Wednesday, March 28, 2012

Cinta Dari Jauh 6





Gambar Hiasan Semata-mata.Maseh Google


Imani Ridhani dan Nur Sofee saling berpandangan.Nur Sofee menyiku pinggang Iman.Iman menjeling sambil mengangkat keningnya.Tanda tanya bermain difikirannya.
Mak cik ni dah kenapa pulak.Siku siku orang.


Sofee menepuk bahu Iman kuat.Iman mendengus.Mak cik ni dah nak merasa penampar aku pulak ke? Tadi siku ,ni dah tepuk pulak.Kalau perlahan tak pe la jugak.Ni kuat macam nak bunuh orang lagaknya.Nasib baik dekat rumah orang kahwin,kalau tidak niaya ja budak tepi aku ni.


"Apehal? ! Sakit tau dak? "ujar Iman perlahan.


Iman mencantaskan pandangan ke arah Sofee.Seketika kemudian pandangannya dialih kearah Puan Indah dan Datin Junita.Iman melemparkan senyuman kearah kawan mamanya,Datin Junita sebelum menolak tubuh Sofee ke tepi laman yang dihiasi pokok-pokok bunga.Pelbagai warna.Pelbagai jenis.Nampak cantik pada pandangannya.Walaupun dia bukanlah terdiri dari orang yang suka dengan pokok-pokok bunga.Tapi kalau dah nama perempuan,bila nampak bunga yang warnanya cantik .Tetap menarik perhatian.


"Weh kau tak kenal ke mamat muka-suci-suka-senyum tu ?" Sofee mengurut dagunya.Sekejap matanya memandang satu arah yang lain.Cuba mengingati si jejaka yang suka senyum tadi.Dari awal perkenalan sampai si jejaka minta diri.Tahunya senyum aja.Pemurah betul.Agaknya si jejaka tadi praktis hadis senyuman itu satu sedekah kot.hikhikhik


"Tak.Kenapa kau pernah jumpa ke?Tak pon tu first crush kau?Sampai hati kau tak bagi tahu aku kan?Kau memangggggg.Aku nak sentap dengan kau sekarang jugak."Iman sudah membuat muka.Sedih.Dia segera membelakangkan tubuhnya dari pandangan Sofee.Seolah-olah minta dipujuk.Persis si dara minta dipujuk oleh sang teruna.haha


"Hahaha.kau buat lawak ke ape?Aku lempang karang tak pasal pasal jaa...." Sofee sudah menarik kembali tubuh Iman supaya menhadap kearahnya.Dah macam remaja muda mudi zaman kini ja.Minta minta pujuk.Aku bagi sedas karang .Pengsan pulak kat sini.


"Sebulan bisuuuu. Aku dah boleh baca ayat kau.Boring.Carik ayat lain ahh" Sambung Iman.Muka bosan ditunjukkan.Ayat tu ayat favourite Sofee.Dari aku sekolah menengah ayat tu ja yang Sofee guna.Memang dah hafal dah.


"Suka hati la amoi.Aku punya mulut kan.Aku tak kongsi dengan kau pon."


"yelaaa.Cepat bagitahu aku,Siapa si jejaka muka-suci-suka-senyum-tu?Bajet kacak la pulak."
Iman mula mendesak.Macam la aku tak nampak jejaka suka senyum tu pandang lama ke arah kami.Walaupun aku pakai cermin mata hitam cap pasar malam,aku nampak lagi la perilaku si jejaka tu.Nak ja aku cucuk dengan chopstick.haha.Aik! yang aku perasan gile ni dah kenapa pulak?Konfius.haha.


Sofee seperti sedang memikirkan sesuatu.Ditenung lama wajah Iman.Sehingga Iman gerun melihat pandangan mata Sofee.
Ni kena sawan ape pulak.Payah betul la kalau dapat kawan yang memang kerja nak tahu cerita orang macam fikir masalah negara.Adeh.Masak hidup aku macam ni.


Tap ! Sofee menepuk kedua -dua belah tapak tangannya.Kuat.Iman terpinga-pinga.Letih berdiri.Iman menarik lengan Sofee untuk duduk di tepi laman tersebut.Mujur ada batu bata yang mungkn kegunaannya untuk duduk.haha.Memandai je buat konklusi sendiri.


"Ha! Aku ingat dah !" ujar Sofee .Sedikit menjerit.


"Ape yang kau ingat? "


"Wedding along Ann "


"Ha ! kenapa dengan wedding tu ? Along nak buat pre wedding? Aku tergelak dengan jawapan sendiri.Pre wedding tu orang buat sebelum berkahwin kan? Jawapan tak munasabah langsung aku ni pon.


"haisyh!bukanlaaa.Gila ape buat pre wedding lepas dua tahun?Masa wedding along Ann,Abang ikram datang kan?"


"Hoi ! dah sah sah dia datang .Sepupu kau kan? Kau ni kenapa hilang akal ke? 


Iman musykil baru dua tahun lepas wedding along Ann ,Sofee sudah lupa tentang kewujudan sepupu tersayang.Pelik ni pelik.Kakinya yang tersarung dengan wedges kain jeans di tendang perlahan ke kaki Sofee.


Auch ! Sofee mengaduh perlahan.Iman mencebik.Bunyi sakit yang lebih padahal bukan sakit pon.Kasut dengan kasut okay.Tolong laa.Penipuan emosi ni.


"Sakit la ...Kau ingat tak kawan abang Ikram?.Ape nama dia yek? "


Iman terngadah.Dia cuba mengingati semula.Lama dia fikir sebelum digosok gosok tangannya laju laju lalu di sapukan kepalanya.Awas! Jangan ikut tingkah laku ini.Hanya boleh dibuat oleh orang yang betul betul mencari jawapan.Haha.


Iman angkat bahu .Tiada jawapan. Tak ingat.Aku ni bukan mesra alam sangat sampai semua nama nak ingat kan?Dah la tak mesra alam,tidak peka pulak tu.


"Dah tak payah la sampai berkerut-kerut dahi tu memikirkannya wahai sang putri."


Sofee masih gigih memerah otak.Siapakah gerangan mamat-muka-suci-suka-senyum itu? Melihat mama dan papaku bangun bersalaman dengan tuan rumah.Itu tandanya sudah ingin mengundur diri.Aku segera bangkit dan menepuk nepuk belakang badan ku,takut -takut la kotorkan.Aku dan Sofee melangkah segera ke arah mama dan papa serta tuan rumah.Minta diri sebelum pulang.Makan dah selamat.Berbual bual pon selamat.Ape lagi tunggu balik laaaa. Haha.


Haidi Audahal menggeleng-gelngkan kepala melihat tingkah gadis berdua tersebut.Dari tingkat atas,dia melihat karenah mereka berdua yang mencuit hati.Mencuit hati atau mencuri hatinya? Tangannya dibawak ke dada   bidangnya.Lama ditekap tangannya disitu.Eh! ni kenapa pulak aku rasa lain macam jee.Laju pulak jantung aku ni.Berdebar -debar.

4 comments:

  1. dup dap dup dap bunyi jantung haidi audahal. HAHA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana kau tahu jantung HA bunyi mcm tew?
      gebang betul kau.
      Thnaks sbb baca weh :')

      Delete
    2. tahu laaaa. aku dpt rase ape yang dia rase.
      pehhh, ayat mintak pelempang-akhir-zaman. HAHA.

      Delete
    3. Tak agak agak .
      kau pon dapat rase ..
      Nak kata kembar sah sah bukan.
      HAHA :p

      Delete

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...