Friends

Thursday, January 26, 2012

Ikan Bawal steam halia


Assalamualaikum :)



Hari ni aku terasa ,aku dah complete tunaikan semua kerja rumah. Maksud aku, kerja yang dibuat oleh seorang suri rumah.Dari kemas rumah, bersihkan dapur, sapusapu kat luar rumah , basuh kereta,basuh bilik air,basuh baju, jemur baju dan yang terakhir part paling aku suka * suka la sgt kan kan kan. MEMASAK.sangat tak boleh terima, kali ni aku masak lagi.Selepas beberapa minggu kan , baru turun dapur utk masak tengah hari . kali ni , aku masak paling simple. budak tadika pon boleh buat. HAHA. Nak suruh aku masak, boleh tapi apa adanya la kan kan kan ?
lauk pertama yang aku masak adalah GORENG UDANG .Nak resepi dak? takat goreng goreng , mmg sah sah semua boleh buat kan ? 


Menu ke-2 adalah ikan bawal putih steam halia * nama bapak panjang kan kan ?
utk masak masakan ni , anda semua perlukan :



  1. ikan bawal putih/hitam/ ikan jenama lain pon boleh.
  2. bwg putih ( hiris )
  3. bwg besar (potong bulatbulat )
  4. halia (hiris)
  5. kicap cair (2 sudu )
  6. kicap tiram (3 sudu )
  7. serbuk ikan bilis (secukup rasa )
  8. air 2 cawan
  9. garam ( secukup rasa )
  10. gula (secukup rasa )
  11. minyak jagung/ jenama lain pon boleh rasanya

Caracara :

  1. panaskan minyak jagung
  2. masukan hirisan bwg putih, halia dan bawang besar 
  3. bila dah naik bau wangi, masukan air 2 cawan
  4. masukkan kicap cair, kicap tiram, dan serbuk ikan bilis
  5. lepastu masuk kan garam dan gula
  6. Dah masukan semua benda kat atas tu bg dia mendidih sat , baru masuk kan ikan 
  7. Dan biarkan selama beberapa minit . tgk keadaan ikan , kalau rasa dah masak , bleyh la letak dalam pinggan dan makan bersama nasi putih cap rambutan.
  8. Taraaaaaaaaaaaaa 


gambar memag tak cantik tapi ni  lah hasil nya bila aku yg masak ,  kahkah .FAILED


Anda semua boleh la cube try test tengok. Mesti lagi gempak kan kan kan ? Tu ja kot , kadang kadan masak ni pon boleh hilangkan stress. ye ke ? try okayy- selamat mencuba :)

p/s: cooking is art :)
Yg ni MR goggle punya mana boleh lawan tokey . tgk ni lagi selera kot .HAHA

No comments:

Post a Comment