Thursday, March 15, 2012

Stpm ni best ke tidak ?





"do your best!"



Assalamualaikum gais! :)

Baru dua hari lepas, aku post entry berkaitan ' keadaanku ketika result stpm menjelma '
Dan hari ini ,aku akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman ketika  meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar tingkatan enam sepanjang dua tahun  2010/2011. time ini aku boring gila..Maka aku berkongsi dengan kalian:) *skeemaa* haha

Anggapan segelintir individu

Menjadi pelajar tingkatan enam bukan perkara yang mudah.Orang beranggapan,alah macam budak sekolah yang lain jewww. Macam student form one sampai form five laaa.
Oh Sorry to say.Anggapan kalian salah sama sekali.Menjadi pelajar tingkatan enam tak mudah seperti  yang anda bayangkan.Pertama sekali,Aku dan kawan2 seperjuangan mengalami kesukaran berhadapan dengan anggapan segelintir individu yang mengatakan form six ni lekeh,teruk,lambat sambung degree,tak syok sebab still kena serlung baju sekolah
bla bla bla dan bla.

Anggapan demi anggapan dilemparkan kepada diri aku dan kawan kawan seperjuangan.Honestly,bila first time jejak tanah ke sekolah utk daftar form six.
Oh! aku pakat jalan tunduk bawah sebab orang tengok aku dan kawan kawan lain macam bekas banduan.Tak tipu okie. Hakikatnya memang begitu.Mungkin tidak semua sekolah begitu persepsinya.Tapi aku yakin  dan sangat pasti ada ahli-ahlisekolahnya begitu.

Tidak segah student yang masuk Asasi,Matrik dan lain lain.Di sini bukan ayat jeles okay.
Aku menerima kenyataan bahawa Rezeki masing-masing Allah yang tentukan :) 
Dan aku percaya belajar dekat mana sekalipun masih sama tinggal lagi nak usaha sungguh-sungguh tau dak.
Dan buat pertama kali aku belajar dan betul betul memahami " itu bukan rezeki kita"
Kalau tak selama ni pandai cakap je. dah bukan rezeki,dah bukan rezeki.
Padahal tak faham pon.
First lesson yang aku belajar.Bila dah mengalami baru faham betoi2 :)

Junior pon akan pandang semacam jeww.Tak semua lah.Okay mungkin aku sentap lebih.
Tapi realitinya begitu.Memang ada.
Kadang-kadang pandang aku macam aku buat salah besar gilaaaa.
Padahal masuk form six je pon.Heh~Itupun nak kecoh kan?Opss teremosi.
Untuk pengetahuan la kan,kebanyakan syudent yang masuk form six ni sebenarnya tak dek lah teruk sangat pon.
Bukan keputusan spm kitaorg teruk cuma dah ditakdirkan rezeki kitaorang disini.FORM SIX.
Kitaorang boleh terima.Apesal pulak segelintir individu nak keluar statement tak hape-hape kan?

Belajar terasa 'kepayahannya'

Dah biasa dengar ,belajar apa pon mana ada yang senang.True! Aku sokong.Mana ade belajar senang kan? Tapi belajar di peringkat stpm ni memang terasa kepayahannya.
Bukan kata cikgu cikgu tak masuk kelas.Cikgu/ustazah/teacher aku semua komited.

Sejujurnya aku banyak menangis sebab Ya Allah banyaknya benda nak kena faham,nak kena hafal,nak kena salin,nak kena tulis.Kalau exam, semua nya dalam essei.
Aku akui semuanya macam tu kan tak kira la asasi ke matrik ke dip ke.Tapi korang mungkin belajar dlm tajuk yang kecil dan exam.Dan mungkin juga anda ada side field work kan?
Untuk tambah markah kan.

Mungkin sedikit mudah.Tapi stpm .Pheww!Sakit la jiwa dan raga.Dari tahun 2010 belajar ,simpan simpan simpan sampai  akhir 2011 .Keluarkan semula.
Ngee~Nak nak pulak topik/tajuk yang masuk exam teww tak semuanya ada dalam buku.

Tingkatan enam tiada buku yang khusus mcm form one sampai form five.Ada silibus.
Tingkatan enam silibusnya ada tapi dlm perangkaan yang luas.
Kalau exam STPM bm-karangan.
Sila jangan berangan apa yg kita bincangkan sepanjang dua tahun tu akan keluar okay :) 
Bila berhadapan dgn masalah dalaman macam terasa down ke apa.
Cikgu bm aku akan keluarkan kata-kata begini.

 "Kalau kamu boleh jawab soalan stpm dgn baik dan dapat result yang bagus.
Kira kamu lebih bagus dr org yg pergi asasi dan matrik.
Sebabnya stpm ini adalah peperiksaan yang paling PAYAH."

Selepas melaluinya.Aku sangat setuju dengan kata-kata cikgu bm aku.Kalau tak sebelum ni rasa macam cikgu aku buat ayat untuk sedap hati jeww.
Terima kasih cikgu sebab cikgu selalu ingatkan saya dan kawan-kawan supaya bersabar dan sentiasa berusaha :)

Kat sini aku nak selitkan nasihat untuk adik-adik lower/upper six sekolah aku terutamanya.Kalau dah decide nak teruskan form six.Please Focus!Jangan banyak main,banyak sembang ke,banyak facebook,banyak msg,Yang ada 'boyfriend',
kalau boleh suruh dia tunggu sampai korang abih stpm baru msg ke.Sepatutnya time ni tak perlu kot nak ada boy boy sgt kan?Tak tau la kat korang.Sendiri fikir ok.Dah besar kan.

Banyak majlis kena handle.

Aku bukan nak cakap yang form six bajet bagus sbb kena handle banyak majlis.
Padahal majlis kecil je kan?Alaa.majlis kat sekolah apelah yang besarnya kan?Kat sekolah lain aku tak sure.Tapi kalau sekolah aku kebanyakan majlis akan dikendalikan oleh pelajar paling senior kat sekolah which is FORM SIX.Aku sejujurnya tak kisah sbb memang aku jenis yang suka/minat buat kerja handle majlis itu.Buat itu buat ini.Rasa mcm best.Sebab dari situ aku belajar sesuatu.Belajar buat backdrop,buat buku program,handle majlis,buat slide macam-macam.Memang nampak ,alaaaa kerja mcm tu ja pon.lain orang lain pengetahuannya kan?

Cuma satu yang aku masih tak boleh buat.Iaitu jadi emcee.Hee :I Takut.
Pengalaman pengalaman dan pengalaman menjengah.So tak rasa buang masa pon.
Nnati dekat Uni pon memang akan terlibat jadi bila dah ada pengalaman,tak dek lah rasa kekok ke janggal ke kan? Cuma diharapkan yang kalau ada buat salah ,janganlah terus ban budak form six. sebab kami juga masih seorang pelajar yang tugasnya belajar
Buat adik-adik yang masuk form six , handle je apa apa program.Time ni la kita nak tau kita ni boleh bahagi masa atau tidak kan?Tapi kalau dah masuk bulan 6 tahun korang nak exam,masa itu lebih baik fokus pada stpm :)Pandai -pandai lah buat keputusan :)

Konklusinya

Untuk harini itu je kot sebab keboringan aku dah hilang sikit.Hikhik :D
Tapi bila fikir-fikir balik,bagus jugak untuk orangorang yang beranggapan begitu dengan form six.Sebab dari situ aku belajar untuk terus hadap dengan anggapan orang.Tak selamanya kita mampu hidup dalan anggapan oarng yg begitu dan begini.
Apa-apa pun kita yang buat keputusan dan kita juga kena pastikan 
keputusan yang kita buat tu adalah yang terbaik untuk kita.

Mujur juga belajar time stpm ni payah.Kalau dak aku tak usaha sungguh sungguh.Sekarang terasa berbaloi - baloi bila ingat ingat balik bila petang-petang,aku terpaksa balik lewat petang untuk buat study group dengan classmate aku.Kalau hari-hari lapang,aku ke library awam untuk carik bahan-bahan yang memang dan sah sah tak dek dalam silibus.Kalau cuti panjang pon memang hukumnya tak cuti sebab kelas streeett.

Dan bagus sangat form six yg kena handle kan majlis.Kalau dak aku sah sah tak reti buat apa -apa pon.Atleast ada juga ilmu yang boleh dishare kan.Everything happens for a reason rite  :)


Terima kasih sudi baca ! XOXO 



7 comments:

  1. terima kasih kak bagi panduan...saya pun buntu nx masuk form 6 ke tak...8 mei nye nak daftar..diploma xkuar lagi kputsn..tapi saya yakin saya dpt diploma sbb kputusan sye pun sedang2 je..ermm..tapi yg takutnyer thun kami naik taraf jadi baru...xtau la macam mana.

    tahun saya nye akak jadi bahan ekperimen saje..smua tahun kena guna bnda bru bila sampai turn tahun 1994..hehehehehe..

    saya pun xtau la tawaran dip apa yg u akan tawarkan..kalau jauh atau xminat saya xakan pergi sebab sshkan diri sendiri dengan mak ayah...

    lagipun saya takut nx meminjam nye...saya pikir juga kalau ambil diploma pnjam duit lpas 2 ambik degree kena pnjam lagi..bnyak 2..klau stpm xde la sampai beribu-ribu kan akak..pastu ambik degree bayar yg degree jelah xde la bnyak sngt..

    apapun terima kasih sebab bagi semangat kat saya nak masuk form 6 . kawan2 saya budak pandai tapi saya seorang tercicir selps pmr...smua dpt asrma pnuh sya sorang tnggal kat skolah biasa . disebabkan tu saya buat perangai xnak study last2 hampeh spm .

    takpe stpm nye saya akan usaha sungguh untuk buktikan pada kawan2 saya yang saya juga setaraf dengan diorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik yg lepas biarkan ia berlalu. life must go on.
      cek balik citaII adik apa :)
      kalau nak teruskan form six, teruskan.Make sure struggle dari awal
      Insya-Allah tak sia-sia kalau kita berkorban.

      Lagi satu,Masuk form six jgn ada perkataan give up. Kena selalu main dgn hati sendiri.ckp dkt diri sendiri yg kita pon boleh buat :)

      Pasal yuran tu pon sama la, kita nak belajar ni kena keluarkan sikit duit tapi form six ni masih tak mahal la kalau nak banding dgn yg lain.

      Alhamdulillah entry ni utk berkongsi, kalau adik dpt manfaatnya alhamdulillah :)All the best ye dik.Semoga urusan adik dipermudahkan.
      Keep in touch.

      Delete
  2. saya pun ingat nak sambung stpm lepas ni.. tapi masih teragak agak.. bila baca post akak.. salute akak seriously!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm,fikir betul2 :)

      Insya-Allah kalau struggle tiada yg mustahil.

      Oh btw jangan lupa istikharah :)

      Salam perkenalan diyanah.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...