sudah berlari kearah mama.Hantu punya budak .Bolehnya dia lari ala-ala hindustan kearah mama.Malas angkat beg-beg yang berat la tu.Memang nak kena.Iffat hanya melambai -lambai dari arah tempat rehat yang diduduk oleh mama dan wanita yang anggun dengan gayanya tersendiri.Aku menunjukkan penumbuk.Pelancong ditepi kiri dan kanan aku sudah pandang semacam.Ah gasaklah kan?Mesti ingat aku nak cari gaduh.Pandangan kukalihkan kearah beg-beg yang sedang berpusing mengikut mesin penggerak beg tersebut.

Cepatlah.Lagi satu beg je.Beg aku pulak yang lambat keluar.Melihat beg-beg pelancong lain yang sudah diambil oleh tuan empunya,aku dah gelabah. Bila aku gelabah mula, berpeluh je dahi aku ni.Hisy.Tak kan beg aku tertinggal dekat airport Malaysia kot.Kalau betul tertinggal nak cakap dekat papa macam mana?Papa  dan kawan dia pulak pergi uruskan pengangkutan.Memang nak kena la kan kalau sampai terjadi apa-apa dengan bag aku tu.Eceh.Ha! Tudia beg aku.Yes.Aku tersenyum lebar.Yahoo. Beg aku tak tertinggal.Beg hitam beroda dan beriben biru itu baru sahaja ingin kucapai,ada tangan lain yang menyambar dulu.Weh tu beg aku la der.Lelaki yang 
bert-shirt lengan panjang hitam dan jeans biru itu kupandang.

"Saya angkatkan.Mesti cuakkan dari tadi tunggu beg awak tak keluar -keluar lagi" 

Begku diletakkan diatas beg Iffat.Aku terkedu.Hak elah bajet macho la tu,tolong angkatkan beg aku.Cis.Nampak sangat ke aku gelabah tadi?Sepaket tisu dibawa keluar dari poket jeansnya.Dihulurkan kepadaku.Erk. 

"Nah lap dahi awak,nampak sangat awak takut beg hilang?" Perli aku ke ape ni? Aku mengerutkan dahi.Pelik.Apehal mamat ni.Tiba-tiba pulak ramah terlebih.Tadi dalam kapal terbang duduk sebelah aku,tak dek pulak nak sembang apa-apa.Punyalah lah lama ,dekat 10 jam.Tak sembang apa-apa.Boleh bisu jadinya.Padahal aku tunggu la jugak mamat ni nak berbual-bual dengan aku.'Amboi kau nak jugak test market.' Getus hati kecilku.

"Ambik lah tisu je pun.Peluh tu nampak sangat." Cis.Aku hempuk jugak mamat ni.Turki ni sejuk tau.Gebang betul la mamat ni.Laju-laju kuambil sepaket tisu yang dihulurkan.Orang dah bagi,kena cakap terima kasih kan?

"Er..."

"Amboi ,orang suruh angkat beg la,yang awak berdua macam patung kenapa?" soal wanita yang kecil molek saja.Ranggi dengan beg selepangnya.Tinggi lebih kurang aku.Aku tersenyum cuma.Segera menolak troli ke arah ahli keluarga yang lain.Telinga Iffat kutarik.Iffat menyeringai sakit.Mata Iffat memandang kearah lelaki tersebut, memberi isyarat.Aku segera memandang lelaki tersebut,lelaki itu buat-buat berbual dengan wanita muda tadi.

----------------------------------------------

Aquarium Hotel Istanbul.Yeah.kejang otot-otot aku nak sampai hotel ni.Dari airport tadi pun dekat setengah jam jugak nak sampai.Sesak,rakyat turki nak ke tempat kerja masing-masing.Sempat juga aku lelap dalam van tadi.Duduk seat belakang dengan Iffat memang syok la.Mama,auntie Junita dan Kak Min duduk bahagian tengah.Papa,uncle Hazlan dan si lelaki tadi duduk di hadapan sekali.

Sebelum berlalu kebilik masing-masing,uncle Hazlan pesan " Dalam setengah jam,kita turun jalan-jalan okay?" Semua angguk cepat-cepat.Aku dan Iffat cepat-cepat ke tingkat dua.Hotel ni hotel bajet so,naik tangga la.Penat jetlag tak habis lagi,tambah lagi.Penat naik tangga pula .

SMS: Boring.Aku tulis benda alah ni sambil dgr hindustan.Terbaek. Veer & Zara : Tere Liyer

Sunday, April 29, 2012

Cinta Dari Jauh 8

Iffat masih leka bermain PSP  semasa aku menuruni tangga ke ruang tamu.Televisyen terpasang.Mataku meliar mencari ahli keluarga yang lain.Aku ke dapur,lalu membancuh milo panas.Milo panas itu kubawa ke ruang tamu.Aku menghenyakan badan di sebelah Iffat.Iffat mengalih pandangan kearahku seketika,sebelum menyambung bermain PSP.


" Tak salam angah pon?"Iffat mengunjuk salam.Sedari malam tadi,bila angahnya sampai ke rumah dia sudah pun tidur.Lama dipandang angahnya.Aku yang sedang menonton merasa terganggu apabla dipandang sebegitu.


"Kenapa pandang angah macam tu ?"
"Angah tipu Iffat"
"Ha? Tipu menda nih?" Kerutan didahiku sudah terukir.Bila masa aku menipu Iffat?
Pelik melihat sikap adik bongsuku seakan tidak mesra.Sedangkan dulu, mereka adik beradik sangat rapat.Milo panas ditangannya dihirup perlahan.Panas.


"Angah janji nak telefon Iffat tiap-tiap hari " rungut Iffat.PSP di letak di atas meja kopi dihadapan mereka.Aku terngadah.Oh Pasal itu.Mengingati janji dahulu,aku menepuk dahi perlahan.Iffat menuntut janji darinya.Janji yang dibuat apabila Iffat merengek kerana terpaksa tinggal dirumah seorang diri.Mana taknya,abang Idlan sudah berumah tangga dan menetap di Kedah.Aku pula menyambung pengajian di UnisZa.Alahai adiknya masih ingin bermanja walaupun sudah meningkat remaja.Lebih tepat lagi,tiada orang yang akan diajak bergaduh.Hahaha.


Menyedari kesalahan diri sendiri,cepat-cepat aku memeluk bahu Iffat.Kepalaku di sengetkan kearah Iffat."Angah minta maaf.Angah tahu angah tak tunaikan janji angah tapi angah bukan sengaja tau,banyak benda angah kena buat dekat U tu." Aku tersenyum meminta maaf.


Iffat masih lagi diam.Televisyen itu pon kalau boleh ditembus,agaknya dah tembus.Marah lagi la tu.


"Iffat.... jangan la merajuk.Angah dah minta maafkan? Tak baik tau kalau orang yang bersalah minta maaf tapi kita tak maafkan." AKu terpaksa memainkan peranan kaunselor disini ya.Hikhikhik.psikologi Iffat ni sikit,lepas ni okay la tu.Iffat nampaknya seperti sudah sejuk.Saat aku ingin memujuk si Iffat untuk benar-benar memaafkanku,suara along memecah kesunyian kami berdua.


"Iffat suruh je angah belanja Basikal mountain bike,baru boleh maafkan." Along yang sedang mendukung Wafi sengaja membuatkan keadaan lebih parah nampaknya.Along duduk ditengah -tengah antara aku dan Iffat.Aku menjelir lidah.Bikin panas la along ni.Ada ke suruh aku beli mountain bike,memang tak kan la.Aku bukannya pekerja,aku pelajar.


"Alonggggggg... jangan balas dendam sekarang ye?" aku buat muka kasihan.Along saja nak kenakan aku sebab malam tadi aku layan dia acuh tak acuh.Wafi ditarik perlahan.Diriba sekecil yang berumur dua tahun.Meronta-ronta anak saudaranya itu.


Along tersengih.Mulutnya membisikkan sesuatu pada Iffat.Mata Iffat bulat.Ah sudah .kenapa pulak ni? Aku hairan. "Angah....angah busy dengan pakwe ye?Tu yang tak telefon Iffat." Gila.Aku belajar susah -susah dekat U,sesedap rasa je kata aku busy dengan pakwe.Kerja along la ni.Keji.Along sudah tergelak.Kak Lin yang baru keluar dari ruang dapur terpinga-pinga melihat suaminya macam orang tak berapa nak betul,tergelak-gelak.Kak Lin menyuapkan makanan ke mulut Wafi.


"Iffat pernah rasa kena lipat tak? Tak pun along nak rasa kena lipat?" Mataku mencerlung kearah mereka berdua.Along dan Iffat masing-masing gelak kan aku.Papa dan mama yang sibuk berkebun diluar rumah sebentar tadi, menyertai  kami hanya memandang antara satu sama lain.


"Apa yang gelak kuat sangat along?Sampai keluar tu ha dengarnya.Kalah ponti anak remaja gelak" Papa sudah bersandar di sofa.Eceh,contoh papa bagi lagi buat kitaorang ketawa terbahak-bahak.Papa bukan suka pun tegok cerita macam tu.Cerita yang ala-ala Twillight tu.


"Papa ni, ada ke kata gelak along macam ponti anak remaja.tak kelas langsung." 


"Dah tu papa tanya , along tak jawab pun."
Along mula menceritakan segala-galanya.Kejadian dirinya dilayan acuh dan tak acuh semalam dan janji aku pada Iffat tak ditunaikan.Aku diam.Orang salah kena senyap.Televisyen yang terpasang,aku tonton.Biarlah along cerita.


"Angah dah minta maaf...."
"Dah la papa.along saja  je tu."
"Angah ni suka sungguh potong cakap orang,papa tanya angah dah minta maaf pada along?" Aku tersengih malu bila melihat pap.Pada alonghanya jelingan yang kuberikan.along yang sudah tersenyum-senyum.Eiii.mengada betul.


"Along,angah minta maaf pasal semalam yaaaa." aku unjuk salam.Mama selalu ajar,kalau minta maaf,kena salam.Along yang tersenyum senang menggosok kepalaku kuat-kuat.Tak suka.Habis kusut rambut aku.


" Iffat dah maafkan angah belum? "soal along.Iffat yang sedang bermain -main dengan Wafi menoleh kearah kami sekilas.Eleh nak jadi abang mithali la tu.Aku mencebik.Pantas saja along menarik telinganya apabila melihat aku mencebik.Auch.


"Dah laaa.saja ja nak bagi angah pujuk Iffat.Lagipun mama selalu backing angah,mama cakap angah sibuk belajar" Iffat gelak sakan.Amboi,tadi senyap macam rumah dilanda garuda,sekarang gelak macam orang tak betul.Drama!

Friday, April 27, 2012

Anugerah Cemerlang Stpm

Excellence : see the invisible,feel the intangible,strive for the impossible

Alhamdulillah untuk sekian kalinya.Kali ni aku menerima satu lagi penghargaan oleh pihak Smka(P).straight to the point la senangkan,aku kona kiri kanan pon,nanti jumpa di penghujung jalan.Confirm tak sesat punya.hahaha.Penghargaan buat pelajarII cemerlang Stpm :) Antaranya adalah AKU.Pelajar cemerlang stpm ada 16 orang.Tahniah uollssss.Hikhikhik

Majlis start on the dot.Pukul 9.00 pagi.AKu datang ?lagi lima minit ,baru sampai.Kira bertuah la kan?Sebab boleh saing dengan MB Perlis.Kahkahkah.Masa aku masuk dewan terbuka tetapi diberi nama Dewan Az-Zahrah tu,orang dah ramai kot.Aku paling lewat,Nasib tempat duduk yg disediakan agak ditepian sikit.Jadi tak dek la malu sangat.

BudakII yg berbaris kat belakang tu pelajar cemerlang PMR.
Tahun lepas (2011) punya keputusan agak membanggakan la bagi pmr,spm,dan stpm.Highlight tang STPM.haha.Kejayaan datang dengan usaha.Usaha daripada semua pihak,Terutama cikguII,ibu bapa,diri sendiri dan Pibg.Tak lupa juga doa yang berterusan kepada-Nya sebab usaha tanpa doa ibarat orang sombong dan doa tanpa usaha ibarat orang bodoh dalam berjuang.

Serius time ni aku boring yang teramat sangat.
Dari ucapan YDP-Pengetua dan MB Perlis pergi ke persembahan adikII tingkatan 1 yang sangat comel.Akhirnya,masa yang ditunggu-tunggukan telah tiba.Oh yeah~ Nak terima anugerah kecil pun terasa kegementarannya.Hahaha.Padahal nak amik sijil je pon.
penerima anugerah cemerlang ^^

Barisan vip.YDP-Pengetua (Hajah Sabariah)-MB Perlis-dan tidak dikenalpasti

Muka suci dapat anugerah :P
Barisan yang sama, itu ex-classmate aku la masa tingkatan enam rendah sampai enam atas.Start dari tudung hijau tu,Hidayah,Shafinar dan Azwa. Yang lain II ada dekat barisan belah sana sana sana lagik.Terpisah jauh.Thank you ye tawan tawan.Sebab selalu berkongsi ilmu ^^ Ilmu akademik dan agama :D dan berkongsi pengalaman -pengalamn yang manis  dan pahit untuk dijadikan panduan dalam hidup.Euwww.skimaanyeww.

Bye bye MB Perlis nak balik dah ^^

Terlupa nak rotate.:D
Gambar ni kira siapa cepat naik pentas ,dia dapat bergambar.HAHA

16 Penerima anugerah cemerlang STPM

Last but not least,disebalik pencapaian yang aku rasa membanggakan buat masa sekarang ini,aku rasa aku patut berikan penghargaan buat kedua-dua insan yang aku sayang -cinta-kasih ini sangat sangat ;')

Insan yang bergelar ibu dan ayah yang tak pernah kenal erti jemu -lelah -penat untuk saling melengkapi antara satu sama lain untuk membesar dan membantu aku dari kecik sampai sekarang.Dari aku Zero sampai aku mengenal erti hidup.

Yang selalu nasihat aku bila aku tersasar dekat mahupun jauh.

Yang selalu puji aku bila aku masak,walaupun kadangII masakan aku memang OUT la wa cakap sama lu.haha.

Yang selalu mahu aku berfikir sebelum aku buat sesuatu tindakan.Sebab aku adalah manusia UNPREDICTABLE.

Yang selalu support aku bila aku buat aktiviti II yg berfaedah,KataII semangat sentiasa mengiringi aku.

Yang selalu bagi cadangan dan pendapat yang bernas bila aku memerlukan.

oh banyak perkataan yanggg la pulak kenss? hikhikhik









Terima kasih ibu ayah sebab berkorban masa,tenaga dan duit dalam membesarkan along
Terima kasih ibu sebab selalu ada bila along nak berkongsi sesuatu. LagiII kalau ada majlis,ibu mesti datang.Tak pernah miss.

Terima kasih ayah.
Hari ini along terasa semacam ,sebab bila ayah cakap hari itu  ,ayah kerja KL sampai jumaat,along frust sebab ayah dah janji nak temankan along.Tapi along diam je.
Ibu yang kiasII dengan ayah kan.Ibu cakap,' anak nak naik pentas amik anugerah,'
Then,bile ibu cakap ayah try untuk amik flight paling awal pukul 7,yup . i'm really appreciate that. Rasa sayang semakin bergunung-gunung utk ayah.Heeeeeeeeee :D

Thanks for being wonderful parents :) 
With Love: along

Friday, April 20, 2012

Kasih Abeer - 7

Suasana Subuh di kampung sememangnya tenang.Nyaman.Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh kulitku.SUnyi sepi.Tak macam dekat Kuala Lumpur.Belum pun pagi dah hiruk pikuk dengan  macam –macam bunyi.

Abeer yang sudah selesai mengenakan Jeans hitam dan t-shirt kelabu serta cardigan yang sama warna.Di tambah dengan shawl bercorak abstark yang terletak elok di kepalanya.Digalas beg Deutor Merahnya,lalu ke dapur.Wan sedang sibuk menyiapkan sarapan.Bau nasi goreng  yang sungguh menyelerakan .Kopi pekat.Fuh masyuk.

“Awal wan buat sarapan?”

“Hari ni je awal,dah kamu nak balik subuh-subuh ni jugak.Macam tak sempat tunggu hari siang.” Bidas wannya.

Tangan wan pantas sahaja menuangkan kopi kedalam termos.Nasi goreng di bekalkan untuk Abeer .Keluhan terluah dari bibirnya

“Abeer kerja wan.Lagipun Abeer tak minta cuti dekat Eja.” 
Balas Abeer lalu duduk berhadapab dengan wannya.

“Makan la dulu.Tok dengan paksu kamu agaknya dalam perjalanan balik.Mak su kamu tu tak bangun lagi ke?”soal wan perlahan.

Abeer geleng kepala .Tanda tidak tahu .Dari semalam dia tak bercakap dengan maksunya.Macam mana nak mula bercakap,baru dia nak tanya sihat ke tak.Tengok-tengok maksunya sudah berlalu.Macam aku cakap dengan tunggul pulak.Payah payah.Sudahnya,dia memerapkan diri dalam bilik membiarkan paksu sekeluarga bersembang denganb tok dan wan.

Nasi gorengnya disuap perlahan kedalam mulut.Ikan patin masak tempoyak yang dipanaskan oleh wan dicedok sedikit.Fuh.Lauk semalam masih sedap walaupun hanya dipanaskan.Makan nasi goreng berlaukan ikan patin pagi-pagi Subuh yang hening ni memang tak terkata la kan?Sedapnya sampai terasa kelemakan tempoyak di hujung lidah.

Saat dia membasuh pinggan dan perkakas dapur yang digunakan wan untuk menyediakan sarapan tadi,elok sahaja paksu dan tok masuk kerumah.Tangan yang basah di lap dengan tuala kecil yang disangkut di tepi dinding kayu .

“Kamu nak kemana pagi-pagi buta ni?” Atok yang sudah menarik kerusi untuk duduk sempat bertanya.Abeer serba salah nak jawab.Mata paksunya sudah tajam memandangnya.Abeer tunduk sambil melangkah dekat kearah toknya.

“Abeer nak balik la tok.Hari ni hari Isnin,Abeer kerja.Abeer tak minta cuti pun”

“Kenapa tak minta cuti je ?”

Belum sempat tok menjawab,pak su Ajid sudah  bertanya bagi pihak tok.

“Buat ape? Kesian dekat Eja nak uruskan kedai bunga pagi-pagi Isnin sorang diri. Selalunya hari Isnin paling sibuk” kelentong Abeer.

Malas bersoal jawab dengan paksunya.

“Paksu punya la amik cuti sebab nak jumpa dengan anak saudara sendiri.Tengok-tengok macam ni pulak?Apehal?”kasar sahaja bunyi suara paksu.Pasti marah.Abeer diam.

“Kerja dengan paksu ,duduk dengan paksu .Habis cerita.Senang nak balik jenguk wan dengan tok sekali.Tak payah susah kan orang lain” Arah paksu Ajid selamba.Eh eh ! suka hati  je nak mengarah aku.

“Tak pe .Abeer selesa kerja macam ni .Lagipun susahkan apa pulak?Bisnes kedai bunga ni pon guna duit Abeer.Abeer pun duduk rumah sendiri.Tak susahkan siapa-siapa pun.”

“Bukan macam tu Abeer.Pak su risau Abeer duduk rumah tu sorang-sorang.Lainlah kalau ada penjaganya.”Kias pak su Ajid.Abeer terpana.

Penjaganya?tak kan pak su nak suruh aku guna hantu raya jadi penjaga rumah kot ?Nauzubillahi minzalik.Keluhan diluahkan.

“Pak su nak suruh Abeer bela hantu raya ke buat jaga rumah Abeer .Berdosa tau paksu?”Muka tidak bersalah dipamerkan.

Belum apa –apa tok sudah ketawa. Kuat pulak tu.Abeer pulak yang terpinga-pinga. Wan yang baru menuruni tanggan nampak pelik.Wannya baru sudah Subuh agaknya.Muka paksu sudah merah seperti tahan marah sahaja lagaknya.

“Buat main Abeer.” Bibir paksu diketap.

“Betul la kan?Tak payah la paksu. Abeer boleh jaga diri.Khurafat tau buat-buat benda macam tu.” Abeer masih tidak faham.Paksu tepuk kepala dengan songkok hitamnya.

“Pak su cakap pasal soulmate kamu .Bukan hantu raya.Ada faham ? Kalau tak faham,pak su nak suruh kamu search dekat google.”  sindir paksu Ajid.

“Hahahahah.Oh pasal tu ke?Abeer ingat kan apelah tadi” ujar Abeer sambil mengusap-usap mukanya.Seketika dia ketawa lagi.Seluruh ruang makan itu bergema dengan gelak tawa.Abeer buat lawak pagi- pagi buta.Saat Abeer ingin meluahkan sesuatu,kelibat mak sunya menuruni tangga yang sama yang digunakan wan tadi.

“Amboi … meriahnya dekat dapur ni.Kau buat lawak ke Abeer ?Macam nak runtuh atap rumah mak ni yek” perli mak su Ayun.

Kurang ajar betul,getus Abeer.Abeer hanya pandang wajah mak sunya itu.Kesian.Tak kuasa dia lama-lama dekat sini.Bikin gaduh saja nanti.Bersalam dengan tok dan wannya cepat-cepat.Kepalanya diangguk-anggukan beberapa kali tatkala mendengar nasihat kedua-dua orang tua tersebut.Jaga solat.Jaga maruah.Jaga diri.Jaga makan.Jaga kesihatan.Pesanan khidmat masyarakat yang kerapkali dia dengar apabila pulang kerumah tok dan wan.

“Nanti sampai sana ,call paksu” arah paksu.Mata Abeer sudah dapat menangkap wajah memerah maksu.Marah berganda-ganda la maksu tu pada aku.

“Tak pe.Abeer call wan je.”

“Telefon je lah paksu tu .banyak songeh la kau ni” pintas maksu Ayun.

Aduhai hati.Itu maksu kau walaupun tua sikit ja dari kau,Kau patut hormat dan sabar dengan dia.Sabar jelah.Bukan ke Sabar itu separuh daripada iman?Sabar aku ni ada hadnya jugak.Abeer angguk.Acuh tak acuh sahaja.

Alarm keretanya di bunyikan sebelum memandu perlahan meninggalkan kampung halamannya.Cermin pandang belakang di toleh sekilas,melihat tok dan wan sedang melambai-lambai kearahnya.Sebelum meneruskan perjalanannya dengan lebih jauh lagi,dia berhenti di pusara arwah mak dengan abah.
Yassin dicapai.

Kasih Abeer - 6

Abeer ,tok dan wan ke masjid Teluk Sentang untuk berjemaah maghrib dan isya’.Kebiasaan yang dilakukan oleh Abeer apabila dia pulang ke rumah toknya.Baginya,selain berjemaah di masjid ,dia dapat menghindarkan diri dari dari terjumpa dengan maksunya.Kenapa dengan aku ni ?Asyik nak lari dari maksu? Tak best langsung jadi macam orang pelarian.Heh.

Satria Neo Hitam itu dipandu oleh Abeer. Dibawa tok dan wan bersiar-siar ke pekan Temerloh.Keretanya dihentikan di tepi uptown. Deretan gerai membawanya kesitu.
Tok dan wan hanya menemaninya.

“Kenapa kita tak balik terus je Abeer?Boleh makan dengan paksu dengan  sepupu kamu.”

“Sepupu Abeer tu muda sangat.”Gelak Abeer.Dia berumur 24 tahun.
Lukman ,sepupunya baru berusia tiga tahun.Adeh. Dah macam anaknya pulak.Umur Mak dengan paksunya memang jauh.

“Muda pun sepupu kamu.Ni wan tengok kamu dengan mak su macam tak ngam kenapa?”

Abeer yang sedang menyedut air laici tersedak serta merta.Eh! Macam mana wan boleh perasan?Tok dipandang sekilas.Agaknya tok pun perasan.

“Hmm,mana ada tak ngam la wan.Okay jee.Maksu tu kan baik.Kenapa pulak tak ngam?”
Nafi Abeer.

“Jangan tipu wan ,Abeer.Wan dah lama perasan .Sejak paksu kawen dengan maksu,kamu berdua dah jadi renggang.Dingin pulak wan tengok.” Mata Abeer sudah berair.Abeer melarikan pandangan ke arah pelancong arab di sebelah kirinya.

Dikesat dengan belakang tangannya.Dia tak pernah menghalang perkahwinan paksunya.
Baginya,perkahwinan paksu nya itu memang dinanti-nantikan oleh dirinya.Dia mungkin akan merasai kasih sayang maksunya.Tapi  kemungkinan itu tak mungkin berlaku bila mak su Ayun jelas menunjukkan ketidak selesaan apabila bersama dengannya.

“Paksu selalu mengadu dekat wan.Kenapa Abeer macam nak jauhkan diri dari paksu.”

“Perasaan paksu tu je. Tak semua perkara Abeer kena kongsi dengan paksu.Lagipun,Abeer kena belajar selesaikan masalah Abeer sendiri.Masa Abeer belajar dulu,kawan Abeer pesan supaya jangan terlalu bergantung dengan orang.” Naïf sahaja jawapannya.

Eja selalu pesan dengannya supaya tak terlalu bergantung dengan paksunya apabila dia seringkali  merungut apabila paksu nya tidak menjawab panggilannya ketika dia berhadapan dengan masalah.

“Yelah. Tu wan tau .Tapi tak kan tanya khabar pon tak boleh ?”Ah sudah.

Tadi cerita pasal masalah ni dah keluar tajuk tanya khabar pulak.Pandai betul wan ni putar belit soalan.Lagi payah dari soalan final ni.Tok yang sedang khusyuk makan mi kari di gerai Amira seakan-akan dipinggirkan dari cerita kami.

“Insya-Allah wan.Kalau pun Abeer tak telefon paksu.Tapi Abeer akan ingat paksu dengan tok dan wan yang dah banyak berjasa jaga Abeer selama ini.”

 Suara Abeer seakan serak menahan tangis.

“Tapi kan wan. Nanti dalam kubur pun sorang-sorang kan wan?Mana boleh hantar sms ke buat panggilan telefon ke?” gurau Abeer . 

Wan tersenyum.Tok yang sudah menghabiskan sisa sisa mi karinya sempat memotong kata-kata ku.

“Siapa cakap tak boleh hantar sms  Abeer? Tok rasa boleh.” Aku terngadah.

“Bila malaikat maut datang menjemput ,terputuslah amalan kecuali ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan doa anak yang soleh.” Wan dan tok saling tersenyum.

Kata-kata Tok buat Abeer terkelu seketika sebelum memeluk kedua-dua nya.Sekali lagi air matanya kembali mengalir.Kalau mak dengan abah ada, perasaan ini pasti dapat dikongsi bersama. Dia terharu kerana rasa sayang dan kasih tok dan wan tak pernah pudar untuknya walaupun tok dan wan sudah mempunyai cucu lain selain dirinya.Kebajikannya sering diutamakan.

Thursday, April 19, 2012

Khalifah-to-be ^^


Assalamualaikum ^^

For this time, aku letak gambarII berkaitan adik lelaki yang palinggg bongsu.Eceh macam banyak adik kan? Nama diberi Mohamad Izzudin Fikry.Kalau budak ni baik,aku panggil eby.Manja kan?Kalau time budak ni buat hal.Ragam banyak songeh,aku panggil Iddin !!Tudia tanda seru siap.Saja nampak bagi garang sikit.eheh.Eby lahir masa aku tingkatan tiga.29 Mac 2007.So sambarII sekitar majlis hari lahir di Global Khalifah ^^.

Kalau kata anak pon orang caya =='


Birthday boy yang control ayu.Ngee :D

yang berdiri tersenyum tu first crush Eby.Aha ! :P

Baju merah : CikguII sekolah Eby .Baju polkadot : My mummy ^^

Specky :abang kepada Eby bersama dgn pengetua GK. Dolu izzat pun sekolah GK yang sama.

Berpeace bersama

IBU bersama anakII angkat sementara 

staff GK tgh sibuk nak hidangkan makanan utk bebudak tu


Well,itu je kot.Nak share banyakII pon ,aku tak dek idea.Cuma apa yang boleh kukatakan menjadi guru 'tadika' ini sebenarnya memerlukan kesabaran yang sangat-sangat tinggi.Pheww.Aku yang baru stay dekat sejam pun rasa macam nak lari balik sebab aku memang tak boleh tgk budak ramaiII.Rasa macam berrrr .
Entah.Ibu cakap ,aku tak boleh kawen lagi sebab naluri keibuan tak menjelma lagik.Hahaha.Tak kisah la.

Fikir sejenak. Sebenarnya Banyak benda aku nak share sebab aku banyak idea.HAHA

Banyak budak ,maka banyaklah ragamnye kan? Ada yang bawak teddy bear la ,kalau budak gugurl takpe lajugak ni boboboi.Adeh.Krisis sungguh. Lagi diorang suka kita tangkap gambar diorang.Bila aku tunjuk gambar deme,pakat kerumun.Lagi aku sesak.


Part paling aku suka bila  budakII ni cakap


"Thank you sister izzzudin " sambil senyum diorang sebut.Oh suci nya muka. Diorang sebut sebab aku bagi kek.


Ibu aku pon dapat gak "Thank you mummy Izzudin" eheh.Ibu aku pon senyum senyum je kan.


Melentur buluh biarlah dari rebungnya ^^ Time kecik II ni la nak terapkan nilai nilai murni . 


AyatII ditadika.


" Angkat tangan atas bahu ,luruskan barisan"


"kalau orang bagi kita hadiah,kita kena cakap terima kasih ye cikgu?" hikhikhik.omey jaaaa.
Teserlah tak sifat keibuan ku? :P


"Cikgu, sarah nak tambah ayam lagi" suara kecik.


Cop.Takat ni je dulu.Tak larat nak taip.Sakit pinggang sudaa ^^ take care all :)
Sms-Setiap jiwa itu akan berkeinginan sekiranya engkau menginginkannya , 
akan tetapi jika engkau redha dengan yang sedikit maka jiwamu turut meredhainya

Sekitar Klinik ^^

Assalamualaikum ^^

Hye everyone.Hopefully sihatII belaka. Aku ?Alhamdulillah ana bikhair. So,Banyak benda berlaku dalam hidup aku dua hari ni.Tapi nak memorikan di dalam blog ni agak payah.Disebabkan internet aku  bermasalah.Actually bukan masalah line. maybe masalah router.Aku tak tahu maka aku serahkan pada yang pakar tapi menderita jugak la kan? Eceh.
So korang release tension dengan tengok gambar la yek ^^

Di Sekitar Klinik Temuduga
Jam: 3.30 petang
tarikh : 17 APril 2012 = Selasa
Tempat : Dewan Az-Zahra
Rindu uniform biru Tapi rindu lagik dengan uniform UNGU ;)

Pensyarah II 8Not really sure.Ahah =='

Tekun dan khusyuk 

Perkenalkan kaunselor smkap : Puan Sabariah dan En.Ruzaimi

lepasan stpm berapa kerat ? Ahah * yg lain bekerja 

Mock interview.Hehe.Time ni sipiII lagi aku nak kena,Tapi time is running out bebeh :P

MR purple? sorry .Tak ingat nama

Tadaaaa.So  relax kan diri anda bersama pic pic ini ^^. Tulis panjangII pon nanti orang tak baca .
So biarlah gambar yang berbicara :) Eceh.
Lastly,pesanan penaja do what you want -with what you have -wherever you are :)
Take care !

Sunday, April 15, 2012

Kasih Abeer - 5

Ahad.Hari yang dinanti-nantikan oleh Abeer.Hanya hari ini sahaja dia berkesempatan untuk bercuti.Kalau tidak,jangan harap.Pelanggan tetap datang ke Fresh Florist untuk membuat tempahan bunga.Tak kira hari bekerja atau hari yang sah -sah untuk bercuti.Tapi kalau dah namanya buka perniagaan sendiri memang tidak dapat tidak ,Fresh Florist haruslah dibuka tujuh hari seminggu la kan ? Kalau tak nak dapat income dari mana ?Nak bayar gaji si Lim dengan Bob lagi.

Bunga yang ditempah,tak kira dari sebatang bunga sehinggalah yang nak bagi sepokok bunga.Selalunya pelanggan yang datang ke kedai mereka akan membuat tempahan bunga dengan pelbagai konsep gubahan untuk hari-hari istimewa seperti gubahan hari lahir,ulangtahun perkahwinan,konvokesyen,gubahan untuk majlis pertunangan dan perkahwinan dan sebagainya.Pokok pangkalnya,selagi nama bunga ,Insya-Allah kedai miliknya dan Eja akan menerima tempahan.

*******
Kerja menjemur kain di laman luar rumah teres satu tingkat itu tergendala seketika apabila Abeer terdengar deringan  telefon rumahnya beberapa kali.Pantas sahaja kakinya melangkah masuk kedalam rumah.Dicapai telefon rumah lalu dilekapkan telefon tersebut di telinganya.

“Walaikumsalam pak su. Hmm,sihat Alhamdulillah.” Kedengaran suara disebelah sana.

“Memang nak balik pon.Tapi tak pe,Abeer drive sendiri”

“Okay. Jumpa kat sana”

Telefonnya diletakkan kembali ke tempat asal.Abeer duduk sebentar diruang tamu yang dihias ringkas olehnya.Pak su telefon untuk mengajak dirinya pulang ke Temerloh bersama-sama.Pak sunya dah buang tebiat ka apa?

Mak sunya tak pernah suka padanya.Lebihnya dia tahu,mak su cemburu dengan layanan yang paksu zahirkan kepadanya.Mak su perempuan,dia juga perempuan.Pasti sifat cemburu tu akan terbit dari hati.Tapi maksu sepatutnya faham,aku dan paksu memang rapat sejak dulu lagi.Sejak aku memegang title anak yatim.

Selama ini memang dirinya lebih banyak berkongsi cerita suka dan duka dengan paksu Ajid.Sejak kematian arwah abah dengan mak,paksu Ajid menjadi penjaganya disamping tok dan wan.

Cuma sejak tiga tahun yang lepas,semuanya seakan –akan berubah dengan sendirinya.Abeer semakin jauh dari paksunya.Mengenangkan perangai maksu Ayun yang tidak menyukai dirinya,dia sendiri mencari jalan supaya tidak terlalu kerap untuk berhubung dengan paksunya.Kalau dulu,ada masalah sebesar hama,pasti paksu akan dicarinya.Kini,masalah  seluas laut pun dia akan cuba untuk selesaikannya sendiri.Teringat ketika di tahun akhir sebelum majlis konvokesyennya berlangsung.

Setelah memberi salam, “Pak su ada?”

“Pak su kau tak dek.Dia keluar dengan Melin” kasar sahaja jawapan maksu Ayun.
Apa yang tak disukai oleh maksu Ayun tentang dirinya,dia sendiri tak tahu.Pelik ? Memang pun.Aku pulak yang jadi mangsa keadaan.Nasib nasib !

“Hmm,tak pe lah.Kalau pak su balik ,tolong sampaikan salam Abeer.”

“Yalah.itupun kalau aku tak lupa la kan.Eh lain kali tak payah nak cari laki aku.Pergi cari orang lain.” 

Pap ! Ganggang telefon disebelah sana diletak kuat.Abeer terkejut.Tidak semena-mena terasa airmatanya meleleh di pipi yang tiada jerawat itu.

Lamunannya terganggu apabila mengingati kainnya masih belum selesai dijemur.Langkahnya keluar rumah.Dicapai baju-baju  dari dalam bakul kain lalu disidai pada ampaian yang telah disediakan.Selesai sahaja kerja tersebut,Abeer ke biliknya untuk bersiap-siap  ke rumah tok dan wannya di Temerloh.Balik hari sahaja.Lagipun Temerloh dengan Kuala Lumpur lebih kurang dua jam.Tak lama.

Tiba di kampung Teluk Ira jam dua petang.Tok dan wan sudah menunggu dihadapan pintu sambil melambai-lambai kearahku.Gembira sungguh.Bagi aku,kegembiraan tok dan wan merupakan kegembiraan aku juga.Hidup aku pun lebih banyak bersama tok dan wan,bukan bermakna aku lupakan arwah abah dengan mak cuma ironinya kehidupan mesti diteruskan walaupun orang yang tersayang sudah tiada kan ?

Setelah bersalam-salaman dengan tok dan wan,kami semua duduk di beranda rumak tok.Rumah separa batu dan kayu itu nampak besar dimataku.Rumah itu hanya diduduki oleh ton dan wan.Apabila cuti menjengah,baru paksu dan keluarga akan pulang.Abeer hanya ziarah tok dan wan kalau paksu dan keluarganya tidak ada.Kalau tidak,Abeer kirim salam awal-awal.Dia tidak mahu mencari pasal dengan isteri paksu,maksu Ayun.

“Lama Abeer tak telefon wan.Sibuk sangat ke?” Wan mula menyoal saat mereka sedang berehat di beranda yang dihias disuatu sudut dengan kolam ikan.Abeer hanya senyum.Tawar.Bukan dia tak ingat akan tok dengan wannya,cuma dia risau kalau-kalau ketika dia telefon wan untuk bertanya khabar ,maksunya yang menjawab.Boleh mati berdiri rasanya.

Abeer merapatkan badannya dekat dengan wan.Dipeluk pinggang wan erat.

 “Abeer sibuk sikit.Abeer janji lepas ni ,sibuk macam mana pun Abeer cuba telefon wan dengan atok ya?” Wan tersenyum senang dengan janji Abeer.Cucunya yang dulunya kecil ketika dijaga selepas kematian anak dan menantunya ,kini sudah besar panjang.Umur cucunya kini sudah menginjak ke 24 tahun.

“Bila Abeer nak bawak bakal cucu menantu untuk wan ?” Abeer tergelak.Wan memang pantang  nampak mukanya,pasti soalan keramat itu ditanya.Bila aku nak cari bakal suami ?Bila?Entah.Kau pun sibuk memanjang dengan bunga kau tu Abeer ,mana sempat nak cari lelaki buat suami?Detik hatinya.

“Tok masak apa hari ni ?Abeer teringin nak makan ikan patin masak tempoyak.”Abeer cepat-cepat mengalih topik dengan bertanya menu tengah hari ini.Tok dengan wan sudah menggeleng-gelengkan kepala.

“ Tu nak alih topik la tu.Wan ni dah tau sangat perangai kamu tu Abeer.Wan yang jaga kamu.Tak payah nak tanya soalan lain.Jawab soalan wan cepat !”Gesa wan  sambil disokong tok yang sedang memandang dirinya.

“Tak dek orang nak wan.Abeer ni bukannya cantik.Tak pandai masak pulak tu.” Abeer meleretkan suaranya.Mukanya nampak sedih.Buat buat sedih sebenarnya.

“Tok carikan ,nak ?” Bulat mata Abeer memerhati tok dengan wan yang sudah tersenyum leret.Ah! sudah.Nak carikan pulak.Mati aku.Abeer pandang kebawah .Memerhati kakinya .Mana tau ada jawapan .Hahaha.Sekarang pening untuk mencari alasan.Seketika kemudian,terdengar tok dengan wan ketawa kuat. Eh eh ! Kenpa pulak ni ?
“Tau takut.Tok gurau je lah.”

*******
Ketika Abeer ingin ke kolam ikan patin tok di belakang rumah ,paksu sekeluarga tiba dengan kereta Gen-2 Jingga.Abeer cepat-cepat kebelakang lalu menyarungkan selipar jepun.Dia tidak betah untuk bersama keluarga paksunya,lagi-lagi dengan adanya maksu Ayun.

“Wan… Abeer ke kolam sekejap.”Jerit Abeer  kuat.

Dengan berlari-lari anak,Abeer ke sungai Pahang yang betul-betul terletak di belakang rumah toknya.Kemuncuk sudah penuh di kaki seluarnya.Aduh!Lupa pula nak lipat kaki seluar.Geleng kepala dengan kecuaian diri sendiri.Setibanya,di tepi kolam tok,dia terus duduk di atas pankin yang disediakan tok.

Diatas pankin,Abeer duduk bersila.Lama direnungnya sungai yang berkocak lesu.
Dulu ,waktu kecil-kecil dia dan Rafa selalu menghabiskan masa di sini.Buat kerja sekolah sama-sama.Bermain sama-sama.Ah! Kenangan dulu sukar untuk dillupuskan.Otaknya sering memutarkan kembali kenangan bersama Rafa apabila dia bersendirianlagi lagi di tepi kolam tok ni.Rafa.Mana kau pergi ya?

“Kenapa tak tunggu paksu dekat rumah ?” Lamunan Abeer terhenti .Suara paksu kedengaran di sisinya.Dialihkan pandangannya dari depan ke tepi.Senyuman manis terukir dibibirnya yang  pucat tanpa solekan. Tangannya dihulurkan kepada paksu.Salam bersambut ,pak su mengosok kepalanya yang dilindungi dengan tudung.

“Pak su rindu tau nak dengar cerita Abeer.Kenapa lama tak telefon?” soal paksu Ajid pelik.Aik?Abeer tersengih.Lagi pelik.Aku yang sibuk telefon dia,tapi tak pernah berjawab apa kes kan? Ni paksunya cakap dia dah lama tak telefon.

“Err.Abeer sibuk jaga kedai.”

“Sampai tak dek masa langsung nak datang rumah paksu?Rumah paksu dengan rumah Abeer bukannya jauh sangat pon kan ?” Rumah aku dekat Gombak,rumah paksu dekat sentul.Memang tak jauh la kan?

“Abeer tak nak ganggu paksu dengan keluarga.”

“Abeer keluarga paksu jugak.”

Payah.Paksunya tak faham ke yang maksu Ayun tidak suka akan kehadirannya disisi paksu.Macam mana paksu kau nak faham Abeer,kau tak pernah cerita.Gila.Fikir Abeer.Tak kan aku nak cerita direct dengan paksu. ‘Paksu,paksu .mak su tu tak suka dengan Abeer sebenarnya.’ Memang tempah bala la kan?Tak pasal-pasal kena cop sirim kata aku nak porak perandakan rumah tangga orang.

Abeer menghampiri kolam tok,lalu dimasukkan tangannya kedalam air kolam tersebut.Dipercik-percikkan air kolam itu sehingga ikan –ikan didalamnya terasa terganggu.Abeer tersengih.Lama tak mainkocak-kocak air macam ni.

“Pak su,Abeer dah besar okay.Tak kan semua masalah Abeer kena cerita pada paksu.” Alasan Abeer alasan.Bukan dari kecik kau memang share kisah suka dan duka dengan paksu ke?Bergaduh dengan Rafa pun kau cerita dengan paksu Ajid kan? Hatinya mengiyakan.Tapi itu dulu sebelum paksu berkahwin.Sekarang sudah lain.

“Maknanya Abeer dah tak perlukan paksu la? Besar ke kecik ke,Abeer tetap anak saudara paksu sampai paksu mati”Tegas paksu Ajid.

Paksu Ajid sudah pun berlalu.Mungkin pulang kerumah tok. Abeer turut bangun dan mengikuti langkah paksu .Waktu senja begini tidak elok,anak- anak manusia duduk diluar rumah.Takut-takut di sembunyikan anak jin.Tapi sekarang ,aku rasa anak jin lagi takut dengan anak manusia sebab ,waktu maghrib pun anak-anak manusia masih lagi berkeliaran dekat luar.Dunia oh dunia. Zaman oh zaman.

Kasih Abeer - 4

Tubuh badannya di hempas kuat diatas kerusi kayu di Fresh Florist.Bob dan Lim termangu-mangu seketika melihat reaksi Abeer.Mereka berpandang-pandangan sambil mengangkat bahu tanda tidak tahu punca kemarahan Abeer.


Abeer tidak peduli dengan reaksi teman sekerjanya itu.Hatinya mendengus perlahan.Kalau dia tahu benda macam ni nak jadi,dia tak akan ikut arahan kawan baiknya merangkap bisnes partnernya itu.Muka Abeer Majeeda masih mencuka.Laptop jenis Acer dibuka kasar.

Laman blog menjadi pilihannya dan sekaligus diisi emel dan kata laluan.
Seketika kemudian laman yang berkotak–kotak putih hitam itu memaparkan diari hidupnya yang tiada pengikut.


Tanpa menghiraukan Bob dan Lim yang sedang sibuk memunggah kotak dari depan kedai ke stor belakang,Abeer terus menaip laju.Ditekan-tekan papan kekunci lomputer ribanya.Sudah pasti kejadian sebentar tadi menjadi kemaskini terbarunya.Tajuk entrynya Diari -57 Dimarahi -pelanggan -menghantar bunga - waktu yang salah.Great!

“Hye korang ! Nah Kak Eja belikan cendol untuk semua.Jom kita minum petang.Lim pergi ambil jag plastik dekat belakang”Jerit Eja sebaik pintu kaca Fresh Florist dibuka dari luar.

Dijari -jemari Eja kelihatan penuh dengan plastik berwarna warni.Diletakkan di atas meja kayu sebelah meja Abeer.Abeer masih diam tidak berkutik.Tidak menoleh.Beberapa minit kemudian,Lim datang dengan jag plastik dan beberapa gelas dan pinggan di tangannya.

“Kenapa dengan kakak korang ni ha?Dah bisu ke apa?”soal Eja pelik sambil memandang Abeer.Tubuh badannya dijatuhkan diatas kerusi disebelah Abeer.

Bob dan Lim hanya menggelengkan kepala.Lim yang sudah bersedia untuk meneguk terhenti seketika apabila terdengar larangan Eja.

“Lim,kau jangan nak minum dulu ya.Tunggu kak Abeer korang kejap.Ni tiba-tiba angin puting beliung datang ni kenapa?”Lim terkedu.Aduhai.Sudahlah dia sedang kehausan.Mengangkat kotak-kotak yang dipenuhi dengan barangan kedai.Berat weh berat!Keluh Lim dalam hati.

“Abeer jom minum”

“Kau minum la dengan budak-budak tu.Jangan kacau aku”Jarinya masih pantas menaip.Seakan –akan dengan menaip di atas laman blog itu boleh membuatkan rasa amarahnya hilang.Rasa sakit hatinya luruh.

“Tak boleh.Kena minum sama-sama.”tegas Eja.Abeer mendengus.


Laptopnya di ketepikan seketika.Tangannya mencapai gelas yang berisi cendol ditangan Lim.Diteguknya puas.Eja menggeleng-gelengkan kepala.Perangai tak senonoh betul Abeer ni.Lim yang menjadi mangsa terkulat-kulat memerhati cendolnya sudah selamat dibedal oleh Abeer.Kening Abeer terangkat sedikit melihat Lim yang seakan-akan terkejut“Apa ?”

“Kak! Tu air aku la”ujar Lim perlahan.Abeer membulatkan matanya.Gelas yang masih belum digunakan diisi cendol lalu disuakan kepada Lim.Lim tersenyum senang.Diambilnya cendol tersebut lalu diteguknya perlahan-lahan.Bob masih diam.Mulutnya sudah penuh dengan pisang goreng.

“Kau kenapa?Tak nak cerita?Bunga tu dah hantar ?”

“Kau ada janji ke dengan si Elman tu pukul berapa nak kena hantar bunga yang dia tempah?”Eja geleng kepala.


Eja bangun berlalu kearah kabinet yang tersusun fail pelanggannya.Ditarik fail biru.Diteliti seketika penghantaran bunga yang sepatutnya.

Confirm!Tak dek waktu tertentu.Elman cuma cakap.Hantar bunga itu pada waktu petang sebelum pukul 5.Macam biasa.Apesal?"

“Macam biasa?Maksudnya apa?” kerutan didahi Abeer sudah jelas terbentuk.
Tanda musykil bersarang dihatinya.

“Macam yang selalu dia suruh la.Bukan ke Elman tu pelanggan tetap kita.Buka-buka kedai ni ja,dia dah jadi pelanggan pertama sampai ke hari ni.Kau ni kenapa?Cuba cerita.”

Abeer  Majeeda diam.Pelanggan tetap?Kenapa aku tak pernah terserempak selama ni?Abeer menarik komputer ribanya dan diunjukkan kepada Eja. 


"Nah!"Blog peribadinya itu hanya dikongsi dengan Eja.Eja tekun membacanya.
Kemudian,Eja tersenyum.

“Kau kena marah dengan Elman la ni?”Abeer anggukkan kepalanya laju.Mukanya dicebikan sedikit.

“Lain kali kau je yang hantar.Tak suka la.Bajet bagus betul mamat tu”Bebel Abeer.Abeer mula mengemas laptopnya. 

Jag dan gelas yang diguna pakai tadi dihantar ke pantry belakang kedai.Bob dan Lim masih menyusun bunga-bunga plastik yang baru dikeluarkan dari kotak di rak kayu.Dilabelkan setiap bunga tersebut dengan harga yang sepatutnya.Kedai bunganya di deretan kedai area Sri Gombak ini akan ditutup jam 10 malam.Dia dan Eja sudah bersepakat perniagaan kedai bunga mereka harus tutup awal.

“Dah la.Dia kan pelanggan tetap kita.Biar je la.”Eja memujuk lembut.
Tangannya di letakkan di atas bahu Abeer.Senyuman manis diberikan Eja.Tau sangat peel Abeer yang cepat emosional.

Abeer sengaja menjulingkan matanya.Tau sangat prinsip Eja.Pelanggan sentiasa betul.Ceh.Betul pon agak-agak la.Abeer tetap tidak puas hati.
Marahnya mungkin sudah reda tapi dia akan tetap ingatkan pelanggan tetapnya itu.

“Aku nak kebelakang.Belum solat Asar.”ujar Abeer sebelum melangkah pergi meninggalkan Eja.Eja tersenyum senang.Dalam hatinya sudah gembira apabila Elman sudah bertemu dengan Abeer.Baginya Elman dengan Abeer sangat sesuai.Misi Eja yang pertama sudah selesai.Kini dia punya misi yang seterusnya.

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...