Monday, November 13, 2017

Review Tentang ... Dhiya, Syud




" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud 

"Andai dia menunggu waktu itu mungkin dia akan terlepas
 daripada merasakan keindahan titisan hujan."  - Syud 



Tajuk : Tentang... Dhiya
Penulis: Syud
Penerbitan : Jemari Seni 
Halaman : 544



Aku selesai baca Tentang... Dhiya dalam masa satu hari. Alhamdulillah, kembali menjadi speed reader. eheh. Itupun disebabkan assignments dan slides presentation. aku dah settle dengan penuh bergaya. eceh. Jadi dapat lah aku manfaat kan masa cuti aku dengan menghabiskan Tentang... Dhiya yang ditulis oleh Syud. 

Sudah la sewaktu baca Vignette aku menyesal sebab baru tahu karya Syud ni best! Menyesal sebab aku lambat membaca karya Syud? Sikit lah, tapi orang kata better late than never, gituhh so tak yah la nak nyesal sangat, sekarang dah tahu, so boleh la rembat dua tiga novel karya beliau lagi. 

Tentang ... Dhiya ini merupakan novel kedua yang aku baca dari Syud, selepas Vignette. Aku mula mula tak kenal pun Syud ni, tapi lepas baca Vignette, aku terus jatuh chenta dengan gaya penulisan dan penyampaian. Makanya, aku ambik kesempatan untuk dapatkan Tentang... Dhiya ini masa Jemari Seni buat diskaun hari tu. haha. 

Apa yang aku boleh katakan, cerita tentang Azril Mustaufi dan Dhiya Nurlisa ini menepati citara rasa aku. Plot cerita dia agak berbeza. walaupun tak lari dari tema cinta, kekeluargaan dan persahabatan. Tapi kalau korang kenal aku melalui 'review buku', korang akan selalu perasan yang aku selalu highlightkan  tema cinta, keluarga dan persabahatan ini mampu mengikat aku dengan karya sesiapun. Aku memang suka gila dengan tiga tema tersebut. Rasa dekat dengan diri aku. Mengingatkan aku supaya lebih hargai orang disekeliling aku.  Baik ke dia, buruk ke dia. Tetap menjadi asbab siapa kita sekarang.

Macam juga dalam cerita ini. Lisa dengan Jiji, Asma, Lia. Azril dengan Taufik, Pacai. Dan aku percaya karakter atau personaliti seseorang, dibentuk dengan pelbagai faktor. Boleh jadi, environment, personal factor, tingkah laku. Macam Lisa, watak yang diketengahkan adalah oleh seorang yang pasif, suka pendam perasaan, sometimes dia lebih suka judge daripada dia bertanya pasal-pasal, pemarah susah nak tolerate. Semuanya, disebabkan masa silam dia. Trauma masa lalu. Manakala Azril pula, sebaliknya. Azril ni dia lebih concern. Dia lebih peka untuk benda-benda yang kecil. itu yang buatkan Azril, istimewa pada aku. walaupun dia juga megalami masalah dengan papa dia. Tapi tu yang menunjukkan cara orang menghadapi masalah itu berbeza-beza. 


aku boleh katakan yang cerita ini banyak konflik tapi cara Syud mengembangkan konflik itu memang  santai dan sebagai pembaca, kita tak berselirat nak faham. haha. 

cumanya aku rasa dalam cerita ni banyak scene-scene yang menunjukkan 'kebetulan' terlalu banyak. sampai satu tahap, tak suprise dah. haha kalau nak dibandingkan dalam realiti, obviously, susah nak cari. tapi still cerita fiction kan apa pun boleh jadi. 

so aku rasa keseluruhan cerita ini, memang menarik untuk dihadam. menarik untuk diterokai. Sesekali baca, buatkan kita terhibur dan ketawa geli hati apabila membaca part Lisa, Azril dan kawan-kawan dan  percanggahan antara Lisa dan Azril. 

Kalau korang masih ragu-ragu untuk membaca karya Syud ni, aku nasihat jangan ragu-ragu kalau tak  menyesal macam aku. haha. 

Review Re : Kau Ilhamku, Amany







Tajuk: Re: Kau Ilhamku

Penulis: Amany
Penerbit: Jemari Seni

Cerita tentang seorang peguam, seorang pencipta perisian ini bagi aku sangat menarik untuk dihadam. Watak perwatakan mereka memberi pendedahan baru buat pembaca yang lebih gemar mengenali tentang pekerjaan dari penceritaan santai.
Jalan ceritanya tak berat, jadi sangat sesuai untuk pembaca yang nak kurangkan tekanan yang sedia ada. Haha
Sejujurnya, dari awal pembaca sehingga akhir, aku terhibur dengan jalan cerita yang ringkas ini. aku suka setiap satu yang ada didalam cerita ini. Tak nampak atau tak rasa penulis ini try hard sangat. Semuanya namapak smooth. Tak dek satu ketika pun, aku rasa bosan saat meneliti cerita tentang Bany dan Isyraf ini.
Boleh jadi, dialog yang diwujudkan dalam cerita ini relaks, buat aku rasa cocok dengan bahasa harian aku sendiri. Kelainan dalam novel ini adalah dari pendedahan pekerjaan seperti peguam dan prosedur/ apa yang berlaku di dalam makhamah. Kerjaya yang jarang di ketengahkan oleh penulis lain. Kebiasannya, penulis akan cenderung untuk memilih pekerjaan seperti ahli perniagaan, doctor, engineer. Jadi, sedikit sebanyak, aku celik akal sikit la pasal life seorang peguam ni macam mana walaupun menerusi pembacaan santai begini.
Yang pastinya, cerita berkaitan Bany, Isyraf dan kawan- kawan diorang ini buatkan aku terhibur, tersenyum-senyum. Aku selalu merasakan, yang sebuah novel yang bagus adalah novel yang memberikan satu impak (kepuasan) kepada perasaan pembaca. Selain dari rasa seronok gembira, pembaca juga boleh mengetahui sesuatu yang baru walaupun dengan penyampaian yang santai.
Untuk penulis, tahniah kerana berjaya menghasilkan satu cerita yang santai tetapi tetap punya mesej tertentu. Semoga terus menulis karya yang lebih berkualiti.
P/s: Setelah membaca Re: Kau Ilhamku, aku cuba dapatkan Si Mata Bundar pula. Dah macam jatuh cinta dengan gaya penulisan Amany. <3


Wednesday, September 27, 2017

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta


Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta.
Penulis: Kamalia
Penerbitan: Jemari Seni
M/s: 532
Genre: Malay Fiction
Harga: RM 27.00 Sem Malaysia
Rm 30.00 Sabah/Sarawak



Sekali sekala kita kena hidup dalam fantasikah untuk dapat apa yang kita mahu?

Bagaimana aku boleh tertarik untuk membeli dan membaca Juita, sekaligus berkongsi review dengan pembaca? Ada beberapa kriteria yang menyebabkan aku pilih Juita. Pertama sekali, cover buku Juita itu sendiri. Dengan warnanya yang terang Pink! Walaupun sebahagian yang mengenali aku, tahu yang aku tak gemarkan pink. Haha Tapi sekadar kulit buku apa salahnya!
Tajuk Juita, Satu dalam Sejuta itu pula di bold kan dengan warna putih. Memang jelas terang dan nyata dapat menarik mata pembaca. Dan Juita itu sendiri punya maksud yang pelbagai! 

 Ok. Seterusnya.

Sepanjang tiga hari aku membaca Juita, aku rasa penulis ada magic untuk ketengahkan cerita yang berkait rapat dengan dua dunia. Realiti dan fantasi seiring. Haha. Aku pun susah nak explain lebih lebih. Tapi beberapa bab pertama aku baca. Itu lah yang aku rasakan.
Aku boleh katakan plot cerita ini ada perbezaan dengan cerita cerita semasa yang ditonjolkan oleh kebanyakkan penulis lain. Perjalanan cerita ini aku beratkan kearah realiti kehidupan semasa yang dihadapi oleh seorang perempuan berusia 30 an yang ingin mencari pasangan hidup tapi dalam masa yang sama dia terjebak dengan kenangan zaman sekolah apabila bertemu dengan seorang penulis buku yang dia tak pernah minat pun sebelum ini. Tapi disebabkan rasa ingin tahu Juita untuk kembali ke kenangan zaman sekolah yang dianggap tidak ada apa-apa sebenarnya penuh dengan tanda tanya dan misteri.


Dalam Juita, tema percintaan itu tak terasa sangat. Ia lebih kepada tema kehidupan dan persahabatan. 
Gabungan watak Aliff, Nabil Fadhlan, Anggerik dan beberapa watak kecil yang lain buat Juita lebih berperisa. Lebih dirasai. Aku suka untuk fokuskan watak Juita since dia watak utama. haha
aku dan watak Juita ada sedikit persamaan haha. Part gila dan suka kumpul novel itu memang sama dengan!  Cuma part beratur panjang semata-mata untuk dapatkan tandatangan penulis dan novel limited edition tu mak tak sanggup la noks! Haha Aku suka prinsip Juita dalam mengangkat tinggi hobi dia yang sat utu. Membaca novel cinta! Walaupun selalu juga bertengang urat dengan Aliff yang lebih suka kan bacaan alternatif yang penuh thriller dan misteri, tapi Juita tetap memilih novel cinta! Go Juita Go! Haha

Mereka semua tidak tahu betapa novel-novel cinta itulah yang membawanya jauh mengembara ke beratus-ratus cerita kehidupan manusia…
Saat dia selalu rasa tidak diingini dan keseorangan, Juita akan memilih mana mana novel yang sepadan dengan emosinya ketika itu dan dia akan ulang baca…
Sekurang-kuranya ia menjadi satu eskapisme buat Juita”

Secara keseluruhannya, Juita ini menepati citarasa aku sebagai pembaca. perasaan ingin tahu itu terlalu tinggi apabila tiba di bahagian Nabil Fadhlan dan juga Anggerik! Rasa nak bagi side kick pada Aliff dan Juita yang kurang menyedari perasaan masing-masing pun ya jugak. Pfft.Banyak benda yang diketengahkan oleh penulis buat aku fikir luasnya sebuah kehidupan. Cuma bagi aku, ada beberapa scene yang agak mendatar dan perjalanan cerita dia agak slow. 

Sunday, August 20, 2017

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, langsung hazaf kan Bromo dari ingatan. Cewah. Drama sangat. Tapi betul lah, lately, Bromo memang salah satu tempat femes yang orang semua nak pergi. sampai harga tiket pun untuk bajet style mcm aku, aku rasa tak berbaloi. Sebab dalam kepala, aku dah sampai Bromo tak kan tak visit Suroboyo, nak juga tahu mitos pertempuran antara ikan dengan buaya yang agak femes tu. 



tapi lek lek je lah. Ada rezeki sampai juga nanti,  ni bajet takat Penang je

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...