Wednesday, February 15, 2012

Cinta Dari Jauh 1

Kthanks Mr.Google

SMS: Just for fun.Tiada yang serius melainkan yang serius belaka :D



Kompang di palu pengantin baru ,
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang di palu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu .

Sampai anak cucu saja ke,patutnya buatlah lirik sampai ke akhir hayat.Sempat lagi aku mengkritik lagu yang sedang dinyanyikan oleh satu band yang di datangkan khas oleh tuan rumah.Lagu ‘kompang di palu’ di dendangkan bagi memeriahkan suasana majlis perkahwinan  Ann Hafiza yang merupakan kakak kepada kawan baikku,Nur Sofee.Nur Sofee merupakan kawan baik aku sejak kami di tingkatan dua sehingga sekarang .Dialah teman ketika aku gembira dan ketika aku susah.Aku mula mengenalinya ketika di tingkatan dua di Sekolah Sri Impian (SSI).Kalau hendak cerita tentang kami,panjang lah pulak kan.

Semalam ,aku menginap dirumahnya kerana mahu membantu apa-apa sahaja yang mampu.Iyalah kakak kawan baik sendiri kawin tak kan tak jengah kan.macam tak patut pulak.Sesekali menyibuk apa salahnya.Sempat juga aku menolong Sofee menghias bilik pengantin yang bertemakan warna biru dan pink.Nampak cantik dan unik.Sofee kelihatan gembira,almaklumlah nak dapat abang ipar kan.Aku pulang ke rumah pagi tadi kerana ingin datang bersama keluargaku.
Kelihatan mak cik Salimah dan pak cik Hafiz sedang beramah mesra dengan tetamu yang hadir.Ramai  yang hadir sehingga terasa kesesakannya.Tambahan pula dengan cuaca yang agak terik maklum sajalah tengah hari.

“Tahniah abang Hafiz,kak Salimah”ucap mamaku Puan Indah sambil memeluk mak cik Salimah dengan erat.

Walaupun mereka jarang bertemu, tapi disebabkan persahabatan aku dan sofee sangat erat menyebabkan  hubungan mereka turut rapat dan erat kerana  masing – masing selalu bertanya khabar melalui telefon dan kadang –kadang bersembang melalui laman muka buku.
Papaku pula berjabat tangan dengan pak cik Hafiz sambil menghulurkan hadiah yang dibalut kemas dengan kertas bercorak bunga.Aku membiarkan mereka dan mataku mula mencari – cari kelibat Sofee .Sofee melambai-lambaikan tangannya kearahku dan menggamit supaya aku ke arahnya yang pasti sedang di kerumuni oleh sahabat-sahabat sekolah kami dan kenalan lama.

“Kau dah makan?kalau belum join la dengan diorang” ajak Sofee perlahan.

Aku yang sedang bersalaman dengan kawan-kawan satu sekolah dan kenalan lamanya hanya menggeleng sebagai balasan untuk soalannya.

“kau dah makan ?”Aku pula soalnya. Sofee tergelak kecil kerana sudah menjadi tabiat aku untuk bertanyakan soalan yang sama.

“Belum,aku tak lapar lagi .Lagipun aku nak kena standby jadi photographer versi perempuan.” Serius Sofee menjawab.Kamera DSLR jenis D3000 tergantung di lehernya. Aku hanya senyum sambil menggelengkan kepala ku berkali kali.Kadang-kadang aku rasa aksi dan kata- kata Sofee lebih banyak yang lawak daripada yang serius.

“yang kau geleng -geleng kepala tu kenapa??”
“tak dek lah .Muka punya la serius tapi ayat macam entah apa-apa je”
Aku menjelir lidah .Sofee membuntangkan matanya yang sedia bulat sambil menunjuk penumbuk.
“penumbuk kau yang sebesar tombol pintu tu tak deknya buat aku takut.Dah la aku nak pergi ambil makanan.”
“Okay .layan diri tau .Hari ini aku tak boleh layan kau banyak sangat. Ha..Ha..Ha..”Ujar Sofee perlahan tapi tangannya yang putih itu cepat saja mencubit pinggang aku.Haisy.Dia ni memang nak kena la.Omel aku adalam hati.

Aku ke khemah kenduri yang terdapat beberapa meja untuk tetamu.Aku melihat pelbagai lauk yang dihidangkan.Nampak menarik dan menyelerakan.Tak kisah la kan janji dapat bagi orang lain makanan pun di kira sedekah.Aku segera mengisi nasi hujan panas ke dalam pinggan dan lauk- lauknya di letakkan tepi nasi.Sudah menjadi tabiat aku untuk tidak meletakkan lauk pauk di atas nasi.Nampak serabut.Disebabkan meja –meja sudah dipenuhi dengan  tetamu , maka aku mengambil keputusan untuk makan di dapur rumah Sofee. Lagi selesa dan pastinya lebih sejuk berbanding di luar.

“Sofee..aku makan kat dalam eh. Tak dek tempat duduk la kat luar tu.Penuh belaka.” Aku minta izin Sofee untuk makan di dapur rumahnya memandangkan  didapur tiada orang kerana kerabatnya masing masing sibuk  dengan pelbagai aktiviti.Ada yang menjaga bunga telur,menjaga makanan,layan tetamu,menjaga tempat hadiah dan macam – macam.

“Pergi lah.Ada Ikram kat dalam dengan kawan dia.Kejap lagi aku datang.”Izin Sofee.Walaupun aku bersahabat baik dengan Sofee,tidak bermakna aku boleh sesuka hati untuk masuk ke rumahnya.Aku angguk dan terus saja menyusup perlahan ke rumahnya.Mama dan papa sudah kupesan supaya balik dahulu apabila sudah selesai menjamu selera kerana aku ingin membantu apa yang patut setelah majlis ini selesai.Baiknya aku.

Aku segera ke dapur sambil –sambil tu aku memaniskan muka untuk senyum kepada saudara- mara Sofee yang berada di dapur.Ada yang aku kenal,ada juga yang tidak kenal.Aku kenal pun semasa majlis pertunangan  Kak Ann enam bulan yang lepas.Aku duduk dan mula menadah tangan untuk membaca doa.Segera kerana perutku sudah berdondang sayang.Baru sesuap nasi yang sempat masuk kedalam mulut ,sudah ada yang menegur.

“Hoi ..ingat abang lagi tak ?”
Amboi ,bahasa.Nak ja aku sergah.Ingat aku ni ta dek nama ke apa.Mat mana la pula yang terlebih peramah menegur aku ni. Aku memandang lama mukanya tanpa pedulikan lelaki di sebelah si mat ni.Lama tenung, baru perasan apabila Si mat menaggalkan cermin mata jenama Tissot.Senyuman  manis terhias di wajahnya.

“Erk.Patut tak kenal.Pakai spek sudaaaaa.Ha..Ha.. ha..” ujar aku perlahan.Sebelum ini, Ikram tidak mengenakan cermin mata.Mungin ada sebab, Ikram mengenakan sekarang.
“muka aku pakai spek lain sangat ke bro?” soal Ikram kepada  lelaki yang berada di sisinya  yang memakai kemeja berbelang putih pink dan berseluar khakis berwarna hitam.Lelaki itu hanya angguk .Ikram dan lelaki tersebut sudah duduk di hadapan aku.Walaweh,aku ni dah la pemalu.Duduk pula berdepan.Haisy ,kacau mood aku nak makan je lah.


“Baru ingat  la abang Ikram.tadi nampak nerd sangat.” Aku mengenakannya.

“banyak la kau punya nerd.Kau dengan Sofee sama dengan je kan perangai nya.Patut boleh jadi best friend forever la kan. Well, kenalkan ni kawan abang,Haidi”
Imani hanya angguk tanda hormat.

Lelaki yang bernama Haidi juga angguk.Iya lah lelaki dan wanita bukan mahram mana boleh bersentuhan.Jadi angguk dan senyum sudah memadai.
Aku mengenali abang Ikram ketika mengikuti Sofee kerumah keluarga abang Ikram  di Johor bahru ketika cuti selepas SPM.Jadi ,semasa Sofee dan aku ke Johor,kebetulan Abang Ikram yang sememangnya menuntut di UTM turut pulang kerumah keluarganya.Perkenalan yang singkat itu kembali terjalin apabila abang Ikram turut menghadiri majlis pertunangan kak Ann.Abang Ikram merupakan sepupu kepada sofee.Sofee yang sememangnya rapat dengan abang Ikram kerana  sudah menganggapnya seperti abang sendiri.Sofee sendiri hanya dua beradik.Kak Ann dan Sofee.

Aku yang sedang makan ni hanya meneruskan suapan demi suapan.Leceh .Aku nak makan pon tak senang bila jejaka muda dihadapannya ini memandang nya seperti dia adalah Siti Nurhaliza.eheh.

“dah makan ke ?”soal aku berbahasa sambil menghabiskan sisa sisa terakhir.

“dah .Tadi makan kat sini juga tapi kawan abang ni sibuk nak ambik gambar la apa la,jadi kita orang keluar la .Bila dah tak tahan panas kena masuk la kan,maklumlah putera lilin kan.”berjela jawapan abang Ikram.Keningnya di angkat kearah Haidi.

Haidi hanya tersengih sehingga menampakkan giginya yang tersusun.

Aku tanya tiga patah perkataan je,dia jawab macam dalam essei.Hadoii laaa..Putera lilin ? Siapa la pulak .Tak kan abang Ikram, dia dah memang hitam manis pon.Hikhik.Mulut aku yang sememangnya peramah ni tak bisa dikawal untuk bertanya soalan kepada abang Ikram.

“Siapa putera lilin?Abang bukan memang dah ……” ku jawab sambil mata berkelip kelip.Biarkan jawapan tergantung .

“Tu tak dek lain nak mengata aku gelap la tu. Hantu betul budak ni”

Aku dan Haidi sudah terkekeh -kekeh  ketawa.Sememangnya kulit muka abang Ikram lebih gelap berbanding temannya.

“Kawan abang ni ha yang putera lilin,bukan boleh berpanas sangat nanti demam la,berdarah hidung la…”jawab Ikram.

Muka si kawan Ikram sudah merah seperti udang masak sambal.Kelemahan diri dihebahkan,haruslah malu kan.Tapi aku bukan kisah sangat.Dah lemah tang tu nak buat macam mana kan.Aku sudah bangun untuk mencuci tangan dan membasuh pinggan.Ketika aku berpaling.Hanya tinggal Haidi.Aku jadi mati kutu.Alahai.Ikutkan hati memang nak cabut ja.Tapi memandangkan Haidi masih kaku di tempat duduknya.Aku serba salah.

“Ikram ,ke depan.Katanya Sofee minta tolong.Nah…”Ujar Haidi sambil menghulurkan sepaket tisu.Kalau dekat Koperasi SSI harganya 20 sen ja.Aku teragak –agak.Bukan tak dek tisu kat dapur ni.Nak ambik ke tak.. nak ke tak…dan akhirnya aku ambik dan mula mengelap tangan dan mulutku.

“thank you, nanti orang ganti balik” Dia geleng.Haidi yang masih leka dengan kamera di tangannya telah mengajukan soalan kepadaku.
“Sekarang buat apa?”
Dia cakap dengan aku ke dengan kamera tu.Keliru.Tanya soalan tapi pandang tempat lain.Aneh.Ni spesis ape yek.
“Sekarang tengah tunggu result keluar” 
“Study mana?”
“habis STPM”
Haidi senyap.Aku diam.Tak kan aku nak lebih- lebih pulak kan. Bukan kenal sangat pun.Baru nak angkat kaki sebab nak cari Sofee.Tak jadi.Sofee dan Ikram sedang menghampiri  kami.

“Aku nak balik dulu la Sofee.”
“eh.awal lagi.kan kau janji nak tolong aku.”
“sorry okey.Aku kena jaga kak lin .Kau lupe ke dia kan baru bersalin.Jadi aku kena tolong jaga dia dan baby dia.Sebab abang aku tak dek.”Lega.Mujur ada alasan kalau tak mati aku kena bertapa lagi dengan mamat yang sorang kepala gila,sorang lagi beku.Sorry Sofee.Terpaksa.
Sebelum pulang,sempat juga aku ,Sofee ,Ikram dan Haidi menangkap gambar masing masing.Yang pasti kami menggunakan kamera Sofee. Alasanku, mudah untuk di lihat semula.Setelah aku mengucapkan tahniah kepada kak Ann,akhirnya aku meninggalkan majlis yang penuh gemilang ketika jam tanganku menunjukkan jam 3.30 petang.Berlalu hari yang meriah dan mudah-mudahan di berkati oleh-Nya.Aku mengharapkan kak Ann bahagia bersama pasangannya yang ku kenali dengan nama abang Hadi.


KThanks Pak Cik Google

5 comments:

  1. Replies
    1. hmm, maksud tikah ape ? tak paham .ngee~~~

      Delete
  2. nice story. teruskan usaha.
    instinct aku macam this is a real story.
    but just tukar nama je. itu sight aku laa.
    chaiyok chaiyok !

    ReplyDelete
    Replies
    1. this is real story ?
      kau ade telepati ke hape??!!
      mana tau ? HAHA *terbongkar rahsia*
      tapi tak semua real story ade gak aku tambah
      sbgi perisa tambahan. Thanks yang :)

      Delete
    2. most welcome sygg. ;D
      agak dah. bagus tak aku ?
      bagus kann ? HARHARHAR.

      Delete

Thank you!

Trip He's just not that into you