Friday, March 2, 2012

Cinta Dari Jauh 3

Honda City warna Hitam diparkir bersebelahan kereta abang dan kakaknya.
Haidi Audahal segera masuk kerumah setelah meletakkan kasutnya 
di rak kasut.Di jengah ke dalam rumah mencari- cari kelibat manusia.
Terjengul wajah tua yang masih manis senyumannya.Mak Eton.

Mak Eton menghulurkan tangannya untuk mengambil beg laptop anak majikannya. 
Haidi Audahal hanya menggelengkan kepalanya sambil tesenyum.
Senyumannya sentiasa terhias di wajahnya walaupun penat bagaimana sekalipun. 
TIdak pernah lokek dengan senyuman.Lengan baju kemejanya sudah disingsing hingga ke siku.Tali leher dilurutkan.Longgar.Tangan tua Mak Eton disalam penuh hormat.

“Haidi boleh bawak sendiri mak” Mak Eton tersenyum.

“Mak,mummy mana?” Haidi Audahal menjengahkan kepalanya ke dapur.
Selalunya petang-petang begini, mummy dan papanya akan minum petang di luar taman bunga milik mummynya.

Mummynya sangat obses terhadap tumbuh-tumbuhan.
Selagi ada yang menarik,yang cantik, yang wangi dan ada manfaat,pantas saja mummynya meminta untuk di belikan atau dicarikan.
Langkahnya terus dibawa ke tepi tangga.

“Mummy keluar dengan papa Haidi.” Mak Eton menjawab.

Mak Eton sudah bekerja lama dengan majikannya .
Jadi dia sudah mengenali anak muda yang berusia hampir 26 tahun ini.
Anak bongsu daripada tida beradik.
Hubungannya juga rapat dengan mereka adik – beradik  kerana 
Datin Junita dan Dato’ Hazlan sentiasa menegaskan bahawa Mak Eton merupakan ahli keluarganya bukan hanya seorang pembantu rumah.

“Oh. Tak pe lah mak.Errr makkkk …” 
Panggilan yang sengaja di leretkan dan sengihan lebar mula menerpa di wajahnya.
Mak Eton hanya mengangguk. Tanda dia tahu keinginan anak muda itu.
Pasti ingin dihantar secawan Horlick ais.Air kegemaran Haidi.

“Pergi mandi dan solat dulu, kejap lagi mak hantarkan.” 
Mak Eton tersenyum mendengar panggilan ‘mak’ dari Haidi.
Sejak kecil anak itu sangat menghormati diri dan keluarganya.
Rajin menziarahnya di kampung ketika dia menjaga suaminya yang sedang sakit.
Sekarang dia menjadi penghuni tetap kerana suaminya sudah meninggalkannya.
Tambahan pula, perkahwinannya tidak dikurniakan zuriat.
Dia hanya menumpang kasih anak majikannya. 
Baginya itu sudah memadai.Lekas tangannya membancuh Horlick ais dan disediakan sekali dengan kek batik yang dibuat sebentar tadi.
Di hantar ke bilik Haidi Audahal.
***********
“ Abang Haidar nak Haidi yang jadi photographer masa wedding abang nanti tau.
Jangan nak bagi banyak alasan.”Haidar sudah memutuskan keputusannya.

Matanya merenung wajah adik bongsunya.Keningnya di angkat tanda tiada bantahan yang perlu diutarakan.Ketika itu, mereka sama-sama berkumpul di ruang rehat menonton berita sambil menikmati kek batik yang dihidangkan oleh Mak Eton.

“Apesal tiba-tiba??Haidi banyak keje la abang.Hire je orang yang lebih handal.
Haidi takat main-main boleh la.”
sanggah Haidi sambil  bermain mata dengan kakaknya,Jasmin.
Setiap kali dibuli abangnya,dia pasti akan mencari kakaknya,sejak dari dulu lagi.
Kak Min memang sayang kan dirinya dan memanjakannya.
Kak Min senyum sambil mengunyah perlahan kek batik yang disediakan Mak Eton.Enak.

“Betul.betul.betul.Masa tu Haidi banyak kerje la abang Haidar.
Hire la orang yang memang kerjanya photographer.Ni hire orang yang kerja pejabat memang tak menjadi la kan.”
Padahal Jasmin tahu sangat adiknya itu lebih dari handal tapi macam biasa alasannya malu kalau orang lain tengok hasil tangkapannya. Dah macam nak tangkap ikan pula.

“Entah .Haidi la kena buat tu ,buat ni ,semua Haidi buat tau. Sometimes, I wonder,sebenarnya siapa yang nak menikah,Haidi atau abang?” 
Ulas Haidi Audahal bernas. 

Mata abangnya sudah mencerlung.Memang betul.Semua perkara yang berkaitan dengan majlis abang Haidar dilakukan oleh Haidi.Haidi buat sama ada dengan mak atau mummy.Abangnya hanya menghulurkan duit.Katanya tak reti bab-bab macam ni.Eleh.Alasan.Kalau tak reti belajar la.Gumam Haidi Audahal.

mummy , Haidi tak ikhlas buat kerja untuk abang selama ni”
adu haidar sambil mengesotkan badannya ke arah Datin Junita.

Datin Junita dan Dato’ Hazlan yang sejak dari tadi menjadi pemerhati hanya berpandang-pandangan.Datin Junita mengusap badan sasa Haidar lembut.
Mata Haidar dikenyitkan kepada Haidi dan Jasmin yang duduk bertentangan.
Haidi dan Jasmin hanya menjeling.Abangnya memang suka minta perhatian.

Sejak kecil,setiap kali pulang dari mana-mana tempat mummynya akan menjadi sasaran mereka bertiga.Dipeluk cium tubuh mummynya sampai naik lemas mummynya.
Datin Junita dan Dato’  Hazlan bersyukur kerana hubungan anak-anaknya sangat erat.
Kalau seorang yang sakit,maka yang lagi dua orang turut merasa sakit.
Kalau yang sorang kena marah,dua orang lagi akan memujuk. 
Maklumlah umur hanya beza dua tahun setiap seorang.

Pleaseeee la abang, tak dek maknanye nak manja – manja okay.Ingat sikit sebulan dari sekarang  diri tu dah nak jadi suami orang dah tau” 
ujar Jazmin sambil tangannya lincah menghias bekas hantaran.
Jazmin yang merupakan wedding planner yang akan membantu abangnya dari semua aspek.Dia gembira kerana dapat menolong abangnya.Haidi menjelirkan lidahnya kepada Haidar.Tangan Haidar laju sahaja ingin membaling kusyen  yang disarung sutera thai berwarna pink ke arah Jazmin dan Haidi.Tapi tidak kesampaian apabila Datin Junita menarik telinga Haidar perlahan.

“Dah betul sangat cakap Min tu kan bang.Cepat sangat melatahnya.Macam mana nak menikah?” Datin Junita membalas.

“Papa lagi matang tau dari abang masa nak kawin dulu.Buat malu la abang ni” 
Dato’Hazlan mula membuka kisah lama. Yang lain sudah tergelak sakan.
Muka abangnya sudah merah.Malu la tu.Biar dia rasa.

“Padan muka”Jasmin dan Haidi menjawab serentak lalu bertepuk tangan bersama-sama.Haidar sudah mencapai kusyen lantas membaling ke arah mereka.Maka jadilah percetusan seketika dan selepas itu ,mereka kembali membincangkan perihal majlis Haidar yang bakal diadakan  pada bulan hadapan.

P/s: Banyak benda/ cerita yang aku tak masuk kan .heee.:D sepupuku
yang ni yang aku draft suka suka. haha. serius boring :p


8 comments:

  1. haidar dah nak kawen. haidi audahal bila pulak ? HAHA. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.Kau tak agak agak kan ?
      kalau haidi kawen skrg kira ending ja la
      cter dia mak cik oii :p

      Delete
    2. haha. betul jugakk naa. keep it up okayy ! aku always sokong kau dr depan, blkg, kiri dan kanan. HAHA. ;DD

      Delete
  2. haha.tau tau .thanks.
    padahal bukan ade ape pon.
    saja saja ja :p
    malu siot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpayah nak malu siowt sgt laa.
      gedik lebih haihh. haha.

      Delete
  3. wah!!! dh tlis story.. draft cite ni best... ader bakat jugak kezen aku nie.. heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.bila masa aku terluang mcm ni mula la
      gedik gedik nak try bakat yg sengaja direndam
      heh~ tapi skrg aku stuck ,huhu

      Delete

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...